"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.
"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.
Hapuskan tol
Bulan lalu, Pakatan Rakyat  mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara  termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam  tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan  Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya  oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi  mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung  perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan  melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada  generasi kedua dan ketiga Felda.
Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak,  kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan,  mereka boleh membuat penilaian sendiri.
"Saya selalu berpegang  kepada ungkapan, jika ia begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.
"Jadi,  jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau  berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika  kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," katanya.Beliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan  kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu  berdasarkan kemampuan sendiri.
Katanya beliau hairan dan berasa aneh  kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat  populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.
"Jadi,  kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan  dan ditunaikan," katanya.
Kerajaan BN bertanggungjawab
Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan  momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama  negara.
Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang  dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu  tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan  100 hari Pakatan Rakyat.Katanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi  kejayaan tahun lalu, iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis  global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan  melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara  (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara  (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan  Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.
Katanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam  adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang  dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan  dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat  keseluruhannya.
"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu  dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan  secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar  segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya.
http://malaysiakini.com/news/152934
 
 
No comments:
Post a Comment