Tuesday, April 7, 2009

Dr. Mahathir kembali sertai UMNO


DR. MAHATHIR menyerahkan borang keahlian UMNO berkepilkan yuran RM2 kepada Najib sambil diperhatikan Hasmah dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menyertai semula UMNO selepas keluar daripada parti itu hampir setahun lepas.

Bekas Presiden UMNO itu menyerahkan borang penyertaan semulanya itu berserta yuran keanggotaan RM2 kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sri Satria di sini pada pukul 12 tengah hari.

Isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak mereka Datuk Mokhzani turut menyertai semula UMNO dan menyerahkan borang keanggotaan kepada Najib.

Najib berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana sanggup bersama-sama meneruskan perjuangan dengan UMNO.

"Saya percaya kemasukan Tun Dr. Mahathir akan memberi ransangan kuat kepada UMNO dan boleh membantu memulihkan UMNO dan Barisan Nasional," kata Najib pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO itu.

Dr. Mahathir keluar UMNO pada 19 Mei tahun lepas setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...