Wednesday, February 4, 2009

Bimbang anak dijadikan pelacur di Thailand


KERATAN Kosmo! kelmarin.


SIK - "Saya merayu kepada semua pihak membantu menyelamatkan Tan Hui Ming segera kerana bimbang keselamatan dirinya.

"Tambahan pula melalui maklumat yang diterima, anak saya itu dilarikan bukan untuk dikahwini tetapi sebaliknya untuk dijual kepada rumah pelacuran di Thailand."

Demikian harapan Tan Beng Seong, 39, bapa kepada gadis sunti berusia 14 tahun yang dilarikan seorang lelaki Myanmar sebulan lalu, berikutan kegagalan menjejaki anaknya itu walaupun sudah mencarinya sehingga ke sempadan Thailand-Myanmar baru-baru ini.

Menurut Beng Seong, semasa berada di Thailand selama tiga hari bersama dua rakannya, dia diberitahu oleh pihak berkuasa di sana bahawa anak gadisnya itu tidak mungkin memasuki Myanmar kerana tidak mempunyai dokumen diri dan dokumen perjalanan yang sah.

"Saya difahamkan undang-undang sempadan antara kedua-dua negara itu amat ketat dan mustahil lelaki itu berjaya meloloskan diri memasuki kampungnya yang terletak berhampiran sempadan Thailand.

"Begitu juga hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand terhadap lelaki tersebut mendapati dia tidak pernah melintasi sempadan negara itu dalam tempoh sebulan lalu," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...