Tuesday, April 28, 2009

Kanak-kanak 12 tahun lahir bayi lelaki


SEORANG bidan sedang menentukan kedudukan bayi dalam kandungan di Summertown, Amerika Syarikat. - Gambar hiasan



LONDON - Seorang budak perempuan berusia 12 tahun di Britain dibantu para petugas bantuan masyarakat selepas dia melahirkan seorang bayi lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu muda berbangsa Inggeris itu melahirkan bayi tersebut pada Jumaat lalu selepas dimasukkan ke sebuah hospital di sini.

Sumber-sumber berkata, budak perempuan yang dirahsiakan identitinya itu mengandung selepas ditiduri seorang lelaki lebih tua dan dia tidak menyedari dirinya hamil.

"Kami semua terkejut. Dia tidak sihat sejak kebelakangan ini dan pernah pengsan. Kami membawanya ke hospital untuk ujian kesihatan dan tiba-tiba dia bersalin," kata seorang rakan keluarga mangsa.

Sebelum ini, ibu paling muda di Britain, seorang budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan seorang bayi berdekatan bandar Edinburgh, Scotland pada 1996.

Teman lelaki budak perempuan itu kemudiannya didakwa di mahkamah kerana melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...