Monday, December 15, 2008
Ibu bapa didenda AS$60,300
SEOUL - Sebuah mahkamah di Korea Selatan mengarahkan ibu bapa seorang remaja yang didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan supaya membayar denda AS$60,300 (RM215,379) kerana cuai menjaga anak lelaki mereka, kata satu laporan semalam.
Agensi berita Yonhap melaporkan sebuah mahkamah di bandar raya Seoul mengenakan denda kepada pasangan suami isteri itu kerana mereka gagal mengawasi remaja berusia 18 tahun tersebut yang merogol seorang budak perempuan berumur tujuh tahun di sebuah kawasan kediaman dua tahun lalu.
Berdasarkan butiran penghakiman, pasangan tersebut sepatutnya mengawasi aktiviti anak mereka yang mengaku melakukan jenayah rogol kerana dia meniru aksi yang ditonton dalam sebuah filem lucah.
"Ibu bapa pesalah berupaya mengelakkan jenayah itu daripada berlaku jika mereka memberikan didikan yang betul kepada anak tetapi mereka gagal memberikan perhatian yang cukupi kepadanya.
"Mereka mengabaikan tanggungjawab membesarkan anak mereka supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat," kata penghakiman mahkamah.
Remaja berkenaan yang menghidap sindrom kurang perhatian menyebabkannya menjadi seorang terlampau aktif, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol.
Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu sebelum ini menuntut bayaran ganti rugi berjumlah AS$146,273 (RM522,460). - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
No comments:
Post a Comment