Monday, November 17, 2008

Semak tarif elektrik

IPOH: Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berharap kerajaan pusat menyemak semula kadar tarif elektrik di stesen minyak bagi mengurangkan bebanan pengusaha stesen minyak.

Beliau berkata, pengusaha stesen minyak terpaksa menanggung kos tinggi bagi operasi hariannya lebih-lebih lagi yang dibuka 24 jam.

“Penurunan harga minyak dunia membolehkan Tenaga Nasional Berhad membeli bahan bakar itu pada harga yang lebih rendah tetapi pengusaha stesen minyak masih membayar caj elektrik pada kadar yang sama.

“Pengusaha stesen minyak perlu mendapat rebat bagi membantu mengurangkan tanggungan setiap bulan,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis jamuan Persatuan Peniaga-peniaga Petroleum Perak, di sini, semalam.


Sementara itu, beliau meminta pengusaha stesen minyak di negeri ini supaya sentiasa menjaga kebersihan premis mereka terutamanya tandas dan juga aspek keselamatan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20081115174038/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...