Jun 29, 11
4:58pm
"Polis juga merampas 314 kemeja T kuning BERSIH, 90 kemeja T jingga dan 136 kemeja T berwarna krim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu,” katanya.
Bagaimanapun jumlah kemeja T yang dirampas itu tidak sepadan dengan apa yang didakwa oleh BERSIH 2.0.
Dalam laman Facebook, mereka melaporkan polis mengambil 366 kemeja T BERSIH berwarna kuning, 91 kemeja T BERSIH berwarna jingga, 136 kemeja T BERSIH putih, 473 lilit kepala, lima kain rentang, lapan sepanduk dan satu video kamera.
Serbuan di seluruh negara
Selain itu, turut dirampas dari pejabat itu adalah lima komputer riba, satu  CPU, kenyataan akhbar akhbar dan risalah tuntutan mereka.
Semua mereka  dikatakan berada di IPD Petaling Jaya dengan ditemani peguam Honey  Tan.Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan  Polis Selangor mengesahkan serbuan di pejabat berkenaan kerana kaitannya dengan  perhimpunan pada 9 Julai.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 11 pagi ini  diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner  (SAC) Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.
Ketua  Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, dalam  serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo  dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.
Katanya, polis akan menyiasat  kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan.
Sementara itu, Berita Harian Online memetik Ketua Polis Perak, Datuk  Mohd Shukri Dahlan mengesahkan pihaknya menahan 14 orang termasuk ADUN Jalong,  Leong Mee Meng dan ADUN Teja, Chang Lih Kang kerana memakai baju kuning dan  membuat persiapan untuk mengagihkan baju T dengan tulisan BERSIH 2011 kepada  orang ramai di pasar tani pekan Sungai Siput.Katanya, polis turut merampas tiga baju T dan sehelai kain  rentang yang merujuk kepada BERSIH.
Beliau mengesahkan tiada sebarang  kekerasan berlaku ketika tangkapan.
Semua mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Siput untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 27(5) Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
http://malaysiakini.com/news/168372
 
 
No comments:
Post a Comment