Monday, December 15, 2008

White House bantu sektor automotif


WASHINGTON - Industri automotif Amerika Syarikat (AS) semalam lega selepas White House menyatakan ia akan menggunakan sebahagian pakej menyelamat AS$700 bilion (RM2.5 trilion) yang sebelum ini diberikan kepada sektor kewangan.

Anggota-anggota Demokrat dan kesatuan sekerja menyambut baik perubahan dasar itu setelah dewan Senat menolak pelan bantuan kecemasan AS$14 bilion (RM50 bilion) bagi menyelamat industri automotif.

"Memandangkan ekonomi AS yang semakin lemah, kami akan menggunakan beberapa pilihan termasuk program TARP (Program Bantuan Aset Bermasalah) bagi mengelak sektor itu muflis," kata jurucakap White House, Dana Perino.

Beliau enggan memberi tarikh bila keputusan itu akan dimuktamadkan.

Akhbar New York Times melaporkan bahawa pentadbiran Presiden George W. Bush masih belum memutuskan jumlah pinjaman yang akan diberikan atau terma pinjaman.

Para pegawai kerajaan tidak menolak kemungkinan ada di antara syarikat automotif akan gulung tikar tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak dapat dikawal.

Gergasi automotif AS, General Motors (GM), Chrysler dan Ford memohon bantuan kerana berhadapan masalah tunai atau terpaksa muflis sekali gus menyebabkan sehingga sejuta hilang pekerjaan.

Pihak industri merayu bantuan kerana tidak ada pengguna akan membeli kereta daripada syarikat yang muflis berikutan isu jaminan dan khidmat lepas jualan. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...