Monday, May 25, 2009

3 beradik setan baru dibebas sudah buat hal

ditemui semula daripada Geng Monyet di Jitra, semalam." title="RAMPAS...Sarjan Norazaman Ahad menunjukkan motosikal yang
ditemui semula daripada Geng Monyet di Jitra, semalam." height="270" width="300" border="0">
RAMPAS...Sarjan Norazaman Ahad menunjukkan motosikal yang 
ditemui semula daripada Geng Monyet di Jitra, semalam.

JITRA: Tiga beradik ‘setan’ dengan seorang daripadanya berusia 15 tahun dan baru dua minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis berikutan kes curi motosikal, tidak serik apabila ditahan bersama lima motosikal curi di sebuah rumah di pekan ini, awal pagi kelmarin.

Tiga beradik berusia 15, 18 dan 22 tahun yang dikenal pasti polis sebagai antara anggota Geng Monyet itu ditahan ketika sedang ‘melapah’ motosikal curi hasil maklumat yang diperoleh berikutan kejayaan pihak berkuasa menahan seorang ahli kumpulan itu di pekan ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, mengesahkan suspek pertama diberkas selepas polis menerima maklumat kehilangan sebuah motosikal di luar sebuah pusat siber di pekan ini kira-kira jam 3 pagi.

Polis yang melancarkan gerakan menemui suspek dan motosikal yang dicuri di belakang sebuah sekolah menengah di pekan ini tidak lama kemudian.

Susulan daripada itu, polis yang menyoal siasat suspek membawa kepada penahanan ahli lain Geng Monyet termasuk tiga beradik terbabit dan seorang lagi rakan mereka di rumah berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090525072924/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...