Tuesday, April 28, 2009

Majoriti rakyat AS sokong pendekatan Obama




WASHINGTON - Kemelesetan ekonomi dan isu peperangan gagal menggugat keyakinan rakyat Amerika Syarikat (AS) kepada Presiden Barack Obama, menurut keputusan satu tinjauan baru-baru ini.

Tinjauan sempena 100 hari pemerintahan Obama menunjukkan dua daripada tiga warga AS optimis dengan cara beliau mentadbir negara, meningkat berbanding bulan lalu.

Malah, tinjauan terbaru sebuah agensi swasta, Pusat Penyelidikan Pew mendapati kewibawaan Obama di mata rakyat semakin meningkat sejak beliau memegang tampuk pemerintahan awal tahun ini.

Tinjauan tersebut menunjukkan 73 peratus responden memiliki tanggapan positif terhadap beliau termasuk 46 peratus daripada kalangan Parti Republikan.

Penarafan positif itu kata Pew, mengatasi pencapaian beberapa presiden AS terdahulu termasuk George W. Bush, Bill Clinton dan George Bush.

"Selepas 100 hari, rakyat AS akan lebih mengenali Obama berbanding ketika beliau mula bekerja pada 20 Januari lalu. Ramai yang teruja, sesetengah pula akan lebih bersikap skeptik," kata bekas jurucakap Bush, Dana Perino.

Pelantikan Obama membawa harapan tinggi bagi kebanyakan rakyat AS yang berhadapan masalah ekonomi ketika negara itu dipimpin Bush.

"Kami percaya sejak tiga bulan lalu, pentadbiran Obama menawarkan banyak penyelesaian berbanding apa yang dicadankan oleh bekas pentadbiran terdahulu," kata seorang anggota Parti Republikan, John Boehner. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...