Dr M: Malaysia tak perlu menara 100 tingkat
Nov 29, 10 2:53pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa  rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan  menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda  Lembah Klang.
 “Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100  tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada  persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.
"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.
[Berita penuh menyusul]

http://malaysiakini.com/news/149472
 
No comments:
Post a Comment