Tuesday, May 19, 2009

BN tidak bertanding di Penanti





KUALA LUMPUR - Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti di Pulau Pinang.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama lebih dua jam di Menara Datuk Onn di sini semalam berkata, perkara itu dibincangkan dengan panjang lebar dan semua parti komponen BN menyetujui keputusan tersebut.

"Dewan Tertinggi (BN) mengambil keputusan kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan, tetapi kekosongan disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka.

"Oleh kerana ini juga satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha untuk memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Penanti," katanya.

Pada 27 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi adalah pada 31 Mei.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...