NGO Eropah mahu aset Taib di Jerman dibekukan
 Jun 21, 11 7:30pm
Lagi NGO yang berpangkalan di Eropah terus mengenakan tekanan kepada pihak  berkuasa untuk membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul  Taib Mahmud.
Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.
 “Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan  antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib (pertama  dari kiri) di Jerman dibekukan.

"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.
"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO itu.
Sambil merujuk Taib sebagai 'pencuri' utama di Asia Tenggara, Dana Bruno Manser mendakwa Deutsche Bank menjalankan urusniaga bagi kedua-dua kerajaan negeri sarawak dan juga syarikat yang berkaitan dengan keluarga Taib.
Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.
"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.
"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO itu.
Sambil merujuk Taib sebagai 'pencuri' utama di Asia Tenggara, Dana Bruno Manser mendakwa Deutsche Bank menjalankan urusniaga bagi kedua-dua kerajaan negeri sarawak dan juga syarikat yang berkaitan dengan keluarga Taib.
 
No comments:
Post a Comment