Wednesday, February 4, 2009

Gadai nyawa ubat beracun


ORANG RAMAI melihat pelbagai ubat tradisional dan kosmetik yang dijual di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Beberapa lorong di sekitar Chow Kit di sini memang terkenal dengan lambakan ubat tradisional dan kosmetik.

Antaranya Lorong Haji Hussin, Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot kerana ada beberapa premisnya menjadi pusat pengedaran dan pemborong bagi pasaran ubat tradisional seluruh negara.

Produk yang dijual kebanyakannya berasal dari Indonesia, Thailand dan Filipina. Dengan ramai bilangan warga asing bekerja di Malaysia, ia diedarkan ke seluruh bandar utama lain di negara ini terutama Johor Bahru dan Pulau Pinang kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Bagaimanapun, pada sisi lain, ia juga dilihat sebagai ‘lorong beracun’ kerana menjadi lokasi penjualan ubat-ubat yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk kosmetik yang dipercayai mengandungi bahan dilarang yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna, malah boleh membawa maut, juga banyak dijual di situ.

Didapati kebanyakan bungkusan produk terbabit mengandungi racun berjadual seperti hydroquinone, tretinon, sibutramine dan ephedrine yang sememangnya diharamkan penggunaannya.

Hydroquinone sebagai contoh boleh menyebabkan pigmentasi dan risiko kanser kulit manakala ephedrine pula menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah tinggi dan kesan kardiovaskular.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...