"Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di Kuala Lumpur hari ini apabila ditanya mengenai laporan itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.
Laporan itu, yang tidak memetik sebarang sumber, menyebut bahawa rombakan itu adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang pilihan
raya umum ke-13 nanti.
"Ini adalah satu penambahbaikan politik BN. Pilihan raya adalah satu hal yang lain," kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Beliau berkata penambahbaikan politik itu sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Mengenai sokongan kepada BN ekoran kemenangannya dalam pilihan raya kecil di  Galas dan di Batu Sapi baru-baru ini, Najib berkata keputusan itu menunjukkan  sokongan kepada BN semakin meningkat.
"Namun, kita tidak boleh ambil  mudah dan menganggap kita sudah capai semuanya. Kita perlu teruskan usaha kerana  kita sudah ada momentum bagi Program Transformasi Kerajaan, dan kita sedang  mendapatkan momentum Program Transformasi Ekonomi, dan sekarang kita perlu  pastikan (kejayaan) momentum politik," katanya.Mengenai langkah BN meminda perlembagaannya untuk menerima  ahli bersekutu dan ahli gabungan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan  parti komponen mengenai calon dalam pilihan raya umum, Najib berkata BN akan  menjelaskan mengenai kelayakan bagi ahli bersekutu dan ahli gabungan untuk  bertanding dalam pilihan raya.
Beliau berkata bahawa pada asasnya,  seseorang yang ingin bertanding sebagai calon BN mestilah menjadi ahli parti  komponennya, dan sekiranya dalam kes-kes terpencil apabila tidak ada parti  komponen yang mahu meletakkan calon di kawasan yang ditetapkan untuknya, maka  kerusi itu akan dipertimbangkan oleh Dewan Tertinggi BN.
Keputusan untuk  menyerahkan mana-mana kerusi kepada ahli bersekutu atau ahli gabungan hanya akan  dibuat selepas perbincangan diadakan dengan semua komponen BN dan berdasarakan  semangat BN, kata Najib.
"Kita tidak akan ambil kerusi daripada parti  komponen BN dan menyerahkannya kepada ahli bersekutu dan ahli gabungan. Itu  tidak betul," katanya.
Diminta mengulas mengenai kegagalan rakyat negara  ini membayar balik pinjaman bank dan kad kredit akibat kos perubatan yang  tinggi, Najib berkata rakyat perlu bijak membuat pilihan untuk mendapatkan  rawatan di hospital-hospital tertentu.
Katanya sistem hospital di negara  ini adalah yang terbaik di dunia namun mengalami kekangan disebabkan hospital  perlu menyediakan perkhidmatan kepada bilangan pesakit yang begitu  ramai.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/148833
 
 
No comments:
Post a Comment