memikirkan, kami telah memenuhi standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Ia tak cukup. Kewajipan kami ialah untuk terus memberi penjelasan kepada penduduk di Kuantan."
Pengakuan ketua Lynas itu dibuat ekoran bantahan keras terhadap operasi loji syarikat tersebut, yang sedang dibina di Kawasan Industri Gebeng, kira-kira 50km dari Kuantan. Loji bernilai RM700 juta itu dijadual siap akhir September ini.
"Saya menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukan fakta," kata Curtis. Menurutnya, penentang projek tersebut telah "memainkan cerita emosi untuk keuntungan politik".
Ia mungkin sedikit terlewat, tetapi bos Lynas itu berazam untuk berdepan dengan penduduk Kuantan yang skeptikal terhadap loji tersebut.
"Satu-satunya cara untuk kami redakan emosi tersebut ialah dengan
membetulkan kesilapan tidak memberi penjelasan secukupnya," kata Curtis sambil menyatakan kesediaannya untuk mengadakan dialog dengan penduduk terbabit.
Curtis berada di Kuala Lumpur minggu ini dan bertemu dengan editor media arus perdana dan media alternatif, termasuk Malaysiakini.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat projek tersebut - pada 1 Julai.
Kemaman juga satu kesilapan
Curtis menolak  tanggapan bahawa loji tersebut tidak dibina di Australia, tempat lokasi lombong  nadir bumi, kerana bantahan rakyat di sana."Adakah anda mempunyai buktinya?... ianya tak benar. Kami  menjalankan perniagaan global.
"Kami mempunyai sebuah lombong (Mount Weld  di Australia Barat). Tetapi deposit bijih ialah 800km dari di mana-mana saja.  Kami tidak dapat membina satu loji kimia yang besar di tengah-tengah padang  pasir. Kita perlu menerbangkan orang keluar masuk, dan kos purata pekerja kami  adalah sangat tinggi.
"Kami boleh membinanya di pantai barat Australia.  Tetapi adakah itu cara terbaik untuk memproses bahan tersebut? Jawapan adalah  tidak. Saya tidak menjual satu gram pun bahan kami di Australia. Semua yang kami  jual ialah sama ada ke Jepun, Amerika Syarikat atau Eropah."
Curtis  mengaku bahawa beliau terkejut dengan bantahan keras terhadap pembinaan loji  berkenaan, yang muncul awal tahun ini.Menurut beliau, ini dicetuskan oleh insiden kebocoran loji  nuklear
Fukushima di Jepun, serta ditambah pula dengan pengalaman pahit  Malaysia dengan loji nadir bumi yang bermasalah di Bukit Merah 20 tahun  lepas.
Terdapat satu lagi faktor yang tidak disebut - iklim politik  menjelang pilihan raya umum. Loji tersebut juga terletak dalam negeri Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Curtis juga mengakui membuat satu  lagi kesilapan - Lynas pada mulanya merancang untuk membina loji pemprosesan  nadir bumi di Kemaman, Terengganu.
"Kemaman sangat terpencil. Gebeng  adalah lokasi yang betul," tambahnya.
http://malaysiakini.com/news/167786
 
 
No comments:
Post a Comment