Hadi berkata demikian ketika berpidato pada majilis solat hajat perdana di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. Majlis itu diadakan bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor.
"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.
Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.
Pengkhianatan UmnoTurut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik  Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat  ini.
Nik Aziz pula dalam pidatonya, menyentuh pengkhianatan Umno  ketika PAS menjadi komponen BN.
"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela.  Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan  permintaan Allahyarham Tun Razak.
"Bila masuk dia tendang kita.  Saya ingat pepatah Arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit  kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik  bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz.
Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata  kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana  Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai.Katanya, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai  pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan  Agong.
“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.
Tiada tafsiran lain
“Tiada masalah dan  tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.
Hadi pula pada  sidang media yang sama berkata pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember  itu” kepada pemimpin Pakatan Rakyat.“Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan  terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).
“Bila kita maklumkan tidak  perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis,” kata ahli  parlimen Marang itu.
Sebelum ini, Nik Aziz juga menyifatkan perkara  tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.
“Tak ada dah,  tutup 'book' (buku) dah,” katanya.
http://malaysiakini.com/news/152956
 
 
No comments:
Post a Comment