Monday, December 15, 2008

Bayi dijumpai dalam mangkuk tandas

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.bakar@kosmo.com.my




Inilah bayi lelaki yang ditemui dalam mangkuk tandas di pasar Kampung Tradisi, Sintok semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


JITRA - Seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap jari dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok di sini semalam.

Bayi lelaki yang masih berlumuran darah dan bertali pusat itu ditemui pada pukul 10.15 pagi.

Ketika ditemui bayi yang sudah kebiruan dan lemah kerana kesejukan sedang menghisap ibu jari tangan kanannya.

Bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Changloon di sini untuk rawatan lanjut.

Suri rumah itu, Rofidah Md. Noor, 45, berkata, bayi itu ditemui apabila dia dimaklumkan oleh seorang anak jirannya yang memberitahu terdengar suara bayi menangis dari dalam tandas di pasar tersebut.

"Anak jiran saya tidak berani pergi lihat, jadi saya pun pergi ke tandas itu," kata beliau.

Menurut beliau, sebaik membuka pintu tandas, beliau melihat seorang bayi sedang terlentang di dalam mangkuk tandas dengan badan mempunyai kesan darah dan masih bernyawa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...