Wednesday, February 4, 2009

Maut dipukul lelaki gila talak


Mastura bersama anaknya, Norsazwani terkejut menerima berita kematian suaminya, Mohd. Hanifah di Bilik Mayat HRPZ II, Kota Bharu semalam.



Mohd. hanifah


KOTA BHARU - Angkara 'gila talak', seorang bekas askar yang dipercayai mengalami gangguan mental mengamuk dan membunuh seorang peniaga di pekarangan flat di Jalan Bayam di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam, bekas askar berusia 39 itu memukul seorang peniaga, Mohd. Hanifah Abdul Gafoor, 38, mengguna sebatang kayu secara bertalu-talu di bahagian kepala selama kira-kira 10 minit.

Insiden itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di flat tersebut selepas berniaga di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Pada masa itu, bekas askar tersebut kebetulan berkeliaran di kawasan flat itu sambil memegang sebatang kayu sepanjang 60 sentimeter.

Bekas anggota tentera yang tinggal di Jalan Bayam di sini pula dipercayai sentiasa berada di kawasan flat itu untuk menjenguk bekas isterinya yang tinggal di flat tersebut sejak mereka bercerai beberapa tahun lalu.

Mengikut isteri mangsa, Mastura Awang Hitam, 32, suaminya yang rabun penglihatan tiba-tiba diserang oleh bekas askar itu yang dipercayai sedang mengamuk di kawasan flat tersebut.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...