Wednesday, January 7, 2009

Obama umum Panetta akan ketuai CIA


Panetta

WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mengumumkan bekas pegawai kanan White House, Leon Panetta akan mengetuai Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Pelantikan Panetta itu mengejutkan komuniti perisikan sekali gus memberi isyarat bahawa Obama mahu keluar terus daripada bayang-bayang pentadbiran Presiden George W. Bush.

Panetta pernah berkhidmat sebagai anggota Kongres selama lapan penggal. Beliau turut pernah bertugas sebagai Ketua Staf White House semasa pentadbiran bekas Presiden Bill Clinton.

Beberapa penganalisis percaya Obama menghantar mesej jelas bahawa semua dasar Bush ketika menguruskan isu perisikan yang penuh kontroversi akan berakhir kurang dua minggu lagi.

Seorang bekas pegawai CIA yang menjadi penasihat kepada Obama berkata, Panetta akan membawa tadbir urus yang baik terhadap agensi tersebut. Ketika era Clinton, beliau mengurus beberapa isu besar termasuk peperangan di Bosnia.

Menurut seorang pegawai kanan lain, pemilihan Panetta itu dibuat kerana kemahirannya dalan bidang pentadbiran, pengurusan dan politik. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...