Jun 23, 11
12:32pm
Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli  jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang  mempunyai logo BERSIH 2.0.Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana  menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi  undang-undang.
Malah apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan  polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan  BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
"Maklumat yang beliau  beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri  baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk  mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?
"Ini satu perkara yang  bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu  kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau  baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"," kata Shamsul kepada TV  Selangor.
Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi  Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh  anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.
"Dia  beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan  bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya. 
"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.
Shuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai  polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan  kenyatannya. 
"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini,” katanya.
Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini  menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan  sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.
"Tidak perlu  berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt  BERSIH pada hari-hari tersebut,” petik khidmat pesanan ringkas (SMS)  itu.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/167785
 
 
No comments:
Post a Comment