SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam  Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di  Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan  menegakkan kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan  Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua  Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin  Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan  Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.  
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah  arena  diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan  Mursyidul  Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana  diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan  Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam  perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana  himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan  umat Islam dalam negara selama ini.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad  dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku  pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun  berucap.
Sebelum menghadiri program anjuran PAS itu,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  terlebih dahulu telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal “pertemuan 24  Disember” lalu di Istana Negara.
Pada sidang media yang diadakan malam  tadi, Abdul Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu”  kepada Pakatan Rakyat.
“Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat  kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).
“Bila kita  maklumkan tidak perlu saya beritahu,” kata Ahli Parlimen Marang.
Dalam ucapannya di majlis itu, Anwar berkata, para pemimpin Umno khasnya  presidennya Datuk Seri Najib Razak hanya bermimpi untuk bergabung dengan  PAS.
“Najib boleh bermimpi kalau nak ajak PAS (bergabung),” kata Ketua  Umum Pakatan Rakyat ini.
“Umno sudah ditimpa mala petaka,” kata Anwar di  Stadium Malawati di sini malam tadi.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30253:solat-hajat-penuh-sesak-di-stadium-malawati-&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment