Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah  Othman
Nov 27, 10
8:43pm
Nov 27, 10
8:43pm
Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus komited dalam PKR  walaupun ada percubaan menariknya menyertai parti baru yang akan ditubuhkan  Datuk Zaid Ibrahim.
"Ada percubaan meminta saya ke sana. Dan (juga sebelum ini) diminta untuk tidak bertanding (timbalan presiden), tetapi saya akan terus bertanding dan memberikan ruang kepada JPP (menangani aduan).
 "Ada yang menggamit, tetapi saya tegas dan komited dengan  PKR," katanya yang tewas teruk dalam pemilihan merebut jawatan timbalan presiden  di tangan pesaingnya Azmin Ali.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin.
Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan.
Zaid - bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan - semalam dilapor mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.
Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibu negara, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada bulan yang sama.
Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.
"Ada percubaan meminta saya ke sana. Dan (juga sebelum ini) diminta untuk tidak bertanding (timbalan presiden), tetapi saya akan terus bertanding dan memberikan ruang kepada JPP (menangani aduan).
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin.
Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan.
Zaid - bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan - semalam dilapor mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.
Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibu negara, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada bulan yang sama.
Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.
http://malaysiakini.com/news/149358
 
No comments:
Post a Comment