Katanya, walaupun Pakatan Rakyat memenangi 17 daripada 22 kerusi parlimen dan  36 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada 2008, tetapi tiada jaminan bahawa ia  pasti dapat mempertahankan kuasa di negeri paling maju itu.
Lapan  daripada kerusi parlimen, tegas Lim, dan sepuluh kerusi DUN dimenangi dengan  majoriti kurang daripada 10 peratus.
"Saya tahu ada orang yang percaya  Pakatan Rakyat tidak boleh hilang kuasa di Selangor dalam pilihanraya umum akan  datang," katanya ketika merasmikan konvensyen DAP Selangor hari  ini.
"Bolehkah Umno dan BN memenangi semula Selangor dalam pilihanraya  umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak dapat  dikalahkan? "
Lim mengambil perubahan kerajaan di Terengganu sebagai  contoh yang jelas tentang bagaimana nasib politik boleh datang dan pergi,  apabila PAS tanpa diduga mencapai kemenangan 28-4 kerusi DUN pada  1999.
Dalam pilihan raya umum 2004, PAS tidak menduga akan kehilangan  kuasa di Terengganu tetapi ia pula kalah 28-4 di tangan Umno dan BN.
Oleh  itu, tegasnya, Pakatan Rakyat perlu belajar daripada sejarah.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/149430
 
 
No comments:
Post a Comment