Amer Hamzah sebelum ini memfailkan notis usul untuk mendapatkan kebenaran mencelah dan diberi peluang untuk berhujah dalam perkara berbangkit semasa proses semakan dan rayuan itu berjalan.
Permohonan notis
Permohonan notis usul itu  menamakan pendakwa raya, Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang turut sama-sama  dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan sama sebagai responden.
Pada 15  Okt tahun lepas, Sarawanan dan Suresh dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah  Majistret Telok Datok, Banting, selepas mengaku bersalah atas tuduhan  mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, dan tiga individu  lain iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Rahim,  32, dan pemandu jutawan itu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.Pathmanabhan, 41, seorang bekas peguam dan pekerja ladang  Thilaiyalagan, 19, Matan, 20, dan Khatavarayan, 30, masing-masing didakwa atas  tuduhan membunuh keempat-empat mangsa.
Terdahulu, Amer Hamzah berkata  setelah meneliti afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan terdapat  beberapa fakta yang perlu pihaknya perjelaskan.
"Ini sesuatu di luar  kawalan kami kerana pihak pendakwaan hanya menyerahkan afidavit balasan pada  Jumaat lepas dan kami tidak dapat mendapat arahan (daripada anak guam) untuk  ikrarkan afidavit jawapan hari ini.
"Berhubung responden ketiga (Suresh)  pihak kami telah buat beberapa cubaan untuk serah notis usul kepada firma guaman  yang mewakili responden (Suresh) tetapi gagal dan kami cuba dapatkan bantuan  Majlis Peguam berhubung alamat peguam cara tetapi kami juga gagal," katanya.
Masa mencukupi
Bagaimanapun Amer Hamzah  berkata pihaknya bersedia sekiranya mahkamah ingin meneruskan prosiding pada  hari ini asalkan afidavit jawapan pihak pendakwaan diketepikan.Mohtarudin kemudian berkata mahkamah pada tarikh sebelum  ini telah memberikan masa mencukupi kepada semua pihak bagi membuat  persediaan.
"Kalau mahkamah tidak berikan penangguhan nanti kata mahkamah  tidak adil tetapi kalau mahkamah memberi penangguhan persepsi orang ramai kata  mahkamah mudah beri penangguhan. Ini seperti pepatah 'ditelan mati emak, diluah  mati bapak.
"Saya harap kamu akan akan failkan (afidavit jawapan) secepat  mungkin serta serah pada responden. Responden kalau nak jawab, jawab tetapi saya  rasa dah panjang lebar dan lagi lama saya nak tunggu. Ini bukan sahaja libatkan  kita tetapi libatkan banyak kesusahan pada orang lain tetapi demi keadilan saya  benarkan (penangguhan)," katanya.Ketika Mohtarudin meminta prosiding rayuan diteruskan,  peguam AS Dhaliwal yang mewakili Sarawanan juga memohon masa untuk menjawab  afidavit jawapan yang diserahkan pihak pendakwaan pada hari yang sama  (Jumaat).
"Saya tetapkan 26 Jan ini untuk mendengar semakan dan rayuan  dan harap semua pihak akan bertolak ansur. Saya lebih khuatir kerana permohonan  ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Bagi kes sivil perkara ini biasa tetapi  bagi kes jenayah ia satu perkara yang baru dan mahkamah perlu putuskan beberapa  isu perundangan," kata Mohtarudin.
--Bernama
http://malaysiakini.com/news/152976
 
 
No comments:
Post a Comment