Monday, December 15, 2008

Toyota tamat bonus kerana krisis kewangan


TOKYO - Syarikat Toyota Motor Corp. akan menangguhkan pelaburan modal dalam jumlah besar dan menamatkan bonus untuk eksekutif berikutan kelembapan ekonomi dalam penjualan kereta dan nilai yen yang merudum, lapor media Jepun semalam.

Tindakan yang diputuskan oleh pembuat kereta itu dilakukan ketika tercetus spekulasi bahawa syarikat tersebut akan melaporkan kerugian sebanyak AS$1.1 bilion (RM3.92 bilion) bagi tempoh separuh kedua hingga Mac.

Akhbar Nikkei melaporkan syarikat itu bakal membekukan rancangan bagi meningkatkan pengeluaran tahunan di salah sebuah kilangnya di China sebanyak 50 peratus kepada 150,000 unit menjelang tahun depan.

Menurut akhbar itu, syarikat Toyota turut menggantung satu rancangan bagi meningkatkan pengeluaran di Brazil dan India termasuk di bandar Takaoke, Brazil.

Syarikat itu akan menangguhkan pembukaan sebuah kilang yang kini dalam pembinaan di negeri Mississippi sehingga 2011, kata laporan tersebut.

Menurut Nikkei, penangguhan oleh Toyota itu dijangka menjejaskan pembekal dan pembuat barangan kereta dan syarikat permotoran lain mungkin mengikut langkah sedemikian.

- AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...