Monday, December 15, 2008

Wanita dikurung diarah bebas


GAMBAR fail ini menunjukkan Humayra di sebuah lokasi di Britain pada 2003.


DHAKA - Sebuah mahkamah Dhaka semalam memutuskan seorang doktor Bangladesh, Humayra Abedin yang dikurung oleh ibu bapanya selama lebih empat bulan kini boleh kembali ke kediamannya di Britain.

Seorang hakim, Syed Mahmod Hossain mengarahkan ibu bapa doktor itu memulangkan pasport, lesen memandu dan kad kredit milik anak mereka.

"Saya berasa hairan mengapa ibu bapa gadis itu mengurung dan mengganggu kehidupan peribadinya," kata hakim tersebut.

Keputusan hakim itu menyebabkan bapa Humayra meraung sehingga terpaksa dipapah ketika dia meninggalkan kamar mahkamah.

Humayra, 32, yang merupakan anak tunggal pulang ke Bangladesh pada 3 Ogos lalu selepas dia dimaklumkan ibunya sakit tenat.

Bagaimanapun, Humayra memberitahu seorang sepupunya bahawa dia dikurung oleh keluarganya yang merancang memaksa gadis itu berkahwin.

Humayra dilaporkan mempunyai seorang kekasih beragama Hindu di London sekali gus mendapat bantahan daripada keluarganya yang beragama Islam.

Beberapa peguam di Britain kemudiannya memfailkan satu kes di London bagi pihak Humayra di bawah Akta Kahwin Paksa yang baru dikuatkuasakan dengan mendakwa gadis itu adalah penduduk Britain. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...