Monday, May 25, 2009

Marah kakak cabul adik

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Gara-gara cintanya ditolak, seorang lelaki mencabul adik kepada wanita berkenaan, di Program Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa di Cheras, baru-baru ini.

Difahamkan, perbuatan kejam lelaki berusia 20-an itu dipercayai disebabkan kegagalannya memikat kakak kepada kanak-kanak terbabit sejak setahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak malang terbabit dikatakan diperangkap lelaki berkenaan terlebih dulu supaya mengikutinya ke tingkat 15 bangunan perumahan itu sebelum mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Difahamkan, lelaki terbabit merampas barang permainan kesayangan kanak-kanak itu ketika bermain di hadapan rumahnya di tingkat empat sebelum mengumpan mangsa untuk mengekorinya ke bahagian atas bangunan itu yang jarang dinaiki penduduk kawasan berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu sebenarnya adalah jiran kepada mangsa dan difahamkan kanak-kanak itu mengenalinya kerana sebelum ini dia pernah cuba memikat kakak mangsa, namun gagal.

“Lelaki itu merampas patung kesayangan kanak-kanak itu bagi mengumpan mangsa supaya mengekorinya. Sebaik tiba di tingkat atas bangunan itu dia terus menangkap mangsa dan mengugut akan mencederakannya.

“Malah, lelaki terbabit juga mendakwa akan membuang patung permainan kesayangan kanak-kanak itu ke bawah sekiranya dia menjerit,”
katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki durjana terbabit kemudian menanggalkan pakaian kanak-kanak itu sebelum menggeselkan kemaluannya pada bahagian punggung mangsa.

“Selepas itu, lelaki durjana itu memaksa kanak-kanak malang terbabit melakukan onani. Keengganan mangsa untuk berbuat demikian membuatkan lelaki itu berang sebelum mengugut akan mencampakkan mangsa ke bawah bersama patung kesayangannya itu.

“Bimbang dicederakan, kanak-kanak malang itu menurut segala kemahuan lelaki durjana itu.

“Setahu saya, dia dipaksa melakukan onani sebanyak tiga kali dan difahamkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks hampir dua jam,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090525071936/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...