Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
“Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman.
Agenda buat kekacauan
Mengulas kesediaan  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bermesyuarat dengan BERSIH, Zulkifly berkata  ia sangat dialu-alukan.
Justeru, katanya tuntutan Bersih 2.0 terhadap  lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang  penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna  dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil,  kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor hendaklah  diterima.“Tuntutan ini sebenarya sudah disuarakan sejak sekian lama.  Oleh kerana SPR tidak menghiraukan tuntutan ini, BERSIH melanjutkan perhimpunan  ini sebagai manifestasi kegagalan SPR melaksanakan proses demokrasi di negara  ini,” katanya.
Dalam pada itu, MAP kata Zulkifly membidas sikap presiden  kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengarahkan ahlinya  menghalang perhimpunan BERSIH.
“Ini adalah satu agenda untuk membuat  kekacauan di negara ini.
“Amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina  menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan  kenyataan bersifat perkauman, menghasut dan berbahaya,” katanya.Sehubungan itu, Zulkifly bersetuju dengan Ketua Pemuda Umno  Khairy Jamaluddin supaya tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran  berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada negara.
Katanya, Ibrahim  perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana sebelum ini banyak kenyataannya  terlalu berbaur perkauman yang tinggi.
“Kenyataan dan tindakan ini jelas  menimbulkan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.
PERKASA perlu belajar
Tambahnya, MAP  menyaran PERKASA supaya belajar memahami perlembagaan persekutuan yang  membenarkan perhimpunan dan kebebasan bersuara.Beliau berkata tindakan Pemuda Umno pula kononnya untuk  mempertahan SPR merupakan suatu tindakan yang dangkal.
“Pemuda Umno  jangan terus mewarisi sikap pemimpin dan ahli-ahli Umno yang sentiasa  mempertahankan kemungkaran dan penyelewengan.
“Sebaliknya Khairy dan  pemuda Umno hendaklah menunjukkan sikap yang berani menegur kelemahan kerajaan  termasuk SPR sekiranya pemuda Umno berhasrat menjadi pemimpin pelapis di negara  ini,” katanya.
Menurut Zulkifly, semua NGO yang membuat laporan polis  untuk menyekat perhimpunan BERSIH juga hendaklah mempunyai kematangan dalam  tindakan mereka.“NGO-NGO berkenaan jangan menjadi budak suruhan kepada Umno  dan pemerintah sebaliknya secara terbuka mereka wajar menghormati hak asasi  warga negara Malaysia untuk berhimpun secara aman.
“Semua pihak diseru  supaya menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dengan semangat muafakat dan  menunjukkan sikap bertamadun demi rakyat dan kelangsungan maruah negara di mata  dunia,” katanya.
http://malaysiakini.com/news/167545
 
 
No comments:
Post a Comment