"Kami telah menyertai pilihan raya yang diadakan secara demokratik sejak 1999 dan tidak ada sebarang niat untuk mengguling atau memerangi Yang di-Pertuan Agong," tegasnya.
Sebaliknya, kata beliau, tindakan ke atas petugas parti itu di Pulau Pinang kelmarin, menunjukkan pihak berkuasa dan BN gentar dengan membuat dakwaan palsu mengaitkan parti itu dengan komunis.
Katanya, PSM sentiasa menjadi parti akar umbi dan (setiausaha agung) S Arutchelvam, Jeyakumar dan beliau sentiasa turun padang, memperjuangkan isu-isu pekerja termasuk gaji minimum dan hak-hak asas untuk pekerja ladang.
Katanya, mereka juga tidak bersetuju dengan cukai perkhidmatan dan oleh itu  mengapa mereka perlu terlibat dalam penderhakaan.Arutchelvam yang turut hadir dalam sidang akhbar itu,  berkata parti itu menyokong idea berhaluan kiri dengan PKMM, API, AWAS dan  pergerakan PKM, tetapi bukan untuk menghidupkan semula komunisme.
Beliau  juga menegaskan bahawa ahli-ahlinya sudah menjelajah seluruh negara sebagai  sebahagian daripada kempen 'Udahlah' yang menggesa supaya ditamatkan 54 tahun  pemerintahan BN.
"Ini tidak ada kena mengena dengan kempen BERSIH 2.0  yang kami sokong, tetapi adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang isu-isu  nasional," tegasnya.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/168118
 
 
No comments:
Post a Comment