Abdul Rahim Sabri & Norsyafinas Ahmad  Sukri
Jun 28, 11
9:06pm
Jun 28, 11
9:06pm
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau yakin perhimpunan anjuran  BERSIH 2.0 dua minggu lagi bukan semata-mata untuk menuntut pilihan raya bersih  dan adil.
Sebaliknya, beliau mendakwa gabungan NGO itu mempunyai agenda untuk menghuru-hara negara bagi "menyelamatkan" Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 "Mereka sudah tidak ada pilihan. Mereka gagal pada 16  September untuk menubuh kerajaan, kemudian Datuk Seri Anwar terpaksa menghadapi  perbicaraan untuk mempertahankan dirinya.

"Dan dibantu pula dengan hebohan video (seks) yang mirip dengan ketua pembangkang. Maka pada saya, (perhimpunan) ini adalah pertarungan hidup dan mati Anwar Ibrahim.
"Maka cara yang terbaik, mungkin mereka merancang untuk menumbang kerajaan pada 9 Julai," dakwanya lagi dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
 Ibrahim mendakwa BERSIH membawa agenda politik Pakatan  Rakyat kerana NGO itu dianggotai pemimpin Pakatan antaranya, Pengarah pilihan  raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Pengelola DAP Teresa Kok sebagai  jawatankusa mobilisasinya.

Ibrahim juga turut mempamerkan salinan pekeliling Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang didakwa mengeluarkan arahan kepada pimpinan PKR semua peringkat supaya menyertai perhimpunan itu.
"Jadi bererti, nyata sekali dengan surat ini, bahawa Anwar Ibrahim di belakang perhimpunan BERSIH 2.0 ini," katanya.
Turun dengan tangan kosong
Ibrahim juga berkata BERSIH turut digerakkan oleh aktivis pelajar Hishamudin Rais yang disifatkannya sebagai "baling batu sembunyi tangan" sewaktu zaman gerakan mahasiswa sektiar tahun 1970-an.
Sehubungan itu, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas meminta rakyat membuat penilaian supaya tidak beremosi dengan menyokong perhimpunan itu secara "tidak tentu arah".
 Sementara itu, mengulas perhimpunan PERKASA pada hari yang  sama, Ibrahim turut menasihatkan ahlinya supaya mematuhi undang-undang dan  jangan menimbulkan huru-hara.

"Jangan buat keganasan, (berhimpun) dengan aman, jangan langgar undang-undang, jangan baling batu.
"Saya dah bagi tahu kepada ahli PERKASA dalam taklimat, kita tak benar apa-apa provokasi, jangan bawak apa-apa senjata.
"Hanya turun tangan yang kosong untuk mempamerkan bahawa kita tidak bersetuju dengan BERSIH. Saya harap tidak ada apa-apa yang berlakulah nanti," tegasnya.
Sebaliknya, beliau mendakwa gabungan NGO itu mempunyai agenda untuk menghuru-hara negara bagi "menyelamatkan" Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dan dibantu pula dengan hebohan video (seks) yang mirip dengan ketua pembangkang. Maka pada saya, (perhimpunan) ini adalah pertarungan hidup dan mati Anwar Ibrahim.
"Maka cara yang terbaik, mungkin mereka merancang untuk menumbang kerajaan pada 9 Julai," dakwanya lagi dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Ibrahim juga turut mempamerkan salinan pekeliling Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang didakwa mengeluarkan arahan kepada pimpinan PKR semua peringkat supaya menyertai perhimpunan itu.
"Jadi bererti, nyata sekali dengan surat ini, bahawa Anwar Ibrahim di belakang perhimpunan BERSIH 2.0 ini," katanya.
Turun dengan tangan kosong
Ibrahim juga berkata BERSIH turut digerakkan oleh aktivis pelajar Hishamudin Rais yang disifatkannya sebagai "baling batu sembunyi tangan" sewaktu zaman gerakan mahasiswa sektiar tahun 1970-an.
Sehubungan itu, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas meminta rakyat membuat penilaian supaya tidak beremosi dengan menyokong perhimpunan itu secara "tidak tentu arah".
"Jangan buat keganasan, (berhimpun) dengan aman, jangan langgar undang-undang, jangan baling batu.
"Saya dah bagi tahu kepada ahli PERKASA dalam taklimat, kita tak benar apa-apa provokasi, jangan bawak apa-apa senjata.
"Hanya turun tangan yang kosong untuk mempamerkan bahawa kita tidak bersetuju dengan BERSIH. Saya harap tidak ada apa-apa yang berlakulah nanti," tegasnya.
Ibrahim berkata PERKASA selesai memberikan taklimat kepada ahlinya di sepuluh  daerah dan 22 kawasan parlimen secara tertutup berhubung perhimpunan 'Gerak  Aman' pada tarikh yang sama.
http://malaysiakini.com/news/168292
 
No comments:
Post a Comment