Wednesday, February 11, 2009

'Roslan tinggalkan rekod baik untuk pemimpin kemudian'

Azamin Amin 

Tue | Feb 10, 09 | 12:09:42 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Rekod kepimpinan yang baik dan sikap mesra rakyat yang ditunjukkan oleh Allahyarham Roslan Shaharom, memberi kesan serta meninggalkan laluan 'mudah' kepada pemimpin yang bakal bertanding seterusnya menerajui khidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru.

Demikian diluahkan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang tentang kehilangan besar PAS terhadap pemergian seorang sahabat dan pemimpin yang disenangi ramai itu.

"20 tahun saya kenal dengannya dan mula-mula ketika dalam Persatuan Ulama Malaysia dimana beliau adalah Setiausa persatuan bagi cawangan Perak. Hasil usaha beliau dan rakan-rakan, akhirnya Perak kini mempunyai 10 Pusat al-Quran yang melahirkan ramai tahfiz.

"Selain menjadi anak murid Dr. Haron Din, beliau begitu disenangi kerana banyak berjasa dalam memberi khidmat sebagai pengamal perubatan Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Jelas Ustaz Ahmad, ketika hariu pengebumian Allahyarham selama, ratusan orang ramai dan penyokong menghadirinya termasuk di kalangan kaum Cina dan India yang merasai kehilangan pemimpin berjasa itu.

"Mereka kata, jarang dengar dia bersuara kasar. Tenang dan banyak membantu penduduk setempat yang menghadapi masalah malah mereka susah hati dengan kehilangannya," kata Ahmad yang ditemui oleh beberapa orang penyokong kaum India semalam.

"Insya-Allah, dengan rekod yang baik yang ditinggalkan Roslan, akan memudahkan laluan pemimpin atau calon untuk mencapai kemenangan," katanya yang juga merupakan Naib Presiden PAS.

Kepada kaum keluarga, Ustaz Ahmad merakamkan ucapan takziah dan berharap diperkutakan kesabaran mengahadapi ujian yang cukup berat malah berharap agar para penyokong dan penduduk di Bukit Gantang meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham semasa hayatnya.

"Kasih sayang Allah terhadap Roslan mendahului kita dan walaupun ianya takdir nbamun begitu berat kepada keluarga dan PAS juga. Kita berharap semua bersabar dan terus memberi sokongan kepada perjuangan yang ditinggalkan," katanya Ustaz Ahmad yang turut mengimami solat jenazah Allahyarham semalam.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi. - azm _

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19313&Itemid=1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...