Jan 10, 11
10:25am
"Kita bersama MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mempertahankan Selangor daripada BN," kata naib pengerusi PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pembukaannya.
Berkerusi roda
Selesai solat Isyak, mereka mengadakan sembahyang hajat.Antara yang hadir  termasuk, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang datang dengan  berkerusi roda. Kehadiran menteri besar Kelantan itu disambut dengan laungan  'takbir' yang bergema di stadium berkenaan.Selain Nik Aziz, turut bersama adalah Anwar, presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar  Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali. 
Solat Isyak dan solat hajat perdana diimamkan oleh Hadi juga dengan  harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu  ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Anwar.
Hadi dalam pidatonya juga menasihatkan kerajaan Pakatan  Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak  lawan yang mahu merampas negeri itu.
Katanya, apa yang menimpa Selangor  hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959  lagi.
Mesti bersabar
"Kita mesti bersabar dan  kami dalam PAS telah lama alami keadaan ini."Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS  Terengganu diguling sebelum kita ambil balik pada tahun 1999," katanya  .
Menurut Hadi yang juga bekas menteri besar Terengganu, pengalaman sama  turut menimpa kerajaan PAS Kelantan, apabila diguling pada tahun 1978 dengan  menggunakan Akta Darurat pada waktu itu.
Namun PAS Kelantan kemudiannya  bangkit semula dan berjaya merampas negeri itu pada tahun 1990.
Terbaru  pula jelasnya, rakyat dipertonton dengan tragedi rampasan kuasa kerajaan negeri  Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009.Beliau yang juga ahli pParlimen Marang, mahu rakyat tahu  bahawa tindakan merampas negeri secara zalim, adalah strategi orang yang  lemah.
"Cara begini bukan kekuatan, menipu ini satu kelemahan, tindakan  tidak bijak dan tidak pandai.
Tunjuk perangai
"Dan sekarang mereka  tunjuk lagi perangai itu," katanya.
Namun apa yang penting menurut Hadi,  Pakatan Rakyat perlu melangsungkan perjuangan dengan konsisten dan  bersabar.Perjuangan tersebut katnya, perlu dibuat pada landasan yang  betul dan jangan terpesong atau mengikut golongan yang tidak  mengerti.
"Ini bukan janji PAS, bukan PKR, tapi ini janji Allah dalam  al-Quran.
"Teguhkan ikatan ini, perbetulkan cara bertindak kita. Insya  Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada kita dalam pilihan raya umum  ke-13 nanti," katanya.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi  menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan  sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.Anwar dalam pidatonya pula berharap pimpinan kerajaan  negeri Selangor tidak hilang fokus dan terus menambah serta memperbaiki khidmat  biarpun teruk diasak, khususnya dalam kes pelantikan setiausaha kerajaan negeri  (SUK).
Lawan Umno
"Ingatan dan nasihat saya kepada menteri besar, ahli exco dan kerajaan negeri  Selangor, kita jawab tetapi fokus. Kita pertahankan Selangor dan tambah khidmat  kebajikan, pastikan tata kelola yang baik di Selangor. Ini yang akan memenangkan  kita.“Kerana kalau tunduk kepada muslihat mereka. Ini  menyebabkan kita asyik bertahan. Mengapa kita perlu asyik bertahan, kuasa di  tangan kita di Selangor, rakyat Selangor bersama kita. Kita lawan Umno di  Selangor. Lawan Tetap Lawan!" laung Anwar di ribuan hadirin.
Katanya,  Pakatan Rakyat perlu sentiasa bersedia lantaran negeri Selangor merupakan idaman  Umno yang sehingga kini masih gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia  ini.
"Dalam ucapan kita sebelum peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib,  kita ingatkan kita akan hadapi tindakan lebih rakus dari dulu. Ternyata apa yang  berlaku membuktikan andaian tersebut. 
Tak boleh tahan“Selangor dianggap mutiara bagi Umno. Mereka berkuasa di  pusat tapi masih lemas kerana tiap hari dia terpaksa lalu Selangor. Nak pergi ke  pelabuhan, nak pergi lapangan terbang, jadi dia tak boleh tahan," kata  Anwar.
Justeru, Anwar mahu Pakatan Rakyat berpegang jelas dengan prinsip  Pakatan Rakyat yang mendaulatkan institusi diraja, serta menjunjung Perlembagaan  Negara dan tidak goyah walaupun diserang dan difitnah bertubi-tubi oleh Umno  dari semua hala."Soal derhaka. Semua orang tahu. Baca semua ucapan Presiden  Umno tatkala meminda perlembagaan. Kasar, tiada pertimbangan. Orang ini nak ajar  kita tentang taat? Tak payah defensif. Tak payah apologetik. Mengadap ke bawah  Duli Tuanku. Beritahu pendirian kita.
“Pendirian DAP, PKR dan PAS.  Pertahankan Perlembagaan. Pertahankan Bahasa Melayu. Islam agama Persekutuan dan  Kedaulatan Raja-Raja. Itu pendirian kita, tak payah jelaskan kepada Umno ini  pendirian kita," kata Anwar lagi.
http://malaysiakini.com/news/152932
 
 
No comments:
Post a Comment