MP PAS: Hadir tak bermakna setuju bakar Interlok
 Abdul Rahim Sabri
Jan 10, 11
1:47pm
Jan 10, 11
1:47pm
Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata kehadirannya ke demonstrasi dan  upacara membakar novel Interlok oleh sekumpulan penduduk kaum India di  Klang kelmarin tidak semestinya bermaksud beliau bersetuju dengan tindakan  itu.
Sebaliknya, tambahnya, ia untuk "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".
 "Saya diberitahu mengenai rancangan demonstrasi dan upacara  pembakaran 2 jam sebelum itu. Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan tetapi  ahli-ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan pengundi-pengundi India Kota  Raja dan dari kawasan Klang turut terlibat.

"Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka.
"Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka," katanya.
Mingguan Malaysia semalam melaorkan Dr Mariah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang.
Motif Muhyiddin
Dr Mariah dilaporkan mengakui Interlok karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India.
Mengulas perkara itu dalam blognya hari ini, Dr Mariah yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, ekoran laporan Mingguan itu, beliau dimajukan beberapa SMS daripada kumpulan seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said yang mempersoal tindakan itu.
 Mengakui laporan akhbar Umno itu 90 peratus tepat, Dr  Mariah mendakwa, Mingguan bagaimanapun tidak melaporkan bahawa beliau  meninggalkan demonstrasi sebelum upacara pembakaran buku dan gambar penulis  Interlok.

Menyatakan pendiriannya, Dr Mariah berkata, beliau berempati dengan masyarakat India kerana "mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India."
Katanya, kenyataannya semalam turut mempersoalkan motif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel itu ke sekolah.
"Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat," katanya.
Bagaimanapun, atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara, beliau tidak bersetuju Interlok tersebut diharamkan.
Sebaliknya, tambahnya, ia untuk "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".
"Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka.
"Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka," katanya.
Mingguan Malaysia semalam melaorkan Dr Mariah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang.
Motif Muhyiddin
Dr Mariah dilaporkan mengakui Interlok karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India.
Mengulas perkara itu dalam blognya hari ini, Dr Mariah yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, ekoran laporan Mingguan itu, beliau dimajukan beberapa SMS daripada kumpulan seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said yang mempersoal tindakan itu.
Menyatakan pendiriannya, Dr Mariah berkata, beliau berempati dengan masyarakat India kerana "mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India."
Katanya, kenyataannya semalam turut mempersoalkan motif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel itu ke sekolah.
"Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat," katanya.
Bagaimanapun, atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara, beliau tidak bersetuju Interlok tersebut diharamkan.
http://malaysiakini.com/news/152968
 
No comments:
Post a Comment