Nov 29, 10
11:35am
PAS berang kerana sepanduk dan kain rentang yang dipasang  di beberapa lokasi mempunyai simbol parti itu, logo kerajaan negeri serta gambar  perlumbaan kuda dengan ayat-ayat yang tertera “Kami tak nak wang judi”.
Laporan polis dibuat oleh ketua Pemuda PAS, Kepala Batas, Mohd Hafis Kasim yang diiringi oleh anggotanya dari Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Mereka mendakwa kain rentang itu berunsur fitnah.
Mohd Hafis juga menafikan PAS bertanggungjawab memasang kain rentang itu dan berkata parti itu sebahagian daripada komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Katanya, beberapa pihak sejak kebelakangan ini mula gusar dan tidak senang dengan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin menambat hati rakyat dengan dasar-dasarnya.
“Ini menjadikan mereka cemburu dan mencetuskan pelbagai  macam propaganda,” katanya.
“Kita boleh kesan siapa mereka ini, kami yakin mereka berniat jahat, mereka sekarang seperti cacing kepanasan yang cuba dapatkan simpati daripada rakyat dan akan berbuat apa-apa sahaja bagi tujuan itu,” katanya.
Mohd Hafis merujuk kepada beberapa serangan dan tohman yang dibuat ke atas Lim dan kerajaan negeri. Antaranya menggantikan nama ketua menteri dengan nama Agong semasa khutbah Jumaat serta gambar 'palsu” yang menunjukkan beliau menyembelih lembu untuk upacara korban.
Isu wang haram timbul apabil Umno menuduh kerajaan Pulau  Pinang memberi wah ehsan dalam bentuk RM100 kepada warga emas dan RM1,000 untuk  belanja pengebumian adalah dari hasil yang dicurigai, termasuk kemungkinan ia  datang dari kegiatan perjudian.
Pesuruhjaya PAS, Pulau Pinang, Rosli Hasan, yang juga hadir pada majlis itu  berkata kumpulan yang bertanggungjawab memasang sepanduk itu adalah kumpulan  yang 'degil dan ketandusan modal politik'.
Katanya, mereka mempunyai peluang  berkhidmat dengan baik pada masa lalu tetapi gagal berbuat demikian kerana  kepentingan peribadi.
“Apabila kita ambil alih Pulau Pinang, kita buat perubahaan  yang baik, termasuk membangunkan neheri dan juga menjaga moral rakyat,”  katanya.
“Mereka ini tiada maruah, malah mereka sanggup menunjukkan punggung mereka,  apa yang sudah terjadi dengan mereka?” soalnya.
Beliau merujuk kepada  ketua pembangkang Pulau Pinang yang juga ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang  digantung kerana menunjukkan punggungnya di DUN Pulau Pinang.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/149440
 
 
No comments:
Post a Comment