Monday, May 11, 2009

Nenek buat pendedahan kena tipu



LYNNE




NOORUL


LONDON - Dua lagi nenek di Britain tampil mendedahkan bahawa mereka digoda oleh seorang peserta siri realiti televisyen The Apprentice, Noorul Choudhury, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada minggu lalu, Noorul, 33, yang bekerja sebagai seorang guru sains menggoda sepasang nenek berusia 50-an dengan menyamar sebagai pakar bedah bernama Dr. Nic.

Kini, dua lagi nenek menyatakan mereka turut menjadi mangsa lelaki kasanova itu.

Lynne Kirk, 60, dari Swinton, Yorks Selatan, terpikat dengan rayuan Noorul selepas nenek itu menggunakan khidmat laman web iklan temu janji Dating Direct dua tahun lalu.

"Hanya tuhan sahaja tahu berapa ramai lagi wanita yang menjadi mangsa penipuannya," kata Lynne, seorang pekerja bahagian keselamatan yang memiliki tujuh cucu.

Menurut nenek itu, mereka melakukan hubungan seks selepas dua kali mengadakan pertemuan dan dia pada mulanya yakin bahawa lelaki itu mencintainya.

"Namun, saya sedar saya tertipu selepas dia enggan memberikan nombor telefonnya. Dia hanya menelefon pada malam Jumaat dan tidak mendedahkan alamatnya," kata nenek itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...