Monday, February 9, 2009

BN kuat dengan 3 Adun lompat?

Johari Jaafar 

Sun | Feb 08, 09 | 12:43:29 pm MYT

IPOH, 8 Feb (Hrkh) - Adun Titi Serong,Drs Idham Lim menafikan kenyataan Menteri BesaR yang baru dilantik secara haram, Dato' Dr Zamry Abdul Kadir yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat.

"Saya menafikan kenyataan Zammry yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat, sebenarnya ia sangat lemah, cuma bergantung kepada tiga Adun yang melompat yang tidak bermaruah," tegasnya.

Penegasan itu dibuat beliau sebagai mengulas kenyataan Zamry yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru, yang sama sekali tidak diiktiraf oleh seluruh Adun Pakatan Rakyat.

Menurut beliau,kedudukan Kerajaan Negeri Perak yang dirampas secara kudeta oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan kuncu-kuncunya sebenarnya telah menghancurkan mandat rakyat yang telah ditentukan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

"Adun-adun Pakatan Rakyat Negeri Perak masih berpegang teguh kepada ikrar dan hasrat rakyat yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan yang didokong bersama,"katanya.

Beliau cukup kesal tindakan 3 Adun yang berpaling tadah , secara peribadi beliau tidak menolak mereka yang melompat ini ada agenda tersendiri sebagai sifatnya manusia yang ingin cepat senang dan kaya.

Menurut beliau sebelum berakhir tahun 2008, konspirasi itu telah dimaklumkan kepada beliau dan ianya tidak ditolak kemungkinan perkara tersebut berlaku.

Kerajaan kudeta Perak katanya, tidaK ada kekuatan kecuali berselindung di sebalik istana dan putar belit media yang mengundang kepada suasana yang lebih meruncing dan kusut.

"Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan," tegasnya. Menurutnya, jika permohonan itu diperkenan oleh Sultan Perak suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar semalam pasti tidak akan berlaku. - mks. _

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19277&Itemid=1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...