Monday, February 9, 2009

Pakatan Rakyat Akan Turun Keseluruh Negara Mengajak Rakyat Membantah Rampasan Kuasa BN di Perak

Written by SM Noor   
Monday, 09 February 2009 00:00
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/himpunanPR080209.jpg

Laporan Langsung Dari Himpunan Pakatan Rakyat di Kediaman Menteri Besar Perak Semalam


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua rakyat Malaysia di seluruh negara dan seluruh dunia
  menyatakan bantahan bersama dengan YAB Menteri Besar Perak yang sah.(Gambar - Lebih 20,000 hadir - gambar ehsan anilnetto)


Beliau berkata Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah dipilih dengan cara yang sah mengikut amalan demokrasi.

”Beliau (Nizar) telah dipilih mengikut lunas-lunas perlembagaan negara, melalui pilihanraya, pilihan yang sah, dan telah menjalankan tugasnya dengan baik,

”beliau tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya,”katanya dalam Himpunan Menyokong MB Perak di kediaman rasminya di Ipoh sebentar tadi, yang disiarkan secara langsung melalui WEB TV PAS.


Katanya sekiranya ada pihak yang mahu memberhentikan Nizar, hendaklah dengan yang cara yang mulia dan terhormat dan jangan ‘merompak di tengah jalan’.

Beliau berkata PAS mempunyai pengalaman menghadapi menang kalah dalam pilihanraya dan jatuh bangunnya kerajaan PAS dimasa lalu.

“PAS sebuah parti yang sah, menyertai amalan pilihanraya sejak tahun 1955, PAS menang dan kalah, memerintah Kelantan dan Terengganu, pernah ditumbangkan di Terengganu dan kelantan,

“di Terengganu pada tahun 1961. wakil rakyat telah dicolek ketika itu, dengan cara yang tidak terhormat, dengan melakukan rasuah,”kata beliau.

Walaupun begitu, katanya, Perikatan (ketika itu) telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri dan membawa usul tidak percaya ke dalam dewan.

“Setelah (Perikatan) mendapat suara majoriti, kerajaan PAS di tumbangkan, PAS tidak membantah,”tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di Kelantan pada tahun 1978, Barisan Nasional (BN) yang tidak berjaya menjatuhkan kerajaan Kelantan, tetapi mereka tidak menumbangkan kerajaan dengan merampas kuasa.

”Mereka (BN) tidak berani merompak, tetapi mencuri, mereka mengisytiharkan darurat, kemudian mengisytiharkan pilihanraya,

”pimpinan UMNO, dulu ada harga diri, tetapi yang melakukakan kerja di Perak (sekarang), tidak tahu malu, merompak (merampas kuasa) di tengah hari,”tegas Dato’ Seri Abdul Hadi.

Beliau bertanya kepada hadirin, ”adakah rakyat Perak dengan kerajaan perompak yang berlaku pada hari ini ? 
Lalu dijawab dengan bergemuruh oleh hadirin yang “Tidak !”.

Katanya beliau begitu gembira pada malam tadi, kerana rakyat pelbagai kaum pelbagai bangsa berkumpul pada malam tadi, yang bersatu pelbagai agama dan fahaman politik menentang yang zalim, menentang BN yang tidak ada maruah dan harga diri.

Belau turut menyelar Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang bakal menjadi menjadi Perdana Menteri (PM).

”Kalau inilah pemimpin yang bakal menjadi PM, belum lagi jadi PM, sudah tunjuk perangai, kalau jadi PM, hancur negara kita, apa akan jadi kepada rakyat dan perlembagaan negara kita ?” soal beliau.


Beliau turut mengumumkan rancangan Pakatan Rakyat yang akan menjelajah keseluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat dan mengajak rakyat menyatakan bantahan bersama Menteri Besar Perak yang sah, Dato’ Seri Nizar jamaludin.

“Malam ini permualaan, kita akan turun ke negeri-negeri, DUN-DUN, menghalau hantu yang merosakkan negara,”tambahnya.

Turut berucap dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Last Updated on Monday, 09 February 2009 00:32

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=189:pakatan-rakyat-akan-turun-keseluruh-negara-mengajak-rakyat-membantah-rampasan-kuasa-bn-di-perak&catid=36:berita-nasional&Itemid=37

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...