Nov 23, 10
10:44am
Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.
"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.
Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.
"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.
Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."
Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.
Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.
Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk  kepasda polis bahawa beliau akan bertenang.
Karpal kemudian berkata pihak  pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim  membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah  ditetapkan.
"Kita akan failkan permohonan pagi esok.” 
Tak ingat
Sebelum itu, Karpal bertanya  kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.
Nama  pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."
No IC - Dr Siew  berkata dia tidak ingat.
Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata  dia tidak ingat.
Pekerjaan - “pembantu peribadi”
Status -  "bujang"
Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis  berkenaan.
Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan  perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan  nota itu?”
Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan  perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.
"Saya ada laporan  yang lengkap,” katanya.
Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd  Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota  perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang  membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mahkamah tidak boleh  memaksa dokumen itu dikemukakan.
Keputusan mahkamah agung
Sebelum itu  berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang  berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang  mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong  semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.
"Ini keputusan Mahkamah Agung.”
Hakim Mohamad Zabidin berkata:  "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam  melaksanakan tugas mereka.
“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah  tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan  di atas kertas itu.”"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak  tentu arah?” soal Karpal.
Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah  mendapatkan gambaran dari sudut sains.
Justeru, menurut Karpal, adalah  tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong  kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.
"Fungsi pakar  (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong  keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata  Karpal.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal  Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada  desakan untuk saksi mengemukakan data.
Katanya tugas pakar patologi HKL,  Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan  mengenalpasti data.
[Berita penuh  menyusul]
http://malaysiakini.com/news/148893
 
 
No comments:
Post a Comment