Wednesday, January 7, 2009

Gaza: PM panggil sidang khas Parlimen, pakatan sambut baik



Rabu Januari 7, 2009

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini bersetuju supaya Parlimen mengadakan sesi khas Isnin depan mengenai serangan Israel ke atas Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim.


Beliau berkata sesi khas itu akan diadakan pada sebelah pagi.


Dalam pada itu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen.


Kata beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, ia akan membolehkan semua parti mengambil pendirian bersama untuk mengutuk serangan Israel di Gaza dan mencari penyelesaian bagi membantu Palestin.


"Kami Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan kami pada pagi Isnin," kata beliau selepas majlis makan malam bersama Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu di sini.


Anwar juga berkata walaupun usul pembangkang untuk meminta diadakan sidang khas telah ditolak sebelum ini, pihaknya akan menggunakan kesempatan ini dengan baik untuk Parlimen membuat satu keputusan konkrit berhubung isu Palestin-Israel.


Terdahulu pada sebelah pagi Anwar berkata: "Kalau kerajaan mempertimbangkan boleh walaupun pada tahap ini, lebih baik kerajaan, bukan setakat buat kenytataan, mengambil inisiatif lebih mendalam."


Sebelum ini, kata beliau, pembangkang ada meminta diadakan sidang khas Parlimen tetapi telah ditolak.


Kerajaan dan juga Anggota Parlimen pembangkang dilaporkan mengutuk keganasan Israel dan menggesa dilaksanakan gencatan senjata dan ditamatkan konflik yang bermula pada 27 Disember itu.


Kerajaan juga telah mendesak supaya diadakan Sesi Khas Darurat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menangani isu berkenaan.


Dr. Rais berkata Malaysia akan meneruskan inisiatifnya untuk meminta diadakan sidang itu jika Majlis Keselamatan PBB gagal menyelesaikan krisis itu dalam tempoh 48 jam akan datang.


Dr. Rais bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat delegasi antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Syria, Mohammed Naji Otri di pejabat Abdullah di sini.


Menteri itu berkata sesi khas darurat itu akan diadakan jika majoriti daripada 192 negara anggota PBB bersetuju berbuat demikian.


"Ini tidak memerlukan majoriti dua pertiga. Fasal PBB hanya menyebut majoriti," kata beliau.


Dr. Rais menjelaskan Majlis Keselamatan tidak boleh menggunakan kuasa veto terhadap sesi khas darurat kerana anggota majlis itu hanya boleh memveto keputusan yang dibuat dalam kerangkanya sendiri saja.


Bagaimanapun, beliau menarik perhatian Amerika Syarikat mungkin menggunakan pengaruhnya supaya sesi khas itu tidak dapat diadakan.


Satu lagi halangan, kata Dr Rais, sebarang perkara berkaitan dengan perang mesti ditangani oleh Majlis Keselamatan terlebih dulu dan selepas mereka melakukan segala usaha barulah perkara itu boleh dibawa ke Perhimpunan Agung.


Malaysia, katanya, tidak berputus harap supaya sesi khas darurat itu diadakan.


"Ini lebih baik daripada kita hanya duduk diam," kata beliau.


Mengenai perkara lain, Dr. Rais berkata Perdana Menteri Syria yang sedang melakukan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia bermula semalam memutuskan untuk melanjutkan lawatannya sehari setengah lagi dengan memasukkan kunjungan ke Melaka atau mungkin ke Iskandar, Johor.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/7/mstar_mutakhir/20090107184657&sec=mstar_mutakhir

Anwar mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya



Rabu Januari 7, 2009

Oleh G.MANIMARAN



KUALA TERENGGANU: Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.


"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.


Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.


Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.


Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.


Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.


Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.


Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.


Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.


Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/7/mstar_berita/20090107145001&sec=mstar_berita

Azmin Ali bebas tuduhan beri keterangan palsu


Rabu Januari 7, 2009



AZMIN bersama isterinya, Shamsidar Taharin kelihatan gembira selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan memberi keterangan palsu, hari ini -fotoTHESTAR oleh Rohaizat Md Darus

PUTRAJAYA: Selepas menunggu hampir 10 tahun, naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali (gambar) akhirnya lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah lain sebelum ini yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memberi keterangan palsu.


Hakim Datuk Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma'arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu.


Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.


Pada 13 Julai 1999, Mohamed Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac 1999. Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan itu dan mengarahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen bagi Mohamed Azmin membuat pembelaan.


Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan tetapi membenarkan permohonan Mohamed Azmin menangguhkan hukuman bagi beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.


Pada 1 Nov 2007, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Sesyen untuk membebaskan dan melepaskan Mohamed Azmin daripada tuduhan memberi keterangan palsu, dan ini mendorong pihak pembelaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/7/mstar_berita/20090107150050&sec=mstar_berita

Asean sokong sidang tergembar PBB mengenai Israel



Rabu Januari 7, 2009

PUTRAJAYA: Gesaan Malaysia supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan serangan Israel di Semenanjung Gaza mendapat reaksi positif apabila ia turut disokong oleh Asean dan Indonesia.


Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, beliau telah pun menerima maklum balas daripada Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan dan Menteri Luar Indonesia Dr Hassan Wirajuda semalam, yang turut komited bagi menghentikan kekejaman tersebut.


"Ini merupakan petanda-petanda yang menunjukkan bahawa pendirian Malaysia yang cepat bertindak dan mengemukakan pandangan mengenai isu ini dapat diterima oleh sebahagian besar pihak berkaitan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini. Isnin lepas, Rais berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghubungi Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan Presiden Persidangan PBB Miguel d'Escoto Brockmann, meminta mereka mengadakan sidang khas itu selepas Majlis Keselamatan PBB gagal mencapai keputusan untuk menghentikan serangan Israel terhadap penduduk Palestin.


Katanya, Abdullah juga akan menghubungi semua ketua kerajaan anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Asean dan beberapa pertubuhan antarabangsa yang lain untuk mendesak supaya sidang khas itu diadakan secepat mungkin.


Selain itu, Wisma Putra juga telah mengarahkan agar wakil tetap Malaysia ke PBb, Datuk Hamidon Ali supaya melobi beberapa pihak untuk mendapatkan sokongan agar sidang khas itu dapat diadakan. Sementara itu, Rais berkata, beliau juga berharap bakal Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang akan memulakan tugasnya 20 Jan ini, akan menggunakan sifat kemanusiaan dan pengaruhnya untuk menghentikan kekejaman itu, serta tidak menyebelahi Israel dalam apa-apa tindakan atau rundingan.


"Setakat ini kita belum lagi dapat melihat sebarang komen beliau yang membawa kepada pemberhentian tindakan serangan tersebut, dan beliau cuma menggunakan istilah yang umum sahaja.


"Jadi kita akan tunggu apa yang akan beliau lakukan, dan kita kebanyakannya yakin beliau tidak seperti George W.Bush," katanya.


Obama semalam dilaporkan buat pertama kalinya menyuarakan kebimbangan mengenai perkara itu, namun berkata beliau tidak akan campur tangan selagi belum memegang tampuk pemerintahan secara rasmi. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/7/mstar_berita/20090107133253&sec=mstar_berita

Penduduk Gaza tiada tempat untuk selamatkan diri



Rabu Januari 7, 2009

DUBAI: Ketika Gaza terus dibedil oleh tentera Israel, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa Bersatu yang menjalankan pemerhatian di darat mendapati tiada sebuah rumah mahupun tempat perlindungan PBB selamat bagi hampir 1.5 juta penduduk di perkampungan pesisir itu.


"Tidak ada tempat selamat untuk melarikan diri. Kami menyeru semua pihak mematuhi undangundang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam," kata penyelaras kemanusiaan PBB bagi Wilayah Palestin yang diduduki, Maxwell Gaylard.


Sebagai salah sebuah tempat kediaman yang paling sesak di dunia, kata beliau, adalah jelas lebih ramai orang awam akan terbunuh dan lebih banyak rumah, bangunan dan infrastruktur awam akan musnah jika konflik itu berterusan.


"Saya mengulangi desakan setiausaha agung PBB supaya dihentikan segera keganasan ini. Manusia mempunyai hak untuk hidup, mendapatkan kebebasan dan keselamatan tidak kira siapa mereka dan di mana mereka tinggal" kata Gaylard dalam komennya dikeluarkan di sini.


Beberapa usaha diplomatik sedang dijalankan bagi menyelesaikan konflik itu yang telah mengorbankan kirakira 600 nyawa sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 27 Dis.


Laporan menyatakan kirakira 15,000 rakyat Palestin sesak memenuhi 23 buah sekolah PBB di Gaza kerana rumah mereka musnah atau mahu menyelamatkan diri dari keganasan Israel.


"Lama sebelum pertempuran sekarang berlaku, PBB telah memberikan pihak berkuasa Israel GPS yang menyelaras semua instalasinya di Gaza," kata Gaylard, merujuk kepada bedilan hebat Israel ke atas beberapa kemudahan PBB di sana.


Beliau berkata jika undangundang kemanusiaan antarabangsa telah dilanggar, mereka yang melakukannya mesti diminta bertanggungjawab. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/7/mstar_berita/20090107172527&sec=mstar_berita

Sime Darby batal hasrat ambil alih IJN


Rabu Januari 7, 2009

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd hari ini mengumumkan yang ia tidak akan meneruskan rancangannya untuk menguasai kepentingan ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN).


Dalam satu kenyataan di sini, konglomerat itu menyatakan bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira sentimen awam dan maklum balas yang diterima berhubung cadangan itu.


Tindakan itu dibuat susulan pengumuman kerajaan menangguhkan keputusan untuk membenarkan Sime Darby memulakan rundingan dengan Kementerian Kewangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN.


"Kami merupakan syarikat yang pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat Malaysia dan kami perlu menghormati hasrat rakyat untuk IJN kekal dalam struktur sedia adanya," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan dan presiden kumpulan Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.


"Kami percaya bahawa pelaburan yang berterusan dalam penjagaan kardiovaskular adalah penting kerana ia merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan satu daripada sebab utama kematian di Malaysia," kata Ahmad Zubir.


"Perkongsian dengan IJN akan menjadi gabungan yang memberi manfaat yang besar kepada kami, IJN, mereka yang berkepentingan dan orang ramai dan atas dasar inilah kami menyatakan hasrat kepada kerajaan mengenai kemungkinan perkongsian dengan IJN," katanya.


Menurut Sime Darby, ia menulis kepada kerajaan pada Ogos tahun lepas bagi menyatakan minat untuk menjalin pakatan yang akan memberi faedah bersama dalam melebarkan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare dan IJN.


"Perkongsian sedemikian akan membawa bersama kedudukan IJN sebagai peneraju dalam penjagaan kardiovaskular dan torasik dan kepakaran Sime Darby Healthcare dalam penjagaan kesihatan tinggi swasta," kata Ahmad Zubir.


"Rancangan Sime Darby Healthcare adalah untuk menubuhkan pusat kecemerlangan dalam pelbagai bidang perubatan seperti kanser, jantung dan neurologi di Malaysia dan seberang laut," katanya.


Menurut Ahmad Zubir, bagi projek IJN, Sime Darby sentiasa mengambil kira kebajikan dan kepentingan golongan mereka yang kurang berkemampuan, satu pendekatan sejajar dengan falsafah syarikat terhadap tanggungjawab sosial.


Beliau berkata beliau kekal yakin mengenai prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus meninjau peluang untuk pengembangan dan menjadikan Sime Darby Healthcare sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan standard emas di rantau ini.


IJN mempunyai reputasi sebagai pusat jantung utama dan telah memberi rawatan kepada berjuta pesakit termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sebagai hospital separa kerajaan, ia menyediakan rawatan perubatan kelas pertama di bawah kadar pasaran dengan bayarannya dikawal oleh kerajaan. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/7/mstar_berita/20090106184910&sec=mstar_berita

Sindiket sasar gadis Filipina, Singapura

KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang memperalat gadis tempatan kurier dadah kini mensasar gadis Filipina dan Singapura yang berada di negara ini mangsa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin.

Beliau berkata, ini berikutan penahanan 13 orang terdiri daripada tujuh lelaki Afrika, seorang lelaki Pakistan, dua lelaki dan seorang wanita tempatan, serta dua wanita asing Filipina dan Singapura.

Dalam serbuan jam 6 pagi, seorang wanita Singapura ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang apabila beg troli yang dibawanya berisi 560 gram heroin.

“Pemeriksaan ke atas beg troli yang dibawa wanita yang hendak mengambil penerbangan ke Hainan, China itu membawa kepada penemuan dadah heroin yang disorok di dalam bahagian yang telah diubahsuai,” katanya dalam kenyataan semalam. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107092133/Article/index_html

Sime Darby batal hasrat kuasai ekuiti dalam IJN

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd semalam mengumumkan tidak akan meneruskan rancangan untuk menguasai kepentingan ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan, konglomerat itu membuat keputusan setelah mengambil kira sentimen awam dan maklum balas berhubung cadangan itu.

Tindakan itu susulan pengumuman kerajaan menangguhkan keputusan membenarkan Sime Darby memulakan rundingan dengan Kementerian Kewangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN.

“Syarikat yang mewakili lebih 10 juta rakyat Malaysia perlu menghormati hasrat rakyat untuk IJN kekal dalam struktur sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107092148/Article/index_html

Petrol, diesel kekal pada harga semasa


PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel akan dikekalkan pada harga semasa memandangkan harga pasaran dunia kedua-dua bahan api itu tidak menunjukkan perubahan ketara ketika ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata pengekalan harga bahan mentah itu adalah selepas penurunan terakhir iaitu penurunan ketujuh sebanyak 10 sen bagi setiap liter pada 16 Disember tahun lalu.

“Saya lihat kiraan secara purata (harga pasaran dunia) pada akhir Disember lalu adalah pada AS$41 (RM143.50) setong dan kadar itu tidak banyak berbeza pada pertengahan bulan sama iaitu semasa kita membuat keputusan untuk turunkan 10 sen bagi setiap liter.

“Penurunan pada pertengahan Disember sepatutnya hanya 5 sen saja kalau pada kadar AS$40 setong, tetapi kerajaan memutuskan untuk menurunkan 10 sen menjadikan harga runcit petrol semasa RM1.80.

“Bagaimanapun, kami tak nampak akan ada kenaikan atau penurunan harga petrol dan diesel di peringkat runcit dalam bulan ini,”
katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri di kementeriannya di sini, semalam.

Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan 30 sen seliter.

Bagaimanapun, kerajaan mempercepatkan penurunan harga runcit sejajar aliran harga minyak mentah dunia supaya rakyat dapat menikmatinya segera.

Sehingga kini, rakyat sudah menikmati penurunan kali ketujuh sejak Ogos tahun lalu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107092400/Article/index_html

Ganti produk import

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my



MESRA...Shahrir bersalaman dengan kakitangan KPDNHEP
pada Majlis Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri,
semalam.


PUTRAJAYA: Pengilang dan pengeluar barangan tempatan digalakkan memperkenalkan produk jenama bernilai bagi menjayakan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang akan dilancarkan 16 Januari ini, bagi merancakkan pertumbuhan permintaan domestik, sekali gus mengurangkan pergantungan terhadap produk import.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad berkata jenama bernilai membabitkan pengenalan produk baru berkualiti tinggi setanding barangan import dan boleh diperolehi dengan harga rendah.

“Pemilik jenama biasanya meletakkan jenama produk masing-masing sama ada premium atau pertengahan berasaskan kepada harga dan kualiti iaitu harga menjadi penentu kualiti barangan terbabit, jadi apabila kita minta me reka turunkan harga mereka akan menganggap tindakan itu akan merosakkan jenama.

“Sebagai contohnya, Petronas mempunyai jenama premium, tetapi mereka tak akan mengurangkan harga kerana bimbang menjejaskan jenama tetapi mereka boleh memperkenalkan jenama bernilai yang baru, supaya pengguna boleh mendapatkan produk alternatif berkualiti pada harga rendah.

“Jadi, kita berharap lebih banyak jenama baru yang bernilai diperkenalkan sepanjang 2009 untuk menjayakan kempen terbabit.

“Ini bermakna pengguna boleh mendapat produk sama dengan yang diimport manakala pemilik jenama tidak perlu mengorbankan jenama masing-masing,”
katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri di kementeriannya di sini, semalam.

Hadir sama, timbalannya, Jelaing Mersat dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Shahrir berkata, selain mengurangkan import, kempen yang berlangsung selama setahun itu juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa barangan buatan Malaysia berkualiti tinggi

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107092421/Article/index_html

Baju anak pengubat rindu

Oleh Mohd Rashidi Yusuf
am@hmetro.com.my


SAYU...Norlizawati (baju hitam di tengah) bersama ahli keluarga.


KUALA KANGSAR: “Hanya baju anak menjadi pengubat rindu. Setiap kali berbual dalam telefon dengan anak saya pasti saya akan mencium baju itu dan tanpa disedari air mata pasti mengalir,” kata Norlizawati Mat Nor, 26, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seterus, Sauk, dekat sini, semalam.

Norlizawati yang berkahwin dengan warga Indonesia, Sitiknor Nizam, 29, pulang seorang diri ke kampung halamannya sebulan lalu tanpa anaknya, Musmaulidul Maulana, 3 tahun 8 bulan berikutan masalah sijil kelahiran dan surat nikah manakala suaminya pula sudah meninggalkan mereka dua beranak sejak dua tahun lalu.

Katanya, setiap hari, dia hanya mampu menangis kerana merindui anak tunggalnya itu, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa dan tidak tahu bagaimana hendak mengurus kepulangan anaknya itu.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak membawa anak saya pulang supaya kami dapat bersama semula, lagi pun saya tidak ada wang.

“Jadi sekiranya ada pihak ingin membantu, saya sangat-sangat mengharapkannya,” katanya.

Norlizawati berkata, anaknya masih bersama ibu mentuanya di Desa Kadungbang Teng, Kecamatan Bakung, Blitar, Jawa Timur, Indonesia.

Katanya, suami meninggalkan mereka anak-beranak sejak Mei 2006 dan pulang seorang diri ke Johor untuk bekerja.

“Sejak itu, saya tinggal dengan mentua tetapi saya berjaya pulang ke tanah air sebulan lalu dengan usaha pihak Kedutaan Malaysia di Indonesia serta bantuan kewangan oleh seorang tokoh korporat selepas empat tahun berada di negara itu.

“Saya mengikut suami pulang ke Indonesia pada Mei 2005 tanpa pengetahuan keluarganya dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak Musmaulidul Maulana.

“Bagaimanapun, selepas merasai keperitan hidup di rantau orang dan kecurangan suami, saya mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarga,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107094033/Article/index_html

Tinggal dalam reban


DAIF...seorang warga emas yang dipercayai menjadikan
reban ayam sebagai tempat tinggal di Jalan Betik, Tampoi.



JOHOR BAHRU: Memilukan! Begitu kehidupan sekumpulan warga emas di bandar raya ini yang terpaksa tinggal dalam reban ayam dengan hidup serba kekurangan.

Seorang peniaga, Abrizah Abu Bakar, 48, berkata kumpulan warga emas itu dipercayai tiada pilihan hingga menetap dalam reban sempit dan menjalani kehidupan serba daif.

Menurutnya, lebih menyayat hati, mereka hidup sebatang kara terpaksa melakukan apa saja demi mendapatkan sesuap nasi termasuk menyelongkar timbunan sampah untuk mendapatkan makanan, mengemis atau mengumpulkan barangan kitar semula.

“Saya dan ahli keluarga terserempak dua warga emas berpakaian lusuh dalam keadaan terbiar yang berjalan berhampiran Jalan Betik, Tampoi di sini.

“Kami terkejut melihat warga emas berusia 60-an sehingga 70-an itu memasuki reban ayam.

“Mereka mengalas reban ayam itu dengan pakaian dan dipercayai dijadikan sebagai tempat berehat dan tidur, “
katanya.

Abrizah berkata, apabila dia dan suaminya menghampiri warga emas itu, kedua-dua lelaki berkenaan lari ke laluan berhampiran dengan tempat tinggal mereka itu.

Menurutnya, apabila menghampiri tempat itu, dia mendapati tempat tinggal warga emas itu dalam keadaan busuk dan menakutkan kerana bersebelahan semak hingga boleh mengancam keselamatan mereka.

“Terdapat beberapa tong yang diisi air dipercayai digunakan untuk keperluan minum mahupun mandi oleh mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Ezhar Abdul Rauf, 20, berkata dia menyedari kehadiran sekumpulan warga emas di sekitar kawasan berkenaan yang menjadikan reban ayam sebagai tempat tinggal.

Menurutnya, kadangkala kumpulan warga emas itu berkelakuan memalukan hingga kurang disenangi di tempat tumpuan ramai.

“Pada tengah hari, kira-kira empat sehingga lima warga emas boleh dilihat mengemis mahupun terbaring di tepi jalan biarpun pada cuaca panas.

“Mungkin ada yang mempersenda kelakuan mereka dan suasana berkenaan menunjukkan sikap kurang prihatin masyarakat terhadap warga emas kurang bernasib baik itu,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107095200/Article/index_html

Tolak isteri dalam sungai

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my



KUANTAN: Pertengkaran sepasang suami isteri di atas Jambatan Sungai Bukit Rangin di sini, tengah malam kelmarin, berakhir dengan wanita itu ditolak ke dalam sungai.

Namun, nyawanya masih panjang kerana terselamat walaupun terpaksa berpaut pada kayu bakau selama tiga jam.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, wanita berusia 45 tahun itu diselamatkan polis marin dan anggota Bomba dan Penyelamat Pahang selepas menerima maklumat orang awam.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa yang juga isteri kedua lelaki berusia 42 tahun itu bertengkar kerana berselisih faham.

Selain cemburu, wanita itu dikatakan tidak mengetahui dia sebenarnya isteri kedua. Ini berikutan ketika pasangan terbabit berkahwin di Thailand, dia dipercayai tidak mengetahui lelaki itu masih mempunyai isteri.

Perang mulut pasangan itu bertambah tegang menyebabkan suaminya hilang pertimbangan lalu menolaknya ke dalam sungai.

Lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu bagaimanapun panik sebaik isterinya terjatuh ke dalam sungai sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jasmani Yusoff, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, dua pemancing yang kebetulan berada berhampiran jambatan itu menyedari kejadian berkenaan bergegas menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Katanya, sepasukan anggota polis marin dibantu anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui wanita itu terapung kira-kira 500 meter dari tempat dia ditolak jam 3.30 pagi.

Mohd Jasmani berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan.

“Susulan itu, polis menjejaki rumah lelaki itu di bandar ini dan menahannya untuk siasatan lanjut kira-kira jam 5 pagi.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai status pasangan itu yang bernikah di Thailand,”
katanya.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan mengenai kejadian itu daripada mangsa gagal kerana dia dikawal rapi seorang anggota polis wanita.

Berdasarkan tinjauan, mangsa dipercayai masih trauma dan fobia dengan kejadian itu, tidur dalam keadaan berselimut menutup separuh muka.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107100554/Article/index_html

Pengorbanan ibu


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan maruah anak gadisnya daripada diperkosa beramai-ramai, seorang ibu tunggal sanggup bergelut dengan tiga penjenayah yang menyamar anggota polis khas dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.

Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, wanita berusia 44 tahun berkenaan sanggup mempertaruhkan nyawanya walaupun berhadapan dengan tiga lelaki yang menceroboh masuk kediamannya di Batu 4, Jalan Gombak di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kejadian berlaku apabila tiga lelaki tidak dikenali mengetuk pintu rumah mangsa.

Wanita berkenaan membukanya sebelum tiga lelaki terbabit memperkenalkan diri sebagai anggota polis khas dari Bukit Aman tanpa menunjukkan kad kuasa.

“Suspek yang tidak memakai pakaian seragam polis mendakwa mengesyaki mangsa menyembunyikan pembantu rumah warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Mereka terus meluru masuk ke dalam rumah sambil berpura-pura menggeledah rumah mangsa untuk mencari wanita Indonesia berkenaan,”
katanya.

Menurutnya, pada masa sama suspek turut mengambil tali pinggang dan jam berjenama, duit syiling serta tiga telefon bimbit milik mangsa.

“Tidak cukup dengan apa diperoleh, suspek mengugut mangsa bersama dua anak perempuannya berusia 25 dan 28 tahun supaya menanggalkan semua barang kemas dipakai.

“Mangsa yang ketakutan terpaksa menyerahkan cincin, rantai leher, rantai tangan dan rantai kaki kepada suspek,”
katanya.

Menurutnya, selepas mengambil semua barang kemas berkenaan, seorang daripada suspek bertindak liar cuba merentap tangan anak mangsa berusia 25 tahun.

“Suspek yang berusia 30-an itu cuba mengheret mangsa masuk ke dalam bilik dipercayai untuk memperkosanya.

“Menyedari niat jahat suspek, ibu mangsa bertindak melawan sebelum berlaku pergelutan antara mangsa dan tiga lelaki berkenaan,”
katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek segera melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta tolong.

“Siasatan mendapati suspek melarikan diri dengan menaiki Proton Wira Aeroback. Mangsa yang mengalami kerugian lebih RM9,000 segera membuat laporan polis,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090107100642/Article/index_html

Transformasi Adat Perpatih


Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan ADHAM SHADAN
rencana@kosmo.com.my

Adat Perpatih secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka. Persoalannya, adakah ia masih utuh dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan?


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawar (kiri) menerima Mas Merah daripada Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Petra Mubarak Dohak.
--------------------------------------------------------------------------------

ADAT Perpatih yang bermula 650 tahun lalu adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya ketika itu adalah petani.

Tiada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat itu mula diwujudkan. Namun, Adat Perpatih telah dibawa ke Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau sejak ratusan tahun lalu.

Di Malaysia, Adat Perpatih masih wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian penduduk di Melaka terutama di Naning, Alor Gajah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Menyelami prinsip Adat Perpatih, ia secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka khususnya tanah adat.

Mungkin kerana itu, ramai yang menganggap seolah-olah wujud wanita dari keluarga Adat Perpatih yang bersikap queen control sekiranya berkahwin dengan lelaki yang berasal dari negeri lain.

Kononnya segala harta pusaka milik suami akan diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Si suami pula harus tinggal di rumah isteri atau mentua.

Menjadi persoalan, adakah adat itu masih utuh dipraktikkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan biarpun negara telah mengalami perubahan zaman yang begitu drastik.



Dr. Shamsul Amri Baharuddin
--------------------------------------------------------------------------------

Menurut Profesor Antropologi Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Adat Perpatih masih terus diamalkan oleh masyarakatnya tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman.

"Ia berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini," itulah jawapan pertama yang dinyatakan beliau ketika ditemui Kosmo! di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, Bangi baru-baru ini.

Antara prinsip Adat Perpatih yang masih kekal diamalkan adalah keturunan dikira melalui nasab ibu.

Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada kaum wanita yang dianggap bonda kandung, iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

Prinsip yang kedua, bagi masyarakat yang tinggal di kampung mereka tinggal di kawasan ibu sebelah isteri.

"Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya untuk menetap di kampung atau kawasan ibu kepada isterinya sebagai orang semenda.

"Cuma, bagi mereka yang berhijrah di luar kawasan Negeri Sembilan, contohnya di Pahang, Kelantan atau Perlis, prinsip itu mengalami perubahan iaitu si ibu hendaklah tinggal bersama anak perempuan dan menantunya.

"Hal yang melibatkan pembahagian harta pula membabitkan anak perempuan mewarisi harta pusaka manakala anak lelaki menyandang saka. Ini adalah prinsip yang ketiga. Ia menjelaskan bahawa hanya anak lelaki yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala anak perempuan mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

"Prinsip perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang tetapi orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku dan ini menjadi antara prinsip yang masih diamalkan masyarakat Negeri Sembilan,"
katanya merujuk kepada prinsip yang keempat dan kelima.

Shamsul Amri menjelaskan, apa yang dikatakan telah mengalami perubahan adalah dari segi penghijrahan tempat tinggal masyarakatnya. Ini menjelaskan sifat komuniti masyarakatnya tidak lagi bersemuka berbanding dahulu iaitu tinggal dalam satu kelompok atau satu kampung yang sama.

"Ramai dalam kalangan masyarakatnya, khususnya remaja telah berhijrah di negeri lain dan masing-masing memegang jawatan dan kerjaya sendiri.

"Ini bukan bermakna mereka mengabaikan Adat Perpatih, sebaliknya mereka dipengaruhi oleh aspek kehidupan moden Melayu pada hari ini.

Sementara itu, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan berkata, adat itu masih diamalkan tetapi bilangan pengamalnya tidaklah sebanyak puluhan tahun lalu.

"Ia masih diamalkan tetapi tidaklah seperti 50 atau 30 tahun lalu. Kebanyakan yang mengamalkannya ialah mereka yang tinggal di tanah adat iaitu di kawasan yang mengamalkannya.

"Sekarang ini, penghijrahan ke banyak tempat adalah perkara biasa. Masing-masing sudah bebas dan menentukan hala tuju sendiri.

"Konsep adat berpegang kepada 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Apabila kita tidak lagi berada di dalam kawasan tanah adat, kita tidak lagi terikat dengan adat tersebut sebaliknya kita terikat dengan adat di kawasan yang kita duduki.

"Justeru, tidak timbul soal berhijrah lalu mengabaikan adat," katanya.

Beliau menjelaskan, adat sebenarnya tidak jumud dan ia bersifat dinamik. Perubahan boleh berlaku dengan syarat disepakati oleh semua pihak yang terlibat.

"Muafakat adalah ibu adat," tambahnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Would you drink Coffee made from beans from the butt of this animal?


by theValiant1, on Tue Dec 30, 2008 10:32pm PST


-asian palm civet
(taken from wikipedia)

Kopi Luwak (pronounced [ˈkopi ˈluwak] ) or Civet coffee is coffee made from coffee berries which have been eaten by and passed through the digestive tract of the Asian Palm Civet (Paradoxurus hermaphroditus). The civets eat the berries, but the beans inside pass through their system undigested. This process takes place on the islands of Sumatra , Java and Sulawesi in the Indonesian Archipelago, in the Philippines (where the product is called Kape Alamid) and in East Timor (locally called kafé-laku). Vietnam has a similar type of coffee, called weasel coffee, which is made from coffee berries which have been regurgitated by local weasels . In actuality the "weasel" is just the local version of the Asian Pal

Kopi Luwak is the most expensive coffee in the world, selling for between $120 and $600 USD per pound, and is sold mainly in Japan and the United States . It is increasingly becoming available elsewhere, though supplies are limited; only 1,000 pounds (450 kg) at most make it into the world market each year.[1] One small cafe, the Heritage Tea Rooms , in the hills outside Townsville in Queensland , Australia , has Kopi Luwak coffee on the menu at A$ 50.00 (=US$48.00) per cup, selling approximately four cups a week, which has gained nationwide Australian press.[2] In April 2008, the brasserie of Peter Jones department store in London's Sloane Square starting selling a blend of Kopi Luwak and Blue Mountain called Caffe Raro for £50 (=US$99.00) a cup.[3] It has also recently become available at Selfridges, London, as part of their "Edible" range of exotic foods.

Now I being a coffee drinker, would have to pass on this one
but from what I have seen on cable shows like "bizzare foods" and "food network" say this is some pretty tasty stuff, (despite the gross out factor), so I ask if given an oppurtunity, would you try Kopi Luwak?


http://shine.yahoo.com/channel/food/would-you-drink-coffee-made-from-beans-from-the-butt-of-this-animal-340389/

Salmon with Pepita-Lime Butter


Lime juice, chili powder and pepitas give this salmon Mexican flair. Serve with wild rice and steamed vegetables.

Makes 4 servings

ACTIVE TIME: 20 minutes

TOTAL TIME: 20 minutes

EASE OF PREPARATION: Easy

2 tablespoons unsalted pepitas (see Tip)
1 tablespoon butter
1/2 teaspoon freshly grated lime zest
2 tablespoons lime juice
1/4 teaspoon chili powder
1 pound salmon fillet, skinned (see Tip) and cut into 4 portions
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon freshly ground pepper

1. Toast pepitas (see Tip). Place in a small bowl with butter, lime zest, lime juice and chili powder.
2. Generously coat a large nonstick skillet with cooking spray and place over medium heat. Sprinkle salmon with salt and pepper, add to the pan and cook until browned and just cooked through in the center, 2 to 4 minutes per side. Remove the pan from the heat. Transfer the salmon to a plate. Add the butter-lime mixture to the hot pan; stir until the butter is melted. Serve the salmon topped with the sauce.

NUTRITION INFORMATION: Per serving: 259 calories; 17 g fat (5 g sat, 5 g mono); 74 mg cholesterol; 2 g carbohydrate; 24 g protein; 0 g fiber; 360 mg sodium; 458 mg potassium.
Nutrition bonus: Excellent source of omega-3s.
0 Carbohydrate Servings
Exchanges: 3 lean meat, 1 fat

TIP: Tips: Pepitas (hulled pumpkin seeds) can be found in the bulk-foods section of natural-foods stores or Mexican groceries.

Place a salmon fillet on a clean cutting board, skin side down. Starting at the tail end, slip the blade of a long, sharp knife between the fish flesh and the skin, holding the skin down firmly with your other hand. Gently push the blade along at a 30° angle, separating the fillet from the skin without cutting through either.

Place pepitas in a small dry skillet and cook over medium-low heat, stirring constantly, until fragrant and lightly browned, 2 to 4 minutes.

http://www.eatingwell.com/recipes/salmon_pepita_lime_butter.html?utm_source=YahooBlog_Fresh_010509

Marmalade Chicken


Orange marmalade and freshly grated orange zest make a deliciously tangy sauce for quick-cooking chicken tenders. Serve with brown rice.

Makes 2 servings

ACTIVE TIME: 20 minutes

TOTAL TIME: 20 minutes

EASE OF PREPARATION: Easy

1/2 cup reduced-sodium chicken broth
1 tablespoon red-wine vinegar
1 tablespoon orange marmalade
1/2 teaspoon Dijon mustard
1/2 teaspoon cornstarch
8 ounces chicken tenders
1/4 teaspoon kosher salt
1/8 teaspoon freshly ground pepper
1 tablespoon extra-virgin olive oil, divided
1 large shallot, minced
1/2 teaspoon freshly grated orange zest

1. Whisk broth, vinegar, marmalade, mustard and cornstarch in a medium bowl.
2. Sprinkle chicken with salt and pepper. Heat 2 teaspoons oil in a large skillet over medium-high heat. Add the chicken and cook until golden, about 2 minutes per side. Transfer to a plate and cover with foil to keep warm.
3. Add the remaining 1 teaspoon oil and shallot to the pan and cook, stirring often, until beginning to brown, about 30 seconds. Whisk the broth mixture and add it to the pan. Bring to a simmer, scraping up any browned bits. Reduce heat to maintain a simmer; cook until the sauce is slightly reduced and thickened, 30 seconds to 2 minutes. Add the chicken; return to a simmer. Cook, turning once, until the chicken is heated through, about 1 minute. Remove from the heat and stir in orange zest.

NUTRITION INFORMATION: Per serving: 213 calories; 8 g fat (1 g sat, 5 g mono); 68 mg cholesterol; 10 g carbohydrate; 27 g protein; 0 g fiber; 246 mg sodium; 55 mg potassium.
1/2 Carbohydrate Servings
Exchanges: 1/2 other carbohydrate, 3 1/2 very lean meat

TIP: Note: Chicken tenders are the virtually fat-free strips of rib meat typically found attached to the underside of chicken breasts. They can also be purchased separately. Four 1-ounce tenders will yield a 3-ounce cooked portion. Tenders are perfect for quick stir-fries, chicken satay or kid-friendly breaded “chicken fingers.”


http://www.eatingwell.com/recipes/marmalade_chicken.html?utm_source=YahooBlog_Fresh_010509

Chicken Parmesan Sandwich


1/2 cup all-purpose flour
1/2 teaspoon kosher salt
1/2 teaspoon freshly ground pepper
1 pound boneless, skinless chicken breasts (2 large breasts cut into 4 portions or 4 small breasts)
4 teaspoons extra-virgin olive oil, divided
2 6-ounce bags baby spinach
1 cup marinara sauce, preferably low-sodium (see Tip)
1/4 cup grated Parmesan cheese
1/2 cup shredded part-skim mozzarella
4 soft whole-wheat sandwich rolls, toasted

1. Position oven rack in top position; preheat broiler.
2. Combine flour, salt and pepper in a shallow dish. Place chicken between 2 large pieces of plastic wrap. Pound with the smooth side of a meat mallet or a heavy saucepan until the chicken is an even 1/4-inch thickness. Dip the chicken in the flour mixture and turn to coat.
3. Heat 2 teaspoons oil in a large nonstick skillet over medium-high heat. Add spinach and cook, stirring often, until wilted, 2 to 3 minutes. Transfer to a small bowl.
4. Add 1 teaspoon oil to the pan. Add half the chicken and cook until golden, 1 to 2 minutes per side. Transfer to a large baking sheet. Repeat with the remaining 1 teaspoon oil and chicken; transfer to the baking sheet.
5. Top each piece of chicken with the wilted spinach, marinara sauce and Parmesan. Sprinkle with mozzarella. Broil until the cheese is melted and the chicken is cooked through, about 3 minutes. Serve on rolls.

Makes 4 servings.

Per serving: 467 calories; 13 g fat (4 g sat, 5 g mono); 78 mg cholesterol; 48 g carbohydrate; 42 g protein; 5 g fiber; 762 mg sodium; 791 mg potassium.
Nutrition bonus: Vitamin A (160% daily value), Vitamin C (46% dv) Folate (43% dv), Magnesium (26% dv).

Tip: Refrigerate leftover marinara sauce for up to 1 week or freeze for up to 3 months.

http://shine.yahoo.com/channel/food/ooey-gooey-chicken-parm-sandwich-and-4-more-dinners-in-30-minutes-or-less-343463/;_ylt=AurraK_TM41Mh6koAIBgwrnYbqU5

5 skinny snacks

When I get a snack attack—watch out. Anything is fair game when I get ravenous and usually I reach for no-fuss (unhealthy) convenience foods to satisfy my cravings, like cookies, chocolate and high-calorie crackers. But what I really need to eat to fuel my hungry body is a healthy snack. All the better if it includes fruit or vegetables.

So I try to plan ahead and some ideas that are as appealing as junk food help too. Here are 5 of my favorite quick snack recipes (under 100 calories each) to satisfy your next hunger attack.




Cheesy Popcorn (75 calories per serving)

Freshly grated Parmesan cheese and a sprinkle of cayenne pepper dress up air-popped popcorn.

4 cups hot air-popped popcorn
1/2 cup freshly grated Parmesan cheese
Cayenne pepper to taste

Toss popcorn with Parmesan and cayenne to taste. Makes 4 servings, about 1 cup each.

NUTRITION INFORMATION: Per serving: 75 calories; 3 g fat (2 g sat, 1 g mono); 9 mg cholesterol; 7 g carbohydrate; 5 g protein; 1 g fiber; 154 mg sodium; 43 mg potassium. What you get: Calcium, fiber.

http://shine.yahoo.com/channel/food/5-skinny-snacks-337141

Kucing identiti pulau Tashiro


Bergelut untuk mempromosikan pelancongan di pulau Tashiro, Jepun, siapa sangka ratusan ekor kucing di situ akhirnya menjadi identiti pulau tersebut.



KAZUKO HATAKEYAMA memberi makan lebih 20 ekor kucing di rumahnya setiap hari.
--------------------------------------------------------------------------------


Pernahkah anda terfikir sebuah pulau didominasi oleh ratusan kucing dan tiada seekor pun anjing ditemui? Malah kucing-kucing ini disayangi nelayan sehinggakan mereka memberi sebahagian daripada hasil tangkapan kepada kucing-kucing itu setiap kali pulang dari laut.

Penduduk sebuah pulau kecil di Jepun itu sudah biasa dikelilingi dengan kucing dan mereka mengharapkan haiwan tersebut boleh menjadi identiti kepulauan mereka bagi menarik sesuatu yang telah 'hilang' selama bertahun-tahun lamanya iaitu penduduk tetap.

Sebuah kampung nelayan di pulau Tashiro yang dikenali sebagai Cat Island telah lama meminggirkan kehadiran anjing-anjing di kepulauan itu sejak berabad lalu dan percaya bahawa kucing mampu memberi mereka rezeki tangkapan ikan yang lebih besar.

Pulau yang didiami hanya kira-kira 100 orang penduduk dengan kebanyakannya berumur lebih 70 tahun mengharapkan kucing akan menjadi tarikan dalam kempen yang diadakan bagi menarik pelancong.

Para pelancong itu pula diharap terus menetap dan berkeluarga di pulau tersebut.

"Anda mungkin beranggapan tempat ini begitu tenang. Tetapi jika di sini ada satu kebakaran, tiada sesiapa yang dapat membantu untuk memadamkannya," kata Yutaka Hama, 49, yang mengetuai kumpulan promosi pelancongan di pulau Tashiro.

"Saya mahu orang muda datang ke sini. Terdapat ramai orang berpengalaman yang akan mengajar mereka memancing," kata Hama yang datang ke pulau Tashiro beberapa tahun lalu sebagai pengendali hotel dan nelayan.

Hama mempunyai seorang isteri, Aiko, 37, dan beliau dianggap sebagai wanita paling muda di pulau tersebut.

Selain anjing, banyak lagi perkara lain yang biasa didapati di seluruh Jepun tidak kelihatan di pulau ini, antaranya kedai serbaneka larut malam, lampu isyarat dan juga kanak-kanak.



SEEKOR kucing duduk menunggu ikan di jeti nelayan di pulau Tashiro.
--------------------------------------------------------------------------------


Populasi di pulau itu telah jatuh sehingga 10 kali ganda sejak tahun 1960 kerana ramai yang memilih untuk berpindah ke bandar.

Tetapi sejak beberapa tahun lalu, pulau Tashiro menjadi terkenal sebagai Cat Island apabila sebuah rangkaian televisyen menyiarkan cerita Jack The Lop Ear yang mengisahkan seekor kucing hitam dan putih yang mempunyai kecacatan pada telinga kiri.

Ternyata, rancangan televisyen itu telah menambah populariti pulau Tashiro.

"Saya suka melihat Jack (watak kucing dalam rancangan televisyen tersebut)," kata Shiho Amano, seorang pencinta kucing berusia 18 tahun dari bandar Nagoya yang datang ke pulau Tashiro untuk melihat pameran yang diadakan penduduk pulau itu bagi menggalakkan pelancongan.

"Saya mahu tinggal di sini apabila bersara kelak," kata pelajar itu sambil menunjukkan skrin telefonnya yang mempunyai gambar kucing tersebut.

Kucing yang diberi nama Jack bukanlah kucing pertama yang telah menjadi idola di Jepun ataupun medium yang dipercayai boleh menambahkan kekayaan dan meningkatkan kesihatan.

Pada tahun lalu, seekor kura-kura sesat yang dinamakan Tama menerima gelaran master bagi stesen kereta api Kinokawa di barat Wakayama. Kehadirannya telah menjana sumber ekonomi di bandar kecil itu menerusi kemasukan pelancong untuk melihat gelagatnya.

Ekoran kejayaan menggunakan kucing bagi menarik pelancong, mereka yang tidak menyukai kucing terpaksa akur dengan kehadiran haiwan itu.

"Baru sekarang saya menghargai kucing. Itu pun setelah saya melihat kucing berjaya menarik ramai pelawat dan pengunjung ke sini," kata Mitsue Tsuda, 65, yang mengaku dirinya sebagai pembenci kucing sebelum ini.



--------------------------------------------------------------------------------


"Mereka (kucing) tidak mengelap kaki untuk masuk ke rumah ketika hujan," katanya bergurau dan mengakui kucing-kucing itu kelihatan comel di dalam gambar pameran tersebut.

Nelayan di pulau Tashiro secara turun temurun akan memberi sebahagian daripada tangkapan mereka kepada kucing dan ia jelas kelihatan di pulau berkeluasan 3.14 kilometer x 20 kilometer persegi yang boleh dilihat dari pelabuhan bandar Ishinomaki di utara Jepun.

Kazuko Hatakeyama, 69, tidak lagi menangkap ikan tetapi lebih 20 ekor kucing akan berulang-alik ke rumahnya kerana dia akan memberi haiwan itu makan dua kali sehari.

"Sejak mereka datang ke rumah ini, saya tidak mempunyai pilihan lain. Apabila saya keluar, mereka mengikut saya," katanya sambil memberi puluhan kucing-kucing yang kelaparan itu makan.

Feri di antara pulau itu dengan tanah besar biasanya memuatkan 10 hingga 20 orang penumpang untuk tiga perjalanan setiap hari selepas musim panas. Tetapi pada September tahun lalu, jumlah itu berganda pada hari bekerja dan lebih tiga kali ganda pada hujung minggu.

"Kami melihat ramai pengunjung membawa kamera dan makanan kucing daripada joran memancing," kata seorang pegawai feri, Ajishima Line yang memberitahu kedatangan pelancong semakin bertambah walaupun pada musim sejuk. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm

Dari Shanghai ke Afrika

Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my


Kung fu kini bukan lagi menjadi milik negara China, sebaliknya seni mempertahankan diri itu telah melepasi sempadan benua Afrika.


--------------------------------------------------------------------------------


KUNG fu mengingatkan saya terhadap kuil Shaolin yang terkemuka di Henan, China. Dengan pergerakan anggota badan yang lincah dan tangkas, kehebatan aksi seni mempertahankan diri ini cukup terkenal di seluruh dunia. Saya mengetahui bahawa Fighting Monks adalah terminologi yang cukup sinonim dengan dunia kung fu yang rata-ratanya dipelajari oleh sami Buddha.

Tetapi jauh di bahagian tenggara Afrika atau tepatnya di negara Malawi, senario yang hampir sama mula dipraktikkan secara beransur-ansur. Sejak beberapa tahun lalu, sekumpulan kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga 16 tahun dipersiapkan dengan kemahiran latihan kung fu yang unik. Bezanya, mereka bukanlah kanak-kanak Cina sejati tetapi anak jati Malawi, Afrika.

Dengan pemahaman budaya dan tradisi Cina lampau yang kurang, kanak-kanak Afrika ini didedahkan dengan seni mempertahankan diri kung fu secara percuma. Mereka menerimanya daripada seorang insan bernama Hui Li.

"Sudah tentu mereka menghadapi kesukaran membiasakan diri dengan teknik dan langkah seni mempertahankan diri komuniti Cina. Tetapi itulah yang disifatkan sebagai kelebihan yang dimiliki. Mereka perlu melipat gandakan tekad di hati dalam melatih diri untuk bertarung seperti seorang master kung fu," ujar Hui Li atau lazimnya dikenali sebagai sami Afrika.



KETANGKASAN gerakan dan hayunan batang kayu oleh A Ong.

--------------------------------------------------------------------------------


Ketika saya menemuinya di Michael's Badminton Academy & Sports Sdn. Bhd. (MBA), Bandar Puteri, Puchong, Selangor baru-baru ini, beliau ditemani oleh tiga kanak-kanak comel yang mengenakan kostum kung fu tradisional. Dalam persalinan serba jingga, Mcshon Dzimbiri, Enock Belo dan Atupeze Kachepa tampil profesional dan bersopan santun di hadapan pengetua Pusat Penjagaan Amitofo (ACC), Hui Li.

Menariknya, saya difahamkan setiap kanak-kanak ini mempunyai gelaran nama dalam bahasa Mandarin. Mcshon, umpamanya dipanggil A Ong diikuti dengan Enock sebagai A Lu dan akhirnya kanak-kanak perempuan, Atupeze diseru dengan panggilan Wan Pa.

Memandangkan kung fu mempunyai pelbagai cabang, A Ong, A Lu dan Wan Pa mempunyai skil atau bakat masing-masing. A Ong, 13, pandai 'bermain' batang kayu. Semasa membuat demonstrasi, kedengaran hayunan kuat kayu yang laju sambil dia memusingkan badan. Bagaikan seorang pemain handalan, anak remaja ini cekal mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pahlawan yang disegani.

"Dia mula meminati seni mempertahankan diri kung fu setelah menyaksikan kehebatan idolanya beraksi dalam filem Hong Kong. Siapa lagi kalau bukan Jackie Chan," ujar Aubrey Kalonga, pegawai pentadbir di ACC selaku penterjemah yang bertindak sebagai perantara kami dalam temu bual itu.

Aubrey atau Ben Yu juga menambah: "Pada mulanya dia berasa takut dan terpaksa menahan kesakitan tetapi lama-kelamaan A Ong berjaya melepaskan diri daripada kepompong yang selesa."

A Lu, 11, pula ialah bintang kecil yang mencuri perhatian semasa membuat persembahan di khalayak ramai. Bukan hanya kerana saiz dan wajahnya yang comel apabila membuat mimik muka macho, tetapi beliau mampu menahan sebuah mangkuk parabola yang dicekup di bahagian perut tanpa jatuh.

Bagaimana anda melakukannya? "Saya akan memberi konsentrasi yang tinggi di bahagian perut agar semua tenaga berkumpul di situ. Kemudian, saya berhenti bernafas seketika bagi meletakkan mangkuk tersebut di perut, sebelum dicekup kuat.



KEIKHLASAN seorang sami Afrika Hui Li bersama anak-anak angkatnya.

--------------------------------------------------------------------------------


"Selepas itu, tiada siapa yang dapat menanggalkannya dengan mudah. Malah, saya boleh diangkat dengan senang menggunakan tali yang tergantung pada mangkuk perak tersebut," ujar A Lu dengan yakin.

Wan Pa, 11, yang agak pendiam dan pemalu mengejutkan saya dengan kebolehannya melantun dan meliuk-lintuk tubuhnya seperti monyet dan ular.

Ketiga-tiga mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada 21 kung fu Malawi yang datang ke Malaysia bagi menyertai program pertukaran budaya 'Sebarkan Benih Kasih Sayang: Perjalanan Cerah Buddha dari Afrika Sambil Melakukan Kebajikan'. Kebanyakan daripada mereka adalah anak yatim piatu atau dijangkiti virus HIV.

Hui Li yang berasal dari wilayah Pingtung, Taiwan, tiba di Afrika pada tahun 1992 atas desakan hati untuk menyebarkan ajaran dan kepercayaan Buddha. Meskipun beliau mengharungi detik-detik yang amat mencabar, termasuk perbuatan masyarakat setempat yang mencaci dan sebagainya, Hui Li tetap teguh dengan pendiriannya.

Kematian adik lelakinya dalam kemalangan jalan raya di Afrika turut tidak menghambarkan hatinya. Sebaliknya, sebidang tanah yang diwakafkan oleh wanita pertama Malawi kepada ACC meniupkan semangat ke dalam jiwa Hui Li untuk meneruskan perjuangan.


--------------------------------------------------------------------------------



Dari tahun 2001 sehinggalah hari ini, ACC menempatkan kira-kira 3,000 anak yatim piatu yang tinggal dan belajar dalam bahasa Mandarin serta belajar seni mempertahankan diri dan meditasi Cina.

Apabila ditanya kenapa kung fu, jawab Hui Li: "Pertama kali saya berjumpa dengan kanak-kanak ini, mereka nampak kurus kering kerana tidak mendapat bekalan nutrien yang cukup. Jadi, saya berikhtiar menguatkan otot badan mereka dengan makanan dan aktiviti sukan.

"Kedua, saya mahu mereka mampu mempertahankan diri di sebalik pergolakan hidup di negara yang tidak selamat."

Menceritakan rutin kanak-kanak tersebut, katanya, setiap hari seawal pukul 6.00 pagi, mereka akan bangun dari tidur dan bersenam selama 20 minit sebelum sarapan. Mereka menghadiri sesi sekolah dari pukul 7.30 pagi hingga 3.00 petang untuk kelas bahasa Inggeris, Mandarin, Matematik, Sains Sosial dan Pengetahuan Sosial.

Selepas itu mereka dibenarkan mengikuti aktiviti kokurikulum masing-masing. Selain kung fu, ACC juga menawarkan sukan bola sepak, bola jaring dan lain-lain.

"Lazimnya sekolah-sekolah di Malawi mengajar permainan bola sepak. ACC unik kerana ia merupakan satu-satunya pusat yang mengajar kung fu dengan mendapatkan khidmat dua orang master kung fu dari China," jelas Hui Li.

Sekiranya anda masih menganggap bahawa kanak-kanak ini diajar hanya langkah-langkah asas dalam kung fu, baik lupakan. Ini kerana seperti rakan seperjuangannya di China, kanak-kanak di Malawi diajar pendekatan kung fu yang sama dan tiada pengecualian. Oleh kerana fleksibiliti tubuh amat tinggi sewaktu muda, ia menyenangkan proses pembelajaran selama dua jam setiap hari.

Makan minum adalah biasa tetapi makanan ruji Malawi, Nsima iaitu sejenis bunga yang direbus sebelum dijadikan pes diambil sebanyak dua kali sehari.



AKSI A Lu yang sedang mencekup mangkuk di perutnya.

--------------------------------------------------------------------------------



Dalam pada itu, atas tajaan beberapa organisasi Buddha di Malaysia termasuk Persatuan Kebajikan Ti-Ratana, kanak-kanak Malawi ini membuat persembahan selama sebulan di Singapura, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Alor Star. Sebelum ini, mereka telah melakukan lawatan di Hong Kong, Taiwan dan China.

Pada sambutan Tahun Baru yang lalu, mereka memberi persembahan yang hebat di Maha Vihara Buddha, Brickfields, Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan kerana jarang kita dapat melihat orang bukan Cina beraksi sebaik itu dalam kung fu. Persembahan tersebut berjaya mengumpul lebih RM50,000.



AUBREY KALONGA atau Ben Yu (kanan) menegangkan kaki A Lu dengan mudah.

--------------------------------------------------------------------------------


Mereka yang berminat untuk menderma bagi menampung perbelanjaan makanan dan persekolahan kanak-kanak ini boleh menghubungi Persatuan Anak-Anak Yatim Eduwis Selangor di talian 012-336 0337.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Iran haram syarikat kaitan Israel


TEHERAN – Kerajaan Iran semalam mengharamkan beberapa syarikat antarabangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Israel daripada beroperasi di negara berkenaan.

Langkah tersebut merupakan satu bentuk sokongan terhadap pejuang-pejuang Hamas di Palestin yang kini sedang berjuang menentang pencerobohan tentera Israel.

Beberapa ulama Iran menuduh beberapa syarikat antarabangsa seperti Nestle mempunyai saham yang dimiliki oleh warga Israel dan mahu syarikat itu diharamkan di Iran. – AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Penyumbang misteri AS$6.7j untuk Gaza


RIYADH – Seorang ahli perniagaan Arab Saudi mendermakan sebanyak AS$6.7 juta (RM23.51 juta) bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang kini menjadi mangsa serangan ganas tentera Israel.

Ahli perniagaan itu yang enggan dikenali mendermakan wang tersebut kepada satu tabung Gaza selepas satu kutipan derma diadakan di seluruh Arab Saudi.

Kempen kutipan derma itu berjaya meraih hampir AS$32 juta (RM112.3 juta) termasuk sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dan adik baginda, Putera Mahkota Sultan. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Bekas wanita tertinggi dunia cari suaka politik


ZAINAB (kiri) kini mahu menetap di Britain.

LONDON - Bekas pemegang rekod wanita tertinggi di dunia, Zainab Bibi dijangka dibenarkan tinggal secara tetap di Britain selepas dia mendakwa menjadi mangsa serangan di negara kelahirannya, Pakistan, lapor sebuah akhbar semalam.

Zainab, 35, yang mempunyai ketinggian 2.18 meter tiba di Britain pada Jun 2006 sebelum dia memohon suaka politik.

Dia tinggal di sebuah flat di Stockport dan memperoleh bantuan kewangan daripada kerajaan sebanyak £40 (RM204) seminggu.

Zainab juga mampu mengirimkan wang kepada keluarganya di Pakistan ketika menunggu pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri menimbangkan permohonan suaka politik.

Wanita itu mendakwa dia bimbang untuk pulang ke Pakistan kerana sering menjadi sasaran serangan seperti dibaling batu, bajunya ditarik dan pergelangan tangannya juga pernah patah akibat diserang oleh sekumpulan anak muda.

Zainab kehilangan gelaran sebagai wanita tertinggi pada 2004 yang kini dipercayai dipegang oleh seorang warga China, Yao Defen, 36, dengan ketinggian 2.30 meter. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Rumah ibadat Yahudi dibakar


SEORANG anggota polis mengawal pintu masuk di sebuah rumah ibadat Yahudi di Toulouse, Perancis semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


PARIS - Sentimen anti-Yahudi terus memuncak di Perancis berikutan serangan berterusan tentera Israel di Gaza bagi menghapuskan Hamas.

Kebimbangan mula meningkat selepas beberapa orang tidak dikenali menaiki kereta dan merempuh pagar sebuah rumah ibadat Yahudi sebelum melontar sebutir bom petrol di Toulouse, lewat malam kelmarin.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun insiden tersebut menyingkap sentimen sama pada 2002 berikutan pertempuran antara Israel dan Palestin.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang ketika ini berada di Asia Barat mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan tersebut.

Sarkozy meminta rakyat negara itu untuk bersatu manakala Menteri Dalam Negeri, Michele Alliot-Marie membidas serangan itu sebagai 'bodoh.'

Utusan khas Palestin ke Kesatuan Eropah, Leila Shahid berkata, dia yakin serangan itu mempunyai kaitan dengan kemarahan di kalangan lima juta penganut Islam di Perancis terhadap nasib saudara mereka di Gaza. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Obama umum Panetta akan ketuai CIA


Panetta

WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mengumumkan bekas pegawai kanan White House, Leon Panetta akan mengetuai Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Pelantikan Panetta itu mengejutkan komuniti perisikan sekali gus memberi isyarat bahawa Obama mahu keluar terus daripada bayang-bayang pentadbiran Presiden George W. Bush.

Panetta pernah berkhidmat sebagai anggota Kongres selama lapan penggal. Beliau turut pernah bertugas sebagai Ketua Staf White House semasa pentadbiran bekas Presiden Bill Clinton.

Beberapa penganalisis percaya Obama menghantar mesej jelas bahawa semua dasar Bush ketika menguruskan isu perisikan yang penuh kontroversi akan berakhir kurang dua minggu lagi.

Seorang bekas pegawai CIA yang menjadi penasihat kepada Obama berkata, Panetta akan membawa tadbir urus yang baik terhadap agensi tersebut. Ketika era Clinton, beliau mengurus beberapa isu besar termasuk peperangan di Bosnia.

Menurut seorang pegawai kanan lain, pemilihan Panetta itu dibuat kerana kemahirannya dalan bidang pentadbiran, pengurusan dan politik. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

635 penduduk Palestin maut


SEORANG kanak-kanak Palestin mati akibat tertimbus selepas tentera Israel meranapkan rumah milik sebuah keluarga di Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA - Jumlah korban penduduk Palestin meningkat kepada 635 orang selepas tentera Israel memperhebatkan serangan di Genting Gaza.

Seramai 40 penduduk Palestin maut selepas helikopter Israel mengebom dua buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satunya padat dengan penduduk yang berlindung.

Dua penduduk Palestin terbunuh selepas sebutir peluru meriam meranapkan sebuah sekolah di Khan Yunis dan tiga lagi maut selepas sebuah lagi sekolah kem pelarian Shati turut menjadi sasaran serangan udara tentera Israel.



DUA askar Yahudi melihat sebuah kereta kebal tentera Israel membedil ke arah Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Operasi ketenteraan bagi menghentikan serangan roket Hamas itu masuk hari ke-11 semalam.

Sejumlah kereta kebal dan helikopter penggempur tentera Israel terus mengebom beberapa bandar di Genting Gaza.

Askar-askar Israel pula bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas di lorong-lorong Bandar Gaza dan pertempuran itu dianggap paling sengit sejak operasi rejim Zionis bermula.

Sekurang-kurangnya lima roket dilancarkan dari Gaza ke wilayah Israel semalam termasuk sebuah yang mengenai bandar Gadera 28 kilometer dari Tel Aviv. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

3 beranak disamun, nyaris dirogol


Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Ingatkan betul-betul polis Bukit Aman rupa-rupanya penjenayah dan perogol. Demikian pengalaman dilalui seorang janda dan dua orang anak gadisnya yang kehilangan barang berharga termasuk barangan kemas bernilai RM9,000.

Kejadian tersebut berlaku pukul 6 pagi semalam, apabila tiga beranak itu membenar tiga lelaki yang menyamar sebagai polis memasuki rumah mereka di Batu 4, Jalan Gombak di sini semalam.

Di dalam rumah itu, seorang penjenayah berkenaan cuba bertindak ganas dengan menarik seorang anak gadis janda itu ke dalam sebuah bilik untuk dirogol.

Nasib baik penjenayah itu membatalkan hajatnya selepas anak gadis wanita itu menjerit.

Jurucakap polis itu berkata, sebelum kejadian salah seorang lelaki itu dengan hormat mengetuk pintu rumah ibu tunggal berusia 44 tahun itu yang turut didiami dua orang anak gadisnya yang berusia 25 dan 28 tahun.

“Anak wanita itu yang mendengar ketukan telah membuka pintu rumahnya sebelum dia ternampak tiga lelaki bermisai terpacak dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis Bukit Aman,” kata beliau.

Selepas memperkenalkan diri, salah seorang lelaki itu meminta izin pada wanita itu untuk memeriksa rumah kononnya mereka mendapat maklumat seorang pembantu rumah Indonesia tinggal di rumah tersebut.

“Selepas diberi kebenaran, ketiga-tiga lelaki itu terus masuk ke dalam rumah dan menggeledah semua bilik.

“Wanita itu dan anak-anaknya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah ketiga-tiga lelaki tersebut menyuruh mereka menyerahkan cincin dan gelang emas yang dipakai mereka,” kata beliau lagi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Kempen boikot produk Yahudi dilancar


MA’AMOR (tiga dari kiri) dan ahli-ahli PPIM bersemangat ketika melancarkan kempen memboikot barangan Yahudi di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak orang ramai memboikot produk Yahudi sebagai membantah kekejaman negara itu terhadap Palestin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ma’amor Osman berkata, satu kempen memboikot produk keluaran syarikat milik Yahudi akan dimulakan Jumaat ini di Masjid Negara, sebagai isyarat yang jelas kepada Israel dan negara sekutunya supaya tidak terus menzalimi penduduk negara Islam berkenaan.

“Boikot ini adalah bagi membantah kebiadapan dan kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin dan saya harap semua rakyat negara ini turut serta dengan tidak menyokong produk- produk Yahudi,’’ katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, Ma’amor turut menggesa Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) untuk menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat pengeluar produk terpilih milik Yahudi.

“Perbuatan mereka menzalimi penduduk Palestin terutama wanita dan kanak-kanak jelas tidak halal dan menyokong produk keluaran itu seolah-olah menyokong perbuatan mereka yang bencikan keamanan dan keadilan sejagat.

“Selain itu, pelancaran boikot ini antara lain adalah bagi menggalakkan orang ramai untuk menyokong penggunaan produk keluaran tempatan terutama membabitkan perniagaan kaum bumiputera,’’
katanya.

Ma’amor berkata, negara mempunyai produk tersendiri yang setanding dengan produk negara luar, terutama produk-produk makanan yang tidak kurang hebatnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Ketatkan guna kad kredit

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my




SEORANG ahli perniagaan, Ramli Latif menggunakan kad kredit untuk mengisi petrol di salah sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR – Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menyarankan Bank Negara Malaysia menyediakan satu garis panduan ketat yang boleh diguna pakai bagi setiap bank untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan kad kredit yang kini semakin meningkat.

Ketua Eksekutif NCCC, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, terdapat kelemahan dalam penggunaan kad kredit dan kad ATM ketika ini kerana bayaran yang dilakukan menggunakan kad tersebut tidak menggunakan sebarang ciri keselamatan.

Sebagai contoh, menurut beliau, kes-kes melibatkan seseorang yang kehilangan kad kreditnya akan membolehkan pihak lain mengunakan kad berkenaan untuk membeli petrol di stesen minyak dengan mudah.

“Ini menunjukkan sistem keselamatan yang digunakan lemah dan jika nombor pin atau pengenalan diri digunakan sebelum seseorang itu mengisi petrol, mungkin kejadian tersebut boleh dielakkan.

“Apabila pemilik kad tersebut menghubungi pihak bank, dia pula dipersalahkan berikutan kecuaiannya menjaga kad kredit dengan baik, selain perlu membayar nilai wang yang telah digunakan pihak ketiga,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Ketika ini kes penyelewengan kad kredit termasuk penggunaan kad kredit curi di negara ini meningkat daripada 809 kes pada 2007 kepada lebih 1,000 kes pada tahun lalu dengan 200 daripadanya membabitkan penyelewengan penggunaan kad kredit di stesen-stesen minyak.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

‘Kami tidak benarkan’


IBU BAPA boleh menarik nafas lega kerana permintaan pengusaha bas sekolah untuk menaikkan surcaj tambang belum diluluskan kerajaan. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR – “Tidak akan ada kenaikan surcaj bas sekolah Mac ini.’’ Demikian tegas Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran apabila diminta mengulas kenyataan Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPBSSM) yang mahu mengenakan surcaj 30 peratus tambang bas sekolah bermula 1 Mac ini.

Katanya, LPKP tidak akan tunduk dengan permintaan PPBSSM itu kerana ia dianggap boleh membebankan ibu bapa.

“Permintaan mereka tidak logik, kita tak akan layan,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Markiman, keputusan itu diambil selepas pihaknya berbincang dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Buat masa ini kita masih mengkaji rasional untuk PPBSSM mengenakan surcaj terhadap tambang bas sekolah, mereka tak boleh paksa LPKP untuk memberi jawapan dalam masa singkat,’’ tegas beliau.

September lalu, PPBSSM telah menyerahkan memorandum kepada LPKP menggesa pihak berkuasa itu menambah subsidi diesel supaya harga belian diturunkan daripada RM1.43 kepada RM1 seliter.

Pengerusinya, Chee Ah Tey dilaporkan berkata, memorandum itu bukan bertujuan untuk mengugut kementerian dan LPKP sebaliknya mahukan pemberian sama rata kerana pengusaha kenderaan awam lain sudah dibenarkan mengenakan surcaj 30 peratus sejak September lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Saman putus tunang RM70,000


Oleh NORHAYATI YAHAYA
dan NORLIDA AKMAR IDROS
berita@kosmo.com.my



MUHAMMAD SALLEH menunjukkan gambar kenangan majlis pertunangannya dengan Nur Diana tahun lalu.
--------------------------------------------------------------------------------


SHAH ALAM – “Tak ada jodoh antara kita, nak pulangkan semua barang-barang balik.” Itulah antara ungkapan dua mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima Muhammad Salleh Muhamad Yusuf, 46, semasa beliau masih berada di Switzerland daripada bakal bapa mentuanya yang didakwa memutuskan pertunangan seterusnya menghancurkan harapannya membina masjid bersama gadis pilihan hatinya, Nur Diana Ahmad Zubir, 28.

Muhammad Salleh yang telah membuat segala persiapan sebelum itu sudah membayangkan kemeriahan majlis perkahwinan dengan orang yang dicintainya itu yang sepatutnya berlangsung pada 17 Januari ini.

Bagaimanapun, semua itu tinggal kenangan sebaik beliau menerima SMS minta diputuskan pertunangan pada 4 Disember lalu.

Keputusan keluarga bekas tunangnya yang dianggap Muhammad Salleh tidak bertanggungjawab menyebabkan beliau menuntut ganti rugi lebih RM70,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Difahamkan, ini merupakan kes pertama di Selangor pihak lelaki menuntut bayaran seumpama itu daripada keluarga perempuan gara-gara putus tunang.

Terdahulu di kamar mahkamah, prosiding di hadapan Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali berlangsung dalam keadaan tenang, namun plantif dan defendan masing-masing tidak memperdulikan antara satu sama lain.

Muhammad Salleh diwakili Peguam Syarie, Ahmad Nazib Johari manakala Nur Diana hanya bertemankan ibu bapanya.

Nur Diana meminta bekas tunangnya supaya menangguhkan kes tersebut sebulan bagi memberi beliau peluang untuk melantik peguam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...