Tuesday, April 28, 2009

Krisis ekonomi himpit 1,000 manusia terkaya


DANIEL RADCLIFFE mencipta kekayaan menerusi lakonan dalam filem siri Harry Potter memperoleh kekayaan terkumpul RM63 juta.


LONDON - Kelompok 1,000 manusia terkaya dunia kerugian hingga £155 bilion (RM817 bilion) akibat krisis kewangan global, lapor sebuah akhbar semalam.

Usahawan paling teruk terjejas susulan kejatuhan mendadak indeks pasaran saham dan penjualan panik akibat kemelesetan ekonomi ialah Lakshmi Mittal.

Aset taikun industri besi dari India berumur 58 tahun itu susut sebanyak £16.9 bilion (RM89 bilion) atau £1.9 juta (RM10 juta) setiap satu jam.

Namun, dengan kekayaan berbaki £10.8 bilion (RM56.9 bilion) beliau masih mengatasi pesaing terdekatnya iaitu Roman Abramovich.

Bilionair dan pemilik kelab bola sepak Chelsea berusia 42 tahun itu kerugian £4.7 bilion (RM24.7 bilion) dengan aset berbaki £7 bilion (RM36.9 bilion).

Di bidang perfileman pula, krisis kewangan global langsung tidak memberi kesan kepada bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe, 19 apabila kekayaannya meningkat 50 peratus kepada £30 juta (RM63 juta) sekali gus menjadikannya lelaki bawah usia 30 tahun ke-12 terkaya di dunia. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...