Wednesday, February 11, 2009

Sarang remaja bercumbu

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

kedai terbiar di bangunan pusat beli-belah berkenaan." title="JIJIK...botol arak dan samsu bersepah di dalam
kedai terbiar di bangunan pusat beli-belah berkenaan." height="225" width="300" border="0">
JIJIK...botol arak dan samsu bersepah di dalam 
kedai terbiar di bangunan pusat beli-belah berkenaan
.

KEMAMAN: Sebuah kompleks beli-belah di bandar ini dipercayai menjadi sarang maksiat dan tempat berpesta arak segelintir pelajar sekolah yang bermasalah di daerah ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati botol arak pelbagai jenama dan samsu dibiarkan bersepah di dalam kedai terbiar di aras tiga bangunan berkenaan.

Lebih menjijikkan remaja terbabit turut menjadikan premis terbiar itu untuk melakukan maksiat dengan hanya beralaskan kotak dan surat khabar.

Seorang pengunjung mahu dikenali sebagai Amin, 19, berkata dia sering terserempak dengan pasangan remaja yang memadu asmara di tingkat tiga bangunan berkenaan.

“Saya malu setiap kali melihat remaja terutama pelajar sekolah bercumbu-cumbuan di kedai yang terbiar dalam bangunan itu.

“Malah, ada segelintir pelajar sekolah terlalu asyik melayan nafsu mereka sehingga tidak menghiraukan orang awam yang lalu lalang berhampiran kawasan itu,” katanya ketika ditemui di pusat beli-belah itu, semalam.

Menurutnya, walaupun perbuatan remaja terbabit diketahui umum, namun tiada sebarang tindakan pencegahan dilakukan pihak bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka.

“Semakin lama, kegiatan tidak senonoh itu semakin menjadi-jadi, remaja bebas melakukan apa saja di dalam kedai terbiar dalam pusat beli-belah itu.

“Mereka bebas meneguk arak, menghidu gam malah turut bercumbu-cumbuan di khalayak ramai,” katanya.

Sementara itu, rakannya mahu dikenali sebagai Abu, 19, berkata setiap Sabtu pusat beli-belah berkenaan sering dijadikan lokasi pelajar sekolah asrama berhampiran untuk bertemu dengan kekasih hati masing-masing.

Katanya, lebih memalukan ada remaja yang bertudung sanggup bercumbu-cumbuan di dalam bangunan berkenaan.

“Pernah sekali saya terserempak dengan remaja yang asyik berpelukan dalam bangunan berkenaan.

“Walaupun perbuatan mereka diperhatikan umum, mereka tidak malu berpelukan, malah remaja berkenaan sanggup membuang air kecil dalam premis kedai kosong,” katanya.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab perlu memantau kegiatan tidak bermoral itu, supaya ia tidak menjadi parah.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Rakan Muda Kemaman (KRMK), Mohd Izham Ahmad, berkata dia sudah meninjau kawasan dimaksudkan itu dan memang ada segelintir remaja bermasalah menjadikan kedai terbiar di pusat beli-belah terbabit sebagai tempat melakukan maksiat dan minum arak.

“Saya sudah membincangkan masalah ini dalam mesyuarat KRMK dan akan membawa masalah itu ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai bagi membendung masalah berkenaan.

“Gejala sosial di kalangan remaja semakin teruk dan perlu dipantau dari masa ke semasa, dalam masa terdekat KRMK akan menganjurkan program bagi membawa pelajar bermasalah mengikuti aktiviti dianjurkan KRMK ,” katanya ketika dihubungi, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090210092053/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...