Ibrahim: 'Cina duduk di rumah' satu nasihat saja
 S Pathmawathy
Jun 21, 11
4:03pm
Jun 21, 11
4:03pm
Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya  kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi  perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.
 Kenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad  lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala  Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di  negara ini.

"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya? Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.
"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.
 "Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan Zmelayu.  Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina  duduk di rumah. Itu sahaja,” kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir  Mas.

Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan “Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.
"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
 "Apa sahaja boleh berlaku," kata Ibrahim Ahad  lalu.

Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.
[Baca berita penuh]
"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya? Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.
"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.
Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan “Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.
"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/167588
 
No comments:
Post a Comment