Jan 10, 11
12:53pm
Projek itu adalah bagi menyusun semula sistem tiket di semua 56 stesen KTMB sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Malaysiakini dimaklumkan bahawa proses penilaian teknikal dmanipulasi bagi membolehkan firma berkenaan terpilih.
Markah penuh
“Meskipun tidak layak untuk  seksyen, tertentu, mereka masih mendapat markah penuh,” dakwa sumber yang biasa  dengan projek itu.
Pasukan penyiasat SPRM menyerbu pejabat KTMB di Kuala  Lumpur dan menggeledah jabatan tendernya pada 14 Disember tahun lalu. Ia  merampas beberapa dokumen utama.Jumaat lalu, SPRM sekali lagi menyerbu pejabat KTMB untuk  mendapatkan lebih banyak bukti. Menurut sumber, siasatan masih pada peringkat  awal.
Notis bagi tender itu diterbit dan diumumkan pada 3 Ogos tahun lalu  dan ia ditutup pada 29 September.
Dipercayai pasukan teknikal KTMB juga  tidak menjalankan pemeriksaan di tapak atau memohon demonstrasi oleh pihaak  pembida seperti yang ditetapkan.
Tender yang dikemukakan oleh lima  syarikat yang lain yang disenarai-pendek pula tidak dinilai.
Dua syarikat  dengan projek sekarang membabitkan sistem tiket juga ditolak meskipun mereka  masing-masing menawarkan bidaan pada harga RM69.8 juta dan RM72.6  juta.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/152950
 
 
No comments:
Post a Comment