TUMPAT, 10 Jan: Penduduk Kelantan khasnya di daerah Tumpat  tertanya-tanya bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menunaikan  janji membina sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas.Ini kerana, janji  itu masih terngiang-ngiang di telinga mereka ketika Najib berkempen menjelang  pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember 2005 lalu.
"Mana janji  Kerajaan Persekutuan untuk membina Sistem Tebatan Banjir di Jajahan Pasir Mas ?  Masih ingat janji PM semasa PRK Pengkalan Pasir?" tanya seorang rakan Facebook  Mohd Zaki Ibrahim, Adun Kelaboran.
"Masa tu 2005 Najib mari letak batu  asas jah....lepas tu balik Perak, tak mari-mari," jelas Zaki yang juga  Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dalam facebooknya.
Hari ni Zaki dan  rakan-rakannya (gambar: Zaki baju hijau berjeket di tengah)  sempat menyampaikan sumbangan banjir kepada 200 penduduk yang terlibat dengan  banjir di Kampung Ana, Tok Oh dan Cherang Melintang, Tumpat.
Baru-baru  ini, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad membuat janji  lagi akan melaksanakan projek tebatan banjir di Kelantan jika menang dalam  pilihan raya umum akan datang.
Ia melibatkan belanja RM2 bilion iaitu di  Sungai Golok.
Keadaan banjir di Kelantan pagi ini semakin pulih apabila  jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara menurun kepada  3,190 orang berbanding 3,579 orang yang dilaporkan malam tadi.
Jurucakap  Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah pusat  pemindahan yang dibuka masih kekal 22 buah sebagaimana malam tadi iaitu  membabitkan daerah Kota Baharu, Tumpat dan Pasir Mas.
"Seramai 3,190  mangsa membabitkan 970 keluarga masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah  negeri ini.
"Berdasarkan cuaca cerah dan panas kini, mangsa dijangka  dibenarkan pulang secara berperingkat apabila keadaan banjir semakin pulih,”  katanya.
Bagaimanapun, sehingga kini ia telah mengorbankan tiga  mangsa.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30262:mana-janji-tebatan-banjir-najib&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment