Sunday, November 16, 2008

'Ajaran MLM' ganti solat

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


PENGIKUT diminta menutup mata ketika mengikuti kelas ‘Ajaran MLM’. – Gambar hiasan.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - 'Institusi' ajaran sesat kini nampaknya bukan sekadar dijadikan 'alat' untuk menyelewengkan agama, malah turut dijadikan tempat untuk mengaut keuntungan mudah demi kepentingan peribadi.

Terbaru, Kosmo! Ahad difahamkan sebuah kumpulan ajaran sesat di sini dikatakan turut memanipulasi gerakan itu dengan menarik ahlinya menjalankan perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Konsep ajaran sesat kumpulan itu unik kerana ketua mereka yang dikenali sebagai 'Guru MLM' memperdayakan pengikut-pengikutnya dengan menyatakan perniagaan yang dijalankan mereka mampu menggantikan solat lima waktu.

Perkara itu didedahkan seorang pengikut kumpulan 'Ajaran MLM' itu yang hanya mahu dikenali sebagai Norah dengan menyatakan pengikutnya yang berjaya mencari lebih ramai ahli boleh menggantikan bilangan solat yang dilakukan.

"Ini bermaksud, jika kita dapat cari lebih ramai ahli di bawah kita, ia dapat menggantikan bilangan solat yang perlu dibuat.

"Itu sebab ramai pengikut digalakkan cari ahli sebanyak mungkin dan setiap ahli perlu membayar RM2,000 kepada 'pentilawah' (ketua pengajar) dalam kelas untuk langsaikan solat mereka," dedah Norah sambil memberitahu solat yang tulen hanya diisytiharkan di 'negara jelmaan' mereka di Maahad al-Zaiton di Indonesia.


NORAH menunjukkan nota 'Ajaran MLM' dalam satu pertemuan dengan Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

Jelas Norah, jika ahli tidak mencari ahli baru untuk memantapkan rangkaian, dia dikategorikan sebagai golongan yang berdosa besar dan mendapat bala.

Dakwanya, 'Ajaran MLM' itu yang diikuti sejak beberapa tahun lalu itu saling tidak tumpah dengan Ajaran Pemuda Al-Khafi yang telah difatwakan haram oleh kerajaan.

Norah yang terjerumus ke kancah ajaran sesat itu disebabkan pujuk rayu rakan baiknya menyatakan, ajaran itu sangat taksub dengan wang kerana setiap kelas agama dan apa jua aktiviti yang dianjurkan yang diikuti perlu dibayar sejumlah wang.

"'Pentilawah' tanya saya berapa banyak dosa saya, saya jawab, banyaklah dan setelah dihitung, jumlah wang yang perlu dibayar adalah RM28,800 tapi saya diberi diskaun sehingga RM2,000 saja," ceritanya.

Norah berkata, prinsip yang diamalkan oleh ajaran ini kononnya didorong dengan amalan Nabi yang didakwa memulakan sebarang bicara atau ceramah dengan membayar 'infak' (bayaran pendahuluan) terlebih dulu.

Bayaran sebanyak RM2,000 juga perlu dibuat oleh setiap ahli sekiranya 'pentilawah' meminta mereka memulakan bacaan surah al-Fatihah sebagai pembuka kelas usrah.

"Banyak lagilah sebenarnya... kelas Irsyad, kelas Aqabah semuanya kena bayar, nak pergi tunaikan solat tulen di Maahad Al-Zaiton yang entah bila itu pun perlu bayar RM3,600.

"Bayangkan penganut hampir puluhan ribu orang di seluruh negara, 'Guru MLM' boleh kaut keuntungan atas angin daripada ahli setiap kali perjumpaan,"
ujar Norah.


--------------------------------------------------------------------------------


Tambahnya, tiada istilah pertubuhan itu berkubur kerana ia masih bergerak aktif dengan taktik yang begitu sukar untuk dihidu oleh pihak berkuasa.

Katanya, setiap kelas yang diikuti hanya terdapat seorang pelajar dan mempunyai seorang 'pentilawah' di samping 'pendamping' yang akan mencatatkan butiran ceramah untuk pelajarnya.

"Mereka bersepah dan nomad. Setiap kawasan yang dipanggil 'DP' ada 'pentilawah' sendiri dan dipercayai mempunyai ratusan DP termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Norah turut mendedahkan, ajaran itu menyimpan cita-cita yang sangat besar iaitu membina sebuah kerajaan Islam yang sahih yang dikenali sebagai Mahad Al-Zaiton di Indonesia yang disasarkan siap pada tahun 2015.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

'Nadia lawa' makin ligat


Oleh TURMADZI MADUN



IMEJ dipercayai Nadia seperti yang dirakam sebuah kamera tertutup (CCTV) di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - 'Nadia lawa' pakar pukau mengganas lagi!
Kali ini seorang pelajar wanita kerugian RM3,000 apabila barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, wang dan beberapa dokumen berharga miliknya dilarikan wanita licik tersebut.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang suri rumah kerugian RM5,000 apabila barang kemasnya dilarikan suspek ketika dipaksa menukar pakaian di sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju, kali ini seorang pelajar pula menerima nasib serupa.

Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila mangsa didatangi suspek yang digambar sebagai amat menawan dengan menyamar sebagai wartawan dan membawa sebuah beg yang kononnya mengandungi kamera.

Cuma yang berbeza dalam kejadian terbaru ini ialah modus operandinya yang menyamun ketika mangsa sedang mendapatkan khidmat rawatan muka di sebuah salun di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 23, didatangi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai wartawan sebuah majalah milik sebuah syarikat terkenal bernama Nadia di sebuah kedai runcit di Jalan Klang Lama 23 Oktober lalu.

Menurut Siti Hafizah, Nadia terus menariknya dan bertanyakan sama ada mangsa sudah berumah tangga atau belum untuk dijadikan model memperagakan jubah sempena Hari Raya Aidiladha.

Katanya, cara dia diperdaya sama seperti kes yang disiarkan Kosmo! pada 12 November lalu dengan mangsa membawa sebuah beg kononnya berisi kamera.

"Ketika itu saya dalam keadaan ingin cepat dan menyatakan padanya yang saya akan memikirkan perkara itu dan dia terus mengambil nombor telefon saya untuk tindakan susulan.

"Dua hari selepas itu, dia menghubungi saya dan memberitahu majikannya bersetuju untuk mengambil saya sebagai model tanpa sebarang kontrak dan akan dibayar sebanyak RM3,800,"
katanya ketika ditemui di sini semalam.



SITI menunjukkan salinan laporan polis setelah ditipu 'Nadia lawa' pada pertemuan dengan Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Tambahnya, selepas berbincang dengan rakan serumah dan rakan sekerja, dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Nadia di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 14, Petaling Jaya pukul 5 petang, 25 Oktober lalu.

Menurut Siti, di situ, suspek telah mengajaknya untuk menukar baju tetapi beralih untuk memaksa mangsa membuat rawatan muka selepas mendapati di situ tidak terdapat butik pakaian yang sesuai.

"Saya rasa seperti dipukau apabila menurut sahaja kehendaknya tanpa membantah walaupun saya kadangkala berasa pelik dengan alasan yang diberi.

"Ketika saya sedang mendapatkan rawatan muka, Nadia bertindak licik dengan memaksa saya menanggalkan barang kemas dan menyerahkan beg tangan kepadanya dengan alasan ia akan hilang jika diletakkan merata tempat ketika rawatan,"
katanya.

Ujar Siti, Nadia kemudiannya memberitahu hendak ke tandas dan ketika itulah dia bagaikan tersedar yang dia sedang diperdaya dan cuba mengejar suspek.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

15 negara EU alami kemelesetan


GAMBAR fail papan tanda mata wang euro yang dirakam di hadapan bangunan Bank Pusat Eropah.

--------------------------------------------------------------------------------

BRUSSELS - Sejumlah 15 negara di Eropah yang menggunakan mata wang euro kini secara rasmi berada dalam kemelesetan ekonomi, kata Kesatuan Eropah (EU) semalam.

Keadaan ekonomi di beberapa negara EU menguncup untuk dua suku tahun berturut-turut akibat krisis kewangan dunia dan kurangnya permintaan.

Statistik yang disiarkan semalam menunjukkan ekonomi zon euro itu menguncup sebanyak 0.2 peratus pada suku tahun ketiga dan suku tahun kedua berbanding suku tahun sebelum ini.

Kadar pertumbuhan negatif untuk dua suku tahun berturut-turut itu biasanya dianggap sebagai satu kemelesetan ekonomi teknikal.

Setahun yang lalu, zon euro berkembang sebanyak 0.8 peratus pada suku tahun ketiga dan sebanyak 1.4 peratus untuk suku tahun kedua.

Menurut statistik itu, Jerman dan Itali yang merupakan dua ekonomi terbesar di EU berada dalam kemelesetan manakala Perancis berjaya menyelamatkan diri dengan perkembangan hanya 0.1 peratus pada suku tahun ketiga.

Jerman yang merupakan ekonomi terbesar di EU menguncup sebanyak 0.5 peratus pada suku tahun ketiga selepas sumber utama pertubuhannya iaitu barangan eksport jatuh mendadak.

Ireland juga berada dalam kemelesetan selepas pertubuhan ekonominya menguncup diikuti oleh Sepanyol yang belum secara rasmi terjerumus dalam kemelesetan ekonomi.

Dua negara EU yang tidak menggunakan euro, Estonia dan Latvia juga terjerumus dalam kemelesetan walaupun sebelum ini termasuk dalam kawasan ledakan ekonomi Balkan.

Kadar pengangguran di Britain dijangka meningkat selepas sebuah syarikat telekomunikasi, BT kelmarin mengumumkan untuk mengurangkan sejumlah 10,000

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Dilema wanita 'dua suami'


SHANUM ditemani Syarif (kiri) menunjukkan dua salinan surat rujuk pertama dan kedua kepada wartawan ketika ditemui di rumahnya di Baling semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

BALING - "Untuk kembali semula kepada suami pertama jauh sekali, untuk bersama suami kedua, mahkamah pula larang, saya celaru dan sangat-sangat tertekan," kata Shanum Shaari, 35, wanita yang mempunyai dua suami dan diperintah oleh mahkamah dua hari lepas berpisah dengan suami keduanya.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini, suri rumah itu menceritakan apa yang sebenar berlaku sebelum Hakim Syarie Mohd. Roze Abdul Wahab memerintahkan beliau berpisah dengan Syarif Jasin, 48, bagi mengelak mereka melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah menerima permohonan rayuan suami pertama Shanum, Amir Affandy Zakaria, 39, agar mahkamah mengeluarkan perintah mufaraqah atau memisahkan Shanum dengan Syarif yang bernikah di Yala, Thailand, pada tahun 2005.

Shanum memberitahu, beliau berharap kisah hidupnya akan menjadi teladan kepada semua wanita di negara ini.

Cerita Shanum, beliau memulakan alam perkahwinan seawal usia 19 tahun dengan Amir Affandy dan setelah mereka dikurniakan enam orang anak, mereka bercerai dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 1997.

Bagaimanapun, selepas perceraian kedua mereka, Amir Affandy menganggap beliau telah merujuk kembali dengan Shanum berdasarkan surat rujuk bertarikh 27 Oktober 1997 yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Baling.

Namun begitu, Shanum enggan menerima semula Amir Affandy, suaminya mengambil kesemua anak mereka.


KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Shanum berkata, sejak itu beliau telah berkali-kali berulang alik ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan surat cerai.

Akhirnya seorang pegawai di situ memberitahunya surat cerainya mungkin telah hilang akibat banjir. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Saturday, November 15, 2008

‘Saya celaru, tertekan’


Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my



BUKTI...Shanum menunjukkan surat rujuk kedua yang kosong
tanpa tandatangannya dan saksi.



BALING: “Untuk kembali semula kepada suami pertama, jauh sekali...untuk bersama suami kedua, mahkamah pula larang! Saya celaru dan sangat-sangat tertekan,” kata Shanum Shaari, 35, wanita mempunyai dua suami yang diperintah mahkamah syariah supaya berpisah dengan suami keduanya.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini semalam, suri rumah itu menceritakan perkara sebenar sebelum Hakim Syarie Mohd Roze Abdul Wahab memerintahkan dia berpisah dengan suami kedua, Syarif Jasin, 48, bagi mengelak mereka melakukan perkara ditegah hukum syarak.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas menerima permohonan rayuan suami pertama Shanum, Amir Affandy Zakaria, 39, supaya mahkamah mengeluarkan perintah mufaraqah atau memisahkan Shanum dengan Syarif yang bernikah di Yala, Thailand, pada 2005.

Wanita itu berkahwin seawal usia 19 tahun dengan Amir Affandy dan selepas dikurniakan enam anak, pasangan berkenaan bercerai dua kali iaitu pada 1996 dan 1997.


Bagaimanapun, selepas perceraian kedua, Amir Affandy menganggap dia merujuk kembali dengan Shanum berdasarkan surat rujuk bertarikh 27 Oktober 1997 yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Baling.

Namun begitu, Shanum enggan menerima semula Amir Affandy kerana sudah serik hidup bersama lelaki itu lalu mengambil keputusan pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Rawa di sini, manakala keempat-empat anak diambil suaminya.

Selepas lapan tahun tinggal berasingan, Shanum menganggap dirinya sebagai ibu tunggal dan berkahwin dengan Syarif.

Shanum berkata, hasil perkongsian hidup dengan suami pertama, mereka dikurniakan empat anak berusia 11 hingga 16 tahun yang tinggal bersama Amir Affendy, tetapi dia tidak dibenarkan bertemu mereka sejak 11 tahun lalu.

Hasil perkahwinan Shanum dengan Syarif pula, mereka dikurniakan dua anak iaitu Izatul Natasha, 2, dan Shafaatul Azmanisa Sharif, setahun.

Shanum berkata, selepas berkali-kali berulang alik ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan surat rujuk, akhirnya seorang pegawai di situ memberitahunya surat itu mungkin hilang akibat banjir.

Kerana menganggap dirinya sudah diceraikan, dia bernikah dengan Syarif.

“Saya hairan bagaimana Mahkamah Tinggi Syariah (Alor Star) boleh membatalkan pernikahan ini sedangkan saya sudah banyak kali pergi ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan surat cerai dengan suami pertama.

“Malah, saya hanya berkahwin dengan Syarif selepas menjanda lapan tahun lalu dan tetap gagal mendapatkan surat itu kerana didakwa tiada dalam simpanan mereka (Pejabat Agama Baling),”
kata Shanum dengan nada kesal.

Justeru, Shanum dari Kampung Sedim, Karangan, Kulim, turut mempersoalkan surat rasmi kerajaan berbeza dan boleh diguna pakai di mahkamah.

Menurutnya, dia juga berasa teraniaya kerana mendakwa dokumen kosong itu boleh diguna pakai di mahkamah sehingga membatalkan pernikahannya yang sah.

Katanya, dia hairan bagaimana selepas dua minggu berkahwin dengan Sharif, tiba-tiba surat rujuk berkenaan ditemui yang secara tidak langsung menunjukkan kecuaian dan wujud agenda tertentu di pejabat agama itu.

“Saya tidak pernah menerima surat rujuk kali kedua daripada pihak berkenaan, malah juga daripada bekas suami sendiri sehingga terpaksa hidup bersendirian selama lapan tahun.

“Selepas itu, saya bernikah dengan Sharif di Yala, selatan Thailand selepas bercerai buat kali kedua dengan Amir pada 9 Ogos 1997,” katanya.


Shanum berkata, dia tidak puas hati dengan Pejabat Agama Daerah Baling yang didakwanya cuai kerana surat rujuk kedua itu tidak mempunyai tandatangannya dan saksi, tetapi masih boleh diterima mahkamah.

“Saya perlu membayar RM5 untuk pencarian surat rujuk itu, tetapi jawapan yang diberikan tidak ada. Tetapi selepas dua minggu berkahwin, tiba-tiba surat rujuk itu timbul dan dipercayai pihak berkenaan sengaja menyimpannya.

“Kalau ya pun, hantar surat rujuk kedua itu kepada saya, tetapi ini tidak. Selepas saya kahwin lain baru (surat rujuk) timbul,”
katanya

Menurutnya, dia yang kebingungan akan memfailkan rayuan di mahkamah dalam tempoh 14 hari selain bercadang mengambil tindakan sivil terhadap Pejabat Agama Daerah Baling.

“Saya sudah menemui peguam untuk memfailkan rayuan selain memfailkan kes berkenaan (saman sivil) kerana kecuaian pihak terbabit dalam menangani masalah ini,” katanya.

Shanum berkata, dia berharap kisahnya menjadi teladan kepada semua wanita di negara ini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081115100449/Article/index_html

Kisah Sebenar JJ "serang" imam di Masjid Keratong 4

Oleh Suhaimi Mohd Saad (Ilham Najmi) - Laman M@RHAEN

--------------------------------------------------------------------------------

Hari ni saya dijemput untuk menyampaikan khutbah di Keratong 4. Menjadi kebiasaan masjid itu akan menjemput khatib luar sebulan sekali. Saya difahamkan Ust. Rosli, Ust Nasruddin Tantawi, dan beberapa ustaz yang lain telah mengisi slot khatib jemputan.

Program saya agak padat sikit kerana selepas khutbah jam 5 petang kuliah muslimat di masjid tersebut dan diakhiri dengan kuliah Maghrib di Masjid keratong 3.

Sekembalinya saya ke rumah, rupa-rupanya isu saya "diserang hendap" oleh Jamaluddin Jarjis (JJ) telah gegak gempita di alam siber. Pahang Daily merupakan blog terawal menyiarkan kisah ini di sini, diikuti oleh sahabat saya Ust Aris Fezol di sini dan di sini.

Isi Khutbah saya

* Dimulakan dengan surah Hud ayat, Allah melarang cenderung hati pada orang-orang yang zalim.
* Lawan kepada zalim adalah adil. Islam sangat menjungjung prinsip keadilan. Manusia dilarang melakukan kezaliman sekalipun pada seekor anjing.

* Prinsip keadilan, seseorang iti mesti dibuktikan bersalah dan dia mesti diberi peluang untuk membela diri

* ISA adalah akta yang menyalahi prinsip keadilan dalam Islam

* Sudahlah ketua keluarga ditahan sehingga ada dikalangan mereka yg didakwa sebagai JI hampir mencecah 8 tahun, anak dan isteri hidup dengan kedaifan. Mereka diganggu oleh orang tentu.

* Dibelenggu kemiskinan akibat hilang ketua keluarga hingga ada yang tercicir persekolahan

* Allah menunjukan keadilan... sejahat mana manusia ia tak terus dihumban ke neraka sebaliknya ia dibicarakan di Padang Mahsyar terlebih dahulu

* Sejarah ISA. Diluluskan di parlimen pada 1 ogos 1960. Wujud dengan tujuan menghadapi ancaman komunis dan subersif

* Tun Abd Razak ketika membentang akta itu menyebut masih terdapat 583 saki baki komunis. Beliau memberi jaminan, ISA akan digunakan dengan berhati hati bagi mengelak ia disalahgunakan

* Tun Razak berkata apabila kita bebas dari ancaman ini, Parlimen boleh membuat resolusi membatalkannya pada bila-bila masa.

* Hari ini ISA digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis sosial , pengkritik kerajaan dan ahli politik pembangkang

* Penyokong ISA memberi alasan, Amerika pun ada kem Guantánamo.

* Kenapa merujuk kepada negara kafir. Islam ada prinsip keadilanya yg tersendiri.

* Kini Presiden Baru Amerika Barack Omaba mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita.

Saya tutup Khutbah dengan membuat perbandingan

* Negara zionis Israel juga punya akta seumpama ini iaitu Mitary order 378.

* Bezanya Mitary order 378 penahanan Awal 8 hari. Selepas 8 hari boleh dapat khidmat peguam

* Malaysia tahan awal 60 hari, khidmat peguam dinafikan

* Pihak berkuasa zionis akan membuat tahanan lanjutan selama 6 bulan,

* Negara kita tahanan lanjutannya 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun.

* Bandingkan tempoh tahanan negara pengganas zionis dengan negara yg kita isytiharkan sebagai negara Islam


Saya stop setakat maklumat perbandingan itu. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Ada komen pengunjung nakal dalam Pahang daily yang mengunakan nama Anonymous mengatakan saya melafazkan ayat itu. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu.

Selesai solat jumaat.. selepas solat sunat, seorang jemaah memaklumkan pada saya JJ menjadi makmum saya. Hati saya melafazkan Alhamdulillah... Saya dah tunaikan tanggungjawab menyampaikan kebenaran kepada semua temasuk JJ.

Sekonyong konyong JJ datang, saya bangun dan bersalam dengan beliau.. terpacul dari mulutnya.. "Ustaz jangan datang lagi ke Rompin, ni tempat saya, nanti pecah belah".

Saya bertanya kembali "apa yang pecah belah"

"ini bawak politik dalam masjid" jawab beliau

"Saya ceritakan prinsip keadailan dalam Islam... Kalau ia politik, ianya politik Islam bukan politik kepartian. Saya tak sebut PAS atau UMNO. "

JJ meneruskan leterannya "kalau macam ni saya pun boleh baca khutbah"

Apa lagi.. macam bagi bola tanggung pada saya... "Silakan Dato Khutbah minggu depan, saya pun nak dengar khutbah Dato."

Beliau berang dengan pelawaan saya dan mengajak saya keluar masjid untuk bincang. Saya mempelawa beliau duduk kerana nabi mengajar bila seseorang itu marah, jika dia berdiri maka duduklah.

"Kalau nak cakap politik kita bahas kat luar. Saya tak nak cakap politik dalam masjid" kata beliau

Sememangnya saya dah berjalan keluar masjid untuk dengar pemikiran politik darjah 3 JJ. Tetapi Ust Shukri, YDP PAS rompin menarik tangan saya dan minta saya jangan keluar masjid. Beliau bimbang Ahli Karyah masjid yg marahkan kebiadapan JJ sebentar tadi sukar dikawal. Nanti kalau berlaku apa-apa kita yang disalahkan tambah Ust Syukri.

JJ akhirnya meninggalkan perkarangan masjid dengan konvoi rombongnya.

Ada suara nakal mengingatkan saya... "nasib baik ustaz tak keluar tadi.... saya bimbang nanti ust kena raba... saya tersenyum dengan usikan itu.

Untuk maklumat selanjutnya sila kunjungi blog saya www.najwasuhaimi.blogspot.com

15.11.2008

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_suhaimi_saad12.html

Friday, November 14, 2008

Tepuk dada, tanya selera, kata Aishah Ghani



Abdul Rahim Sabri Nov 14, 08 12:28pm


Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Aishah Ghani berkata, terpulang kepada calon-calon yang layak bertanding jawatan tinggi pergerakan itu, untuk membuat keputusan sendiri sama ada mahu bertanding atau tidak dan menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan.

"Tepuk dada, tanya selera," kata pemimpin Umno itu ketika diminta mengulas kekusutan berhubung isu pelalihan kuasa yang melanda Wanita Umno sekarang.

Ia ekoran mesyuarat exco Wanita Isnin lalu yang mahu peralihan kuasa dikekalkan pada Jun 2009, manakala beberapa Wanita negeri mahu ia dipercepatkan ke Mac depan ketika pemilihan pucuk pimpinan Umno di semua peringkat diadakan.

Selepas kesemua 191 bahagian Wanita Umno selesai bermesyuarat, 118 bahagian mencalonkan ketua pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz untuk mengekalkan jawatannya, manakala 73 lagi mencalonkan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan ketua. Shahrizat melepasi kelayakan minima untuk bertanding jawatan ketua.

Shahrizat juga turut dicalonkan 114 bahagian untuk mempertahankan jawatan naib. Turut layak bertanding jawatan naib ialah exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim yang mendapat 55 pencalonan.


Kamilia secara terbuka telah menyatakan pendiriannya akan bertanding jawatan naib, walaupun mesyuarat exco Wanita Isnin lalu turut memutuskan tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua pergerakan tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai kekusutan tersebut, Aishah berkata: "Seelok-eloknya kembalilah kepada peraturan Umno. Jangan sekat daripada bertanding kerana ia adalah amalan dalam Umno dari dulu.

"Peraturan itu tidak ada cacat celanya...patut diikut...jangan buat peraturan lain...cuba memandai-mandai inilah akibatnya," katanya yang dipercayai merujuk kepada keputusan exco Wanita yang menetapkan tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua pergerakan tersebut.

Layak bertanding

Beliau menjelas ahli-ahli Umno tidak boleh menghalang calon yang layak untuk bertanding.

"Sekiranya calon itu layak bertanding dan dia tidak mahu, siapapun pun tak boleh nak halang (juga).

"Ia mudah tetapi dipersusahkan. Peraturan Umno tidak kusutkan apa-apa. Saya tidak mahu kisah ini berlarutan.

"Jalan penyelesaiannya ikut perlembagaan. Demi kepentingan Umno itulah patut dilakukan untuk menggerakkan parti, ikut landasan yang betul," tambahnya.

Beliau juga menolak ketika ditanya sama ada beliau bersedia orang tengah untuk meleraikan kekusutan yang berlaku dalam pergerakan tersebut.

"Saya tak mahu. Saya ahli Umno biasa," tambah Aishah.

Peralihan kuasa

Mengulas berhubung peralihan kuasa kepada Rafidah dahulu, beliau menjelaskan bahawa beliau memngumumkan hasratnya itu lebih awal sebelum perhimpunan agung bermula.

"Saya memikirkan ada (calon) yang layak, siang-siang saya cakap, saya tidak lagi mempertahankan jawatan (ketua wanita Umno)," tambah Aishah.

Menurutnya, beliau berkata pertandingan mana-mana jawatan dalam Umno memang tidak dapat dielakkan dan ia membuktikan amalan demokrasi dalam Umno.

Sehubungan itu beliau menasihatkan calon-calon yang bertanding agar bersikap ikhlas dan memikirkan kesan baik buruk demi kepentingan parti.

"Kalau lebih memikirkan kehendak ego dan puak-puak itu tak bagus," jelas Aishah lagi.


http://www1.malaysiakini.com/news/93067

MCA bantah keras cadangan bekas CJ


Nov 14, 08 11:19am

MCA membantah keras cadangan bekas Ketua Hakim Negara (CJ), Tun Abdul Hamid Mohamad supaya undang-undang lazim dan undang-undang Syariah di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Abdul Hamid dilaporkan berkata, pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan Syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang Syariah.

Beliau membuat cadangan itu ketika memberi syarahan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Harvard baru-baru ini. Abdul Hamid dijemput menyertai program Pengajian Undang-Undang Islam bagi membentangkan syarahan Al-Razzaq Al-Sanhuri bertajuk ‘Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal’.

Mengulas cadangan tersebut, Pengerusi Biro Undang-undang MCA, Datuk Leong Tang Chong berkata cadangan itu akan menyebabkan bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Syariah.

"Cadangan yang dibuat oleh Tun Abdul Hamid itu akan memaksa bukan Islam tertakluk kepada bidangkuasa Syariah dalam semua perkara perundangan, termasuk kes antara agama yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian," kata Leong dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sebarang langkah memaksa bukan Islam tertakluk kepada bidangkuasa Syariah melanggar Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan.

Artikel tersebut, katanya, menjamin kebebasan agama sepenuhnya kepada semua pihak untuk menganut dan mengamalkan agama emereka, mengikut peruntukan undang-undang.

Oleh itu, kata Leong, kebebasan hakim mahkamah sivil hendaklah dikekalkan di bawah kuasa mahkamah sivil dan tidak tertakluk kepada interpretasi Syariah.

Beliau menyifatkan cadangan Tun Abdul Hamid supaya digabungkan kedua-kedua mahkamah tersebut sebagai 'tidak bertanggungjawab' kerana Malaysia adalah negara pelbagai bangsa dan agama.

Cadangan tersebut, tegas Leong lagi, boleh menimbulkan rasa tidak senang dan juga kebimbangan serta keraguan di kalangan mereka yang menganut agama selain dari Islam.


http://www1.malaysiakini.com/news/93057

-----------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 13/11/2008
Gabung sivil, syariah

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 12 Nov. – Undang-undang lazim dan undang-undang syariah di negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam boleh diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang syariah.

Kata beliau, pengharmonian undang-undang itu boleh menjadi kenyataan kerana kini pakar yang bukan beragama Islam sudah lama menceburkan diri dalam bidang perbankan, kewangan dan takaful Islam.

‘‘Hasilnya penguatkuasaan undang-undang syariah dalam perbankan Islam berjaya mewujudkan banyak produk berasaskan Islam termasuk akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit, takaful dan sukuk yang tidak pernah dibayangkan kewujudannya 50 tahun lalu.

‘‘Dengan ini, penentuan sama ada undang-undang syariah itu sebenar-benarnya berlandaskan Islam, maka sesebuah negara tidak seharusnya berundur ke belakang untuk melihat perbezaannya,” katanya ketika membentangkan syarahan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Harvard baru-baru ini.

Beliau dijemput menyertai program Pengajian Undang-Undang Islam bagi membentangkan syarahan Al-Razzaq Al-Sanhuri bertajuk ‘Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal’.

Abdul Hamid turut menegaskan, beliau percaya perkembangan sama boleh berlaku tanpa prejudis di negara-negara yang majoritinya umat Islam.

Menurut beliau, di Malaysia, undang-undang syariah mengambil pendekatan dengan menyerapkan undang-undang sivil asalkan ia tidak bercanggah dengan prinsipnya.

Abdul Hamid turut menarik perhatian bagaimana konflik timbul apabila sesuatu isu melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah tetapi salah satu pihak merupakan bukan Islam (yang mana mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa membicarakannya), mahkamah mana akan mendengarnya.

Beliau turut membangkitkan persoalan mahkamah mana yang akan membicarakan sesuatu kes apabila isu yang dihujahkan terletak di bawah bidang kuasa kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Selain itu, Abdul Hamid juga membuka satu persoalan lain iaitu mahkamah mana yang harus mendengar kes yang dibicarakan di mahkamah syariah yang turut mengandungi isu-isu perlembagaan.

‘‘Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggabungkan dua sistem mahkamah yang mana kes-kes sivil akan didengar oleh hakim sivil dan sebaliknya.

‘‘Apabila kes itu melibatkan kedua-dua isu sivil dan syariah, ia harus didengar oleh dua hakim iaitu hakim sivil dan syariah,” katanya.


Dalam melontarkan pandangannya itu, beliau turut melihat ketidakseragaman dalam lingkungan undang-undang syariah sendiri kerana ia melibatkan mazhab.

‘‘Kita tahu salah satu sebab yang membawa kepada perbezaan pendapat di antara Imam Maliki dan Imam Abu Hanifah adalah kerana faktor geografi.

‘‘Kini tidak lagi kerana segala maklumat mengenai fakta atau undang-undang boleh dinilai oleh semua pihak dalam tempoh yang singkat.

‘‘Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa di Asia Barat, Eropah atau di mana-mana sahaja boleh diketahui oleh ulama serata dunia apatah lagi adat resam kini lebih bersifat global,” jelasnya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

Nazri: 6 hakim memang dipecat


Nov 13, 08 3:36pm

Pembayaran pencen dibuat kepada enam hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 atas pemintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz hari ini.

Katanya, beliau telah menemui surat dari baginda ketika itu yang menulis kepada Ketua Setiausaha Negara masa itu, meminta dibayar pencen kepada mereka walau dipecat

Sehubungan itu, kata Nazri, beliau kesal dengan kesilapannya semasa menjawab satu soalan mengenai pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain, di Parlimen baru-baru ini.

Katanya, kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar.

Sebaliknya Salleh dan lima hakim kanan yang lain sememangnya dipecat, tetapi mereka masih menerima bayaran pencen atas dasar ganti rugi sejak itu, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Pada 6 November lalu, Nazri mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk Salleh.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

Bayaran saguhati

Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Wan Suleiman dan Seah masing-masing dibayar RM2 juta manakala Eusoffe, Azmi dan Hamzah, masing-masing mendapat RM500,000.

Menurutnya, Salleh turut menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM5,102, Seah pula menerima RM5,916, Hamzah (RM6,508), Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815) dan Azmi (RM5,916).

Sementara itu, Nazri menyangkal kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran saguhati kepada bekas hakim terbabit.

Sebaliknya, tegas Nazri pendedahan jumlah saguhati itu dibuat atas permintaan yang dibuat di Dewan Rakyat.

Lagi pula, kata menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kehakiman itu, ia adalah wang rakyat.

Jawab kenyataan Zaid

"Walaupun kita tidak perlu mendedahkannya tetapi apabila Parlimen minta, maka kita kena berbuat demikian," katanya.

Isnin lalu, Zaid membantah keputusan kerajaan untuk mendedahkan jumlah RM10.5 juta saguhati yang dibayar kepada bekas hakim-hakim tersabit.

Menurutnya, beliau - sewaktu menjadi menteri berkenaan - dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran saguhati itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada JawatankuasaHak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar kepada Dewan Rakyat, akan diketahui minggu depan.

Katanya, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyakimplikasi.

Pada 10 November lalu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri bahawa bekas-bekas hakim tersebut bukannya dipecat tetapi ditamatkan perkhidmatan lebih awal, adalah satu pembohongan besar.


http://www1.malaysiakini.com/news/93011

'Handover' bulan Jun: Giliran Melaka tolak pelan 'Kak Pidah'


Elok tiada pertandingan, ini kehendak 'akau' umbi



14 Nov 2008 12:06PM



MELAKA: Kini giliran Wanita Umno Melaka pula menyatakan sokongannya terhadap Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan ahli exco pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim, yang menolak keputusan Exco pergerakan itu mengekalkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Ketua Wanita Umno Melaka, Datuk Hazizah Mohd Sultan, semalam berkata pihaknya tidak sanggup melihat pergerakan itu dalam keadaan tidak lengkap atau 'tempang', apabila Tan Sri Rafidah menyerahkan kuasanya kepada Datuk Seri Shahrizat pada Jun depan.

Menurutnya, Wanita Umno Melaka sememangnya sejak awal lagi tidak pernah bersetuju dengan pelan peralihan yang dicadangkan itu dan sebaliknya berharap Datuk Seri Shahrizat boleh menggantikan Tan Sri Rafidah pada Mac ini.

'Wanita Umno Melaka menyokong penuh sekiranya Tan Sri Rafidah memberi laluan kepada Shahrizat... biarlah tidak ada pertandingan, demi perpaduan dan masa depan pergerakan ini,' katanya di sini.

Kelmarin, Wanita Umno Sabah dan Negeri Sembilan juga menyokong secara terbuka pendirian Datuk Seri Shahrizat dan Datuk Kamilia untuk menolak pelan peralihan kuasa asal yang pernah diusulkan Tan Sri Rafidah pada Ogos lalu.

Ketua Wanita Umno Sabah, Senator Datuk Armani Mahiruddin, mengingatkan kepemimpinan tertinggi pergerakan itu supaya tidak memandang sepi pencalonan di peringkat akar umbi.

'Ia adalah kemahuan ahli di peringkat akar umbi. Saya menyokong pendirian Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding Naib Ketua dan menolak pelan peralihan kuasa Wanita Umno,' katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu kelmarin.

Menurutnya, majoriti Wanita Sabah inginkan perubahan kepimpinan dalam Wanita Umno berdasarkan 14 pencalonan yang diterima Datuk Seri Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita, selepas 25 Wanita Umno bahagian Sabah selesai bermesyuarat.

Ketua Wanita Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar, pula berkata cadangan Datuk Seri Shahrizat supaya peralihan kuasa itu diselaraskan pada Mac ini adalah yang terbaik untuk memastikan kesinambungan kepemimpinan Wanita Umno.

Selasa lalu, Datuk Seri Shahrizat tegas mempertahankan bahawa pelan peralihan kuasa itu perlu diselaraskan dengan Umno induk, Pemuda dan Puteri pada Mac ini.

Datuk Kamilia pula tetap dengan pendiriannya mahu bertanding merebut jawatan Naib Ketua. / BHS

http://www.klpos.com/news/2008/11/14/1.html

Cerita murai, kisah Kak Pidah dan orang politik


msomelayu.blogspot.com

14 Nov 2008 12:42PM

MURAI awal-awal lagi sudah dapat membaca apa yang ada dalam skirt politik Rafidah Aziz. Apa yang tersirat sudah Murai baca dan tafsirkan. Mengapa beliau merencana pelan peralihan kuasa hingga Jun, kenapa tidak Mac serentak dengan peralihan kuasa Abdullah dengan Najib? Rafidah ada strateginya sendiri.

Mac Najib Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Ketika itu Rafidah masih lagi Ketua Wanita Umno. Dengan kedudukan itu Rafidah boleh menuntut jawatan menteri daripada Najib. Najib pula akan menimbangkan kerana Rafidah juga berkerja keras untuk mempersarakan Abdulah Badawi lebih awal.

Rafidah berdoa agar Najib mengenang budi dan segala usaha-usaha beliau itu. Mana tahu kalau diberikan jawatan menteri dapatlah kumpul dua tiga billion lagi!

Sikap dan telatah Rafidah itu tidak menghairankan Murai. Sudah menjadi perangai orang politik bila sudah naik payah turun. Bila sudah duduk di kerusi empuk sukar melepaskannya. Biarlah orang kata tua, lembik, lemah tidak berwawasan dan sebagainya, mereka tidak akan pedulikan. Apa yang mereka tahu duduk di situ enak, sedap dan mendapat berbagai layanan istimewa; air orang hulur makan orang beri, nak berjalan orang membuka laluan.

Keadaan inilah juga menyebabkan Mahathir Mohamad menjadi seperti orang moryam apabila beliau berhenti menjadi Perdana Menteri. Beliau merasa terhina dan tidak dipedulikan lagi. Itulah sebab dia merayau siang malam. Ini terserlah bila mana Mahathir sering kali merintih, tidak ada lagi orang yang mencium tangannya selepas beliau tidak lagi berkuasa. Katanya semasa jadi PM dulu, tangan beliau sampai haus atau licin kerana dihidu dan dicium oleh orang ramai.
Bukan saja setakat tangan, punggungnya pun dicium! He...he...he...

Jadi bila sudah tidak jadi PM, segala keistimnewaan, penyanjungan dan pentaksuban itu hilang dari hidup Mahathir. Tangan dan punggung Mahathir juga sudah menjadi kasar dan berkerasak kerana tidak dielus dan dicium lagi.

Bukan saja Rafidah dan Mahathir, orang lain juga begitu. Masih mengaku kuat, sihat dan menggunakan berbagai alasan untuk terus menjadi orang besar. Walaupun mata sudah ruyup, dada selalu sakit, kaki sakit, kepala lutut (buah gomok) sakit tetapi masih nak jadi pembesar juga. Tidak mahu mengaku kalah dan menyerah kuasa kepada anak buah.

Biarlah berjalan pakai tongkat, orang papah tidak mengapa, asakan title keramat itu tidak hilang. Anih kenapa takut sangat kepada hal-hal pangkat dan kedudukan yang dianggap daki dunia itu? Selalu kita bercakap dan mengkritik orang yang sukar untuk berundur, tetapi bila sampai giliran kita, kita jadi dua kali lima sahaja. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin, buat tak serupa kata.

Kepada orang-orang politik yang degil nak turun dan nak buang kuasa, (atas apa jua alasan) usahlah mengeji Rafidah kalau nenek wanita Umno itu masih bercita-cita lagi untuk jadi menteri. Kalau kita juga serupa dengan mereka tindakan itu bagaikan dulang yang mengatakan paku serpih sahaja.

Dan fahamilah sikap dan fiil orang politik, selagi jasad mereka dapat dilihat selagi itu mereka akan berusaha untuk terus menahktai kuasa.

Murai: Berkicau seketika-seketika sahaja!


http://www.klpos.com/news/2008/11/14/4.html

Jual tubuh bayar ansur


Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my



GOMBAK: Akibat bebanan hidup, seorang ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa mengambil ‘jalan pintas’ dengan menawarkan khidmat seks melalui bayaran ansuran di kalangan rakan sekerja lelakinya.

Difahamkan, kegiatan tidak bermoral itu yang dilakukan secara separuh masa, mula dijalankan wanita terbabit bagi menampung keperluan diri dan enam anaknya selepas diceraikan suami.

Lebih menyedihkan, bekas suami wanita itu langsung tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anaknya sejak menceraikan isterinya walaupun sudah diarahkan berbuat demikian melalui perintah mahkamah.

Berikutan buntu memikirkan nasib untuk meneruskan kehidupan selain menyara anak-anaknya, wanita itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, nekad menggadaikan maruah dirinya kepada beberapa lelaki ‘hidung belang’ yang juga rakan sekerjanya pada bulan kedua diceraikan, walaupun belum tamat tempoh edah.


Perkara ini didedahkan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.


Beliau mengetahui mengenai aktiviti tidak bermoral yang dijalankan ibu tunggal terbabit ketika menghadiri seminar berkaitan Badan Sokongan Keluarga (BSK) JKSM di Pulau Pinang, kelmarin.

Katanya, perkara itu boleh dielakkan sekiranya ibu tunggal terbabit tahu mengenai pelbagai bentuk bantuan yang layak diperolehnya termasuk melalui dana BSK.

“Saya terkejut dan sedih bila mendapat tahu mengenai perkara ini yang tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula membabitkan umat Islam. Dengan gaji kecil, mana mampu menanggung keperluan peribadi dan anak-anak.

“Kami juga mendapat maklumat mengenai kegiatan sama dilakukan seorang lagi wanita di negeri berkenaan yang bekerja sebagai tukang cuci dan siasatan kami mendapati, bekas suami wanita itu tidak memberi nafkah,” katanya.

Hadir sama, Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin.

Mengulas lanjut mengenai BSK, Ibrahim berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas kerja untuk dibawa ke jemaah menteri sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Kita harap sasaran dana BSK sebanyak RM15 juta diluluskan bagi membantu golongan seperti ibu tunggal yang tidak mendapat nafkah mencukupi untuk menyara keluarga dan dapat dilaksanakan awal tahun depan. Buat masa ini, dana terkumpul RM500,000 yang diperuntukkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, langkah mengadakan perbicaraan di mahkamah syariah pada hujung minggu bermula Jumaat malam hingga pagi Ahad, perlu diadakan bagi mengelak warga asing yang terbabit dengan jenayah syariah terlepas daripada hukuman.

Hingga Ogos tahun ini saja, sebanyak 485 kes membabitkan jenayah syariah dilakukan warga asing dicatatkan di seluruh negara. Ada di kalangan mereka sanggup datang dari Negeri Sembilan dan Melaka untuk buat maksiat dengan gadis tempatan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081113100725/Article/index_html

Culik dalam rumah

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my


BUKTI...Hanirttheen menunjukkan laporan polis mengenai
Noorhasmidah.


BUKIT BERUNTUNG: “Saya tergamam dan tak mampu bertindak. Dua parang panjang tajam diacu ke muka.

Dalam masa kurang seminit, tangan kakak disentap manakala mulutnya ditutup dengan tangan sebelum dilarikan tiga pemuda melalui pintu belakang rumah,” kata Muhammad Ishak Hanirttheen, 16.

Menceritakan kejadian penculikan kakaknya, Noorhasmidah, 17, kira-kira jam 7.30 pagi Ahad lalu, remaja berkenaan berkata, ketika itu, dia bersarapan di dapur manakala kakaknya sedang membasuh pakaian di belakang rumah.

Katanya, tiba-tiba tiga pemuda berbadan kurus berusia awal 30-an, muncul dan menyerbu masuk rumah mereka melalui pintu belakang untuk melarikan kakaknya.


“Saya mahu tolong kakak tapi tak terdaya. Mereka mengacu parang tajam. Saya sedih kakak diheret dengan kejam ke dalam kereta yang diletakkan berdekatan lorong belakang rumah.

“Saya segera mengejutkan ibu, Zainah Abdullah, 43, dan kakak sulung, Raihanabanu, 18, yang tidur di ruang tamu memberitahu kejadian itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Telipot 3, Bandar Bukit Sentosa 3 di sini, semalam.

Muhammad Ishak kemudian menghubungi ayahnya, Hanirttheen Abdullah, 42, yang ketika itu sedang bekerja di Selayang Baru.

Sebaik bapanya tiba di rumah, dia menceritakan kejadian, namun tidak terus membuat laporan polis.

Sebaliknya, dia berbuat demikian kira-kira jam 11.30 pagi keesokannya di Balai Polis Kuala Selangor.

Hanirttheen pula berkata, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan kisah lama apabila Noorhasmidah pernah hilang lebih setahun dilarikan serta dikurung seseorang pada 16 Ogos 2007, namun ditemui semula pada 23 Oktober lalu.

Anaknya diselamatkan jiran rumah lamanya di Batang Berjuntai, Selangor, selepas gadis itu meloloskan diri daripada tahanan penjenayah yang didakwa menculik dan merogolnya.

“Saya sedih nasib malang terus menimpa kami. Saya tidak menduga kejadian lama terus menghantui keluarga kami. Dulu Noorhasmidah hilang ketika berjalan pulang dari sekolah dan dilarikan seorang pemuda berasal Batang Berjuntai.

“Selama setahun dia dikurung, diseksa dan dirogol seorang lelaki berusia 20-an. Anak saya menjadi trauma dan sering menangis mengenangkan kisah silam itu,” katanya.

Menurutnya, pemuda itu mengurung anaknya dalam rumah dan mengawasi gerak gerinya agar tidak menghubungi keluarga.

Seorang wanita dipercayai ibu pemuda itu didakwa membantu ‘menyorok’ anaknya.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor sebanyak tiga kali sepanjang tempoh setahun itu.

Selepas menemui semula Noorhasmidah, kehidupan keluarganya diburu ketakutan dan keresahan kerana sentiasa dibayangi pemuda kejam itu.

Hanirttheen berkata, dia juga membuat laporan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Selangor untuk mendapatkan khidmat kaunseling keluarga.

Katanya, pada 4 November lalu, anaknya dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas anaknya mendakwa diperkosa beberapa kali ketika dia menjadi tahanan rumah penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini laporan pemeriksaan doktor belum diterima.

“Sepanjang kehilangannya, saya juga menerima panggilan ugutan daripada pemuda tidak bertanggungjawab itu dengan memaksa kami menarik balik laporan polis jika mahu melihat Norhasmidah selamat dalam genggamannya.

“Apabila kembali bersama keluarga semula, Noorhasmidah menceritakan kenangan silam dia dikurung dengan kejam. Dia tidak mencintai pemuda itu, sebaliknya bagaikan dipukau agar lupa jalan pulang ke rumah,” katanya.

Hanirttheen berkata, dia terpaksa membawa keluarga berpindah dari Batang Berjuntai ke Bandar Bukit Sentosa 3 di sini, pada 18 Februari lalu bagi melindungi mereka daripada gangguan penjenayah terbabit walaupun ketika itu, Noorhasmidah belum ditemui.

“Saya merayu bantuan polis mengesan anak saya ini. Keluarga amat merinduinya dan kami akan menjaganya sebaik mungkin apabila dia dikembalikan ke pangkuan keluarga nanti,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081113100837/Article/index_html

11 tahun derita `dimadu isteri’


Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my


SHANUM...nikah tak sah.


ALOR STAR: “Hasrat saya mahu mengembalikan maruah sebagai suami akhirnya termakbul,” kata Amir Affandy Zakaria, 39, selepas rayuannya untuk membatalkan pernikahan isterinya, Shanum Shaari, 35, dengan Sharif Jasin, 48, di Yala, selatan Thailand, diterima Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Penantian 11 tahun anggota tentera itu selepas isterinya berkahwin dua berakhir semalam apabila mahkamah memerintahkan Shanum dan Syarif yang bernikah pada 12 Disember 2005 dipisahkan kerana pernikahan mereka tidak sah berikutan Shanum masih lagi isterinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd Roze Abdul Wahab, berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas meneliti rekod rayuan dan hujahan peguam kedua-dua pihak serta alasan diberi berdasarkan hukum syarak dan undang-undang berkaitan, termasuk surat pengesahan rujuk oleh Amir Affandy yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Baling pada 24 Oktober 1997.

Mohd Roze berkata, Shanum gagal mengemukakan bukti yang dapat meyakinkan mahkamah untuk menyangkal kesahihan surat daftar rujuk yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Baling selain mendapati ia dokumen rasmi kerajaan yang sah.


Mahkamah juga menjelaskan perakuan rujuk kali kedua dibuat Amir Affandy di pejabat agama itu tanpa kehadiran isteri juga sah selain tidak menjejaskan sah rujuk terbabit.


“Selepas meneliti hujah dikemukakan, mahkamah memerintah rayuan pemohon (Amir Affandy) diterima dan pernikahan antara penentang 1 (Shanum) dan penentang 2 (Sharif) tidak sah dan mereka hendaklah dipisahkan,” katanya.

Keputusan itu juga menyaksikan mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda, Sungai Petani yang menolak rayuan Amir Affandy pada 2007.

Amir Affandy memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda pada 20 Ogos 2006.

Bagaimanapun, mahkamah berkenaan menolak rayuannya pada 2007 menyebabkan Amir Affandy memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 9 Julai 2007.

Amir Affandy dari Taman Kelisa, Sungai Petani diwakili peguam syarie Amiruddin Ahmad, manakala Shanum dan Sharif dari Kampung Sedim, Kulim diwakili Jailani Abd Ghani.

Shanum dan Sharif bernikah di Yala, selatan Thailand pada 12 Disember 2005 selepas bercerai kali kedua dengan Amir Affandy pada 9 Ogos 1997.

Amir Affandy melafazkan rujuk di hadapan kadi Pejabat Agama Daerah Baling keesokannya.

Dia dan Shanum yang berkahwin pada 1990 sebelum itu bercerai pada 1996 dan rujuk semula beberapa bulan kemudian. Sepanjang tempoh perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan empat anak berusia antara 11 hingga 16 tahun.

Amir Affandy yang bertugas di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata dia bersyukur dengan keputusan itu.

“Saya tidak mahu lagi berfikir mengenai dia,” katanya.

Dia kini sudah berkahwin lain dengan Sarina Ibrahim, 36, pada 1997 dan dikurniakan empat anak berusia tiga hingga 11 tahun.

Sementara itu, pasangan Shanum dan Sharif enggan ditemubual media serta segera meninggalkan mahkamah sebaik mendengar keputusan itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081113100955/Article/index_html

Lelaki `culik’ diri sendiri

AMPANG JAYA: Hanya kerana tidak tahan diburu along, seorang lelaki sanggup berlakon kononnya dia diculik dan menghubungi kakaknya meminta diberikan RM40,000 sebagai wang tebusan untuk melepaskannya, Sabtu lalu.

Namun, lakonan bodohnya itu tidak menjadi apabila dia bersama seorang rakan yang juga dikatakan penjamin pinjamannya diberkas polis di rumah kakaknya itu.

Menurut sumber, kakak lelaki itu pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa adiknya diculik dan berada di Pahang.

“Pada mulanya, wanita itu tidak mempercayai kata-kata lelaki berkenaan sebelum mendengar adiknya menjerit meminta tolong kerana tidak tahan dipukul ketika berbual melalui telefon itu.


“Wanita itu yang bimbang keselamatan adiknya kemudian berjanji membayar wang tebusan terbabit sebelum meminta nombor akaun suspek,” katanya.


Namun, suspek yang enggan memberikan nombor akaunnya kerana khuatir identitinya dapat dikesan bersetuju mengambil wang terbabit di rumah wanita itu di Pandan Perdana.

Wanita berkenaan kemudian terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian terbabit sebelum sepasukan polis bergegas ke rumah mangsa dan menunggu suspek yang kemudian muncul di situ.

Menurut sumber, sejurus tiba, polis menahan dua lelaki dan lebih mengejutkan seorang daripadanya adalah adik kepada wanita itu yang mendakwa dia diculik dan dilarikan ke Pahang.

“Kedua-duanya ditahan dan siasatan awal mendapati mangsa yang mendakwa diculik itu sebenarnya meminta wang untuk melangsaikan hutang,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081113101054/Article/index_html

Politik wang: Muhyiddin rasa malu dedahkan kelemahan Umno




Jumaat November 14, 2008

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mereka yang terbabit dalam politik wang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebagai gurauan.


"Ia juga boleh bermakna dia kecewa tentang apa yang berlaku dalam Umno dari segi kempen yang dijalankan dan amalan yang menggunakan wang," katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Bagaimanapun, Muhyiddin yang merupakan calon Timbalan Presiden Umno tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai politik wang dalam parti itu tetapi berkata, beliau malu dengan apa yang berlaku.


"Saya tak nak bercakap banyak pasal tu sebab saya berasa malu pasal mendedahkan kelemahan parti saya sendiri hingga media "megah" bagi melaporkan hal-hal yang tidak baik bagi parti saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di sini.


Dua hari lalu, Dr Mahathir dalam nada berseloroh berkata, semua pemimpin Umno yang mengamalkan rasuah patut dimasukkan ke dalam penjara dan ISA mungkin boleh digunakan terhadap mereka berbanding digunakan terhadap seseorang yang menulis perkara karut dalam internet.


Beliau juga percaya ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan untuk melayakkan diri bertanding pada pemilihan tahun depan.


Mengulas kenyataan itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa sebagai pandangan peribadinya.


Beliau yang juga calon bagi jawatan Timbalan Presiden berkata: "Kita berharap semua calon tidak terlibat dengan politik wang dan cara lain yang kurang sihat kerana mereka yang menawarkan diri itu untuk berkhidmat kepada parti supaya parti terus menjadi kuat.


"Pandangan yang Tun (Dr Mahathir) sebut, itu pandangan beliau, terpulang kepada ahli untuk mentafsirkannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 56 murid Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang yang mendapat 5A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 di sini, semalam. Selain Muhyiddin dan Mohd Ali, seorang lagi calon yang layak bertanding jawatan tersebut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.


Mohd Ali berkata, anggota parti boleh memilih dan menilai calon yang menawarkan diri di pelbagai peringkat jawatan iaitu daripada timbalan presiden, naib presiden dan majlis tertinggi pada pemilihan parti Mac tahun depan.


"Mereka boleh menilai dari segi trek rekod sumbangan kepada parti dan kerajaan, perkhidmatan yang lalu di samping yang ada sekarang dan juga kesanggupan untuk berkhidmat pada masa hadapan," katanya.


Beliau berkata, parti memerlukan banyak lagi kekuatan untuk menyatupadukan anggotanya, mengembalikan kekuatan Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan untuk berkhidmat dengan lebih baik dan memenangi pilihan raya pada masa akan datang.


"Kerja kita banyak lagi dan bilangan yang ramai menawarkan diri, anggota parti boleh pilih yang terbaik," katanya yang yakin pemilihan parti akan berlangsung dengan baik


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/14/mstar_berita/20081114084214&sec=mstar_berita

Pemborong tentukan harga kedai runcit

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


ADA peruncit menjangkakan telur antara barangan keperluan yang dijual lebih murah pada kempen penurunan harga mulai minggu depan.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Ramai peruncit mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum bertindak menurunkan harga barangan keperluan seperti yang disaran oleh kerajaan mulai minggu depan.

Menurut mereka, penurunan itu akan bergantung kepada harga barangan yang dibekalkan oleh pemborong dan ia tidak boleh dilaksanakan tanpa sokongan pihak terbabit.

Menurut seorang peruncit yang mahu dikenali sebagai Din, 25, beliau sedia untuk menurunkan harga, tetapi pemborong mestilah membekalkan barangan dengan harga lebih murah.

Katanya, harga beberapa barangan runcit di kedainya mungkin diturunkan mulai minggu depan, tetapi dia masih belum mengenal pasti jenis barangan nanti.

"Kita masih tunggu dan lihat, jika pemborong tidak menurunkan harga, kami tidak boleh menurunkan harga semata- mata kempen itu kerana perniagaan kami juga harus dipertimbangkan," katanya.

Jelas beliau, antara barang yang dijangka akan turun termasuklah beberapa barangan keperluan seperti minyak masak dan beras.

"Berapa kadar baru, saya tak dapat pastikan sehingga barang dihantar pemborong mulai minggu depan," katanya.

Sementara itu, pemilik kedai runcit di Pandan Indah yang dikenali sebagai Nazaruddin berkata, kempen penurunan harga itu dialu-alukan, tetapi pembekal perlu memainkan peranan dengan meletakkan harga yang lebih munasabah kepada peruncit.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Mak nyah juga patut diharam

KUALA LUMPUR - ''Fatwa pengkid harus menyeluruh termasuk mengharamkan juga perbuatan lelaki yang menyerupai perempuan atau mak nyah.''

Itu pandangan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai mengulas isu fatwa pengkid yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober lalu.

Menurutnya, pengkid dan mak nyah diharamkan dalam Islam tetapi fatwa itu hanya merujuk kepada pengkid sahaja.

Katanya, isu itu jika dibiarkan boleh mencetuskan kecelaruan dan pertikaian.

''Ia boleh dibincangkan secara terbuka tetapi perlu dilakukan dengan berhemah, bukan melalui demonstrasi,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Farid Ravi Abdullah pula mahu isu itu dibincang secara tertutup.

Katanya, ini kerana hanya kumpulan kecil sahaja dalam masyarakat yang mempersoalkan fatwa berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Jangan sesiapa pertikai fatwa pengkid - KPN

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid.

Beliau berkata, tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.

''Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena "Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini semalam.

Beliau berkata, tindakan NGO bukan Islam yang melakukan demonstrasi berhubung pengharaman pengkid di ibu negara baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Kebun sayur atas bumbung


Kitazawa menanam sayur salad di salah satu daripada enam buah ‘ladang’, yang kelihatan seperti makmal-makmal angkasa.


JUNKO KARIU (kiri) dan Masahiro Nagata memeriksa tanaman ubi keledek di atas bumbung sebuah pejabat di Tokyo.

--------------------------------------------------------------------------------

TOMOHIRO KITAZAWA bukanlah petani biasa. Beliau tidak bekerja di bawah cahaya matahari terik mahupun di sebuah kawasan ladang, sebaliknya beliau perlu melaporkan diri di tengah-tengah kesibukan bandar raya Tokyo untuk mencari nafkah.

Sungguhpun bandar raya ibu negara Jepun itu bergelut dengan pelbagai masalah daripada keselamatan makanan ke isu pemanasan global sehinggalah pengangguran, semakin ramai penduduk di kota metropolis itu memilih untuk menjadi petani bandar dengan bercucuk-tanam di atas bangunan-bangunan tinggi atau di sudut tertentu di bawah tanah.

Kitazawa, 31, tiba untuk bekerja di daerah kewangan Tokyo, Otemachi, dalam sebuah lif berwarna perak. Apa yang dahulunya peti kebal bawah tanah sebuah bank kini telah diubah kepada sebuah dunia penuh kehijauan yang dikelilingi dengan udara lembap yang panas.

Beliau merupakan salah seorang daripada ramai golongan muda di situ yang tidak mempunyai pendapatan stabil apabila kebanyakan syarikat-syarikat di Jepun mengurangkan peluang pekerjaan.

Tetapi beliau mengakhiri zaman pemburuan peluang pekerjaan selama bertahun-tahun apabila menemui peluang bercucuk-tanam di tengah-tengah bandar raya Tokyo.

"Pada mulanya, saya berasa pelik untuk menanam sayur-sayuran dengan cara ini, tetapi saya telah mula memperoleh ganjarannya," kata Kitazawa.

Ladang berteknologi terkini yang dikenali sebagai Pasona O2 itu diwujudkan oleh agensi pekerja sementara yang berpangkalan di Tokyo, Pasona Group Inc.


KAKITANGAN NTT menunjukkan ubi keledek yang dituai dari kebun atas bumbung di Tokyo.

--------------------------------------------------------------------------------

Suhu di dalam ladang tersebut dengan berhati-hati telah diselaraskan kelembapan dan pencahayaan sekeliling agar sayur-sayuran boleh tumbuh dengan subur.

Kitazawa menanam beberapa jenis sayur salad di salah satu daripada enam buah 'ladang', yang kelihatan seperti makmal-makmal angkasa yang dibahagikan oleh pintu kaca yang dibuka dan ditutup secara automatik.

Bilik-bilik pertanian lain digunakan untuk menanam padi, pokok bunga ros dan sayur-sayuran seperti tomato dan labu.

"Kami mahu mengaktifkan sektor pertanian Jepun dengan menggunakan tenaga golongan muda yang penuh semangat," kata Sayaka Itami, Ketua Divisyen Pembangunan Perniagaan Pasona yang baru.

"Dengan mewujudkan sistem ladang baru yang juga terang dan bersih ini di tengah-tengah Tokyo, kami mahu menarik minat golongan muda ke arah sektor pertanian," kata wanita tersebut.

Beliau berkata, pertanian urban telah membantu syarikat itu mewujudkan sumber pekerjaan yang baru.

Pertanian bandar juga menawarkan sebuah penyelesaian untuk satu lagi masalah di Tokyo dan bandar-bandar utama lain, apa yang diperkatakan sebagai kesan pemanasan kepulauan urban.

Suhu bandar meningkat pada musim panas disebabkan oleh persekitaran urban yang memperlihatkan bangunan-bangunan konkrit dan laluan pejalan kaki yang menyerap haba.

Dalam lingkaran yang ganas, kepanasan itu meningkatkan lagi penggunaan penghawa dingin, menyebabkan pertambahan pengeluaran gas karbon dioksida yang merupakan punca pemanasan global.


SEKUMPULAN pelawat kagum melihat pokok bunga ros yang tumbuh subur di ladang Pasona 02 yang terletak di atas bumbung pejabat di Tokyo.

--------------------------------------------------------------------------------

Digalakkan oleh Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara, yang juga merupakan seorang pencinta alam, sebilangan pemilik bangunan di ibu negara itu telah memperkenalkan aktiviti bercucuk-tanam di bahagian bumbung bangunan sebagai cara untuk mengelakkan pemanasan yang melampau.

Projek Green Potato yang dilancarkan oleh dua syarikat subsidiari gergasi komunikasi Jepun, NTT Corp., petani bandar bukan sahaja membantu menyejukkan Tokyo tetapi juga menuai ubi keledek pada musim luruh.

"Pokok-pokok ubi keledek tumbuh teguh dalam persekitaran bumbung yang menerima sinaran terik matahari dan tiupan angin kuat," kata Masahiro Nagata, seorang kakitangan di jabatan perniagaan alam NTT Facilities Inc.

Pokok ubi itu amat baik untuk kawasan bumbung kerana daunnya yang lebar mampu menutupi seluruh permukaan dan efisien dalam proses transpirasi iaitu penyejatan air yang memberikan kesan penyejukan.

Suhu kawasan bumbung yang tidak dilitupi daun-daun ubi boleh mencecah 27 darjah selsius lebih panas daripada yang ditutup oleh daun, menurut satu tinjauan yang diambil di sudut atas bangunan NTT Facilities.

Sayur-sayuran itu dimakan oleh penduduk tempatan. Ini membantu mengurangkan satu lagi kegusaran yang dialami di Jepun iaitu jaminan keselamatan makanan.

Jepun, yang mempunyai sumber semula jadi yang terhad, mengimport 60 peratus makanan yang diambil rakyatnya. Angka tersebut adalah lebih tinggi berbanding negara-negara kaya yang lain.

Kebimbangan awam terhadap makanan tercemar, khususnya yang diimport dari China, semakin meningkat.

Pada tahun lalu, rakyat Jepun telah jatuh sakit akibat memakan ladu beku dan kacang hijau yang tercemar dengan pestisid dari China.

Sasaran NTT Facilities bukan hanya terhad pada bangunan-bangunan pejabat besar di Tokyo tetapi juga di sekolah-sekolah, dengan hasrat untuk memasarkan program Green Potato di seluruh negara.

Nagata berkata, beliau berharap lebih ramai kanak-kanak di kawasan urban dapat mempelajari mengenai alam sekitar dan keseronokan menanam sayuran dengan usaha mereka sendiri.

Keseronokan telah dirasai dalam kalangan para pekerja pejabat di Ginza, daerah beli-belah Tokyo yang meriah, di mana hartanahnya paling mahal di Jepun.

Yukio Oki, jurucakap gedung beli-belah Matsuya, berasa amat gembira dengan bakulnya yang dipenuhi sayur-sayuran seperti tomato, terung, timun, labu dan tembikai yang dituai beliau di bahagian bumbung bangunan tersebut.

"Kami telah menuai banyak sayur-sayuran dan menikmati kari sayuran yang enak," kata Oki. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

Harga minyak sudah sepatutnya RM1.62

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam, sewajarnya mendorong penetapan harga baru di bawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.

Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia diselaraskan kepada RM1.62 seliter.

“Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti menggembirakan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin diturunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.

Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel ditentukan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.

“Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat,’’ jelasnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Suami kedua tidak sah

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my



Shanum (kanan) bersama suami keduanya, Sharif (kiri) keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Alor Star semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

ALOR STAR - Seorang suri rumah, Shanum Shaari, 35, diarahkan berpisah dengan 'suami keduanya' yang dinikahi pada 12 Disember 2005 di Yala, Thailand kerana pernikahan tersebut tidak sah kerana ketika itu dia telah mempunyai suami.



Amir Affandy

--------------------------------------------------------------------------------

Perintah itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd. Roze Abdul Wahab di Mahkamah Tinggi Syariah Kedah semalam selepas permohonan 'suami pertama' Shanum, Amir Affandy Zakaria, 39, membatalkan pernikahan isterinya itu dengan seorang lelaki diterima.

Sebelum itu, Amir Affandy memfailkan permohonan tersebut kerana mendakwa Shanum masih isterinya kerana beliau telah membuat permohonan rujuk kembali selepas bercerai buat kali kedua.

Namun, permohonan yang dibuat oleh Amir Affandy pada 20 Ogos 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Muda ditolak sebelum membuat rayuan yang sama di Mahkamah Tinggi Syariah Kedah di sini.

Kosmo! pada 11 Januari 2006 pernah melaporkan mengenai dakwaan Amir Affandy bahawa isterinya itu telah berkahwin lain di Thailand walhal ketika itu beliau telah rujuk kembali dengan Shanum.

Selepas itu, dakwaan tersebut disiasat oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Baling, yang dikatakan Shanum masih lagi menjadi isteri Amir Affandy berpandukan kepada borang 6 Daftar Rujuk No. 14139, bertarikh 27 Oktober 1997 Enakmen Keluarga Islam 1979.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Harga beras turun minggu depan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menurunkan harga beras Super Tempatan Lima Peratus Hancur (ST5) dan Super Tempatan 10 Peratus Hancur (ST 10) apabila langkah pentadbiran diwartakan minggu depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, beras ST15 tidak terbabit kerana harganya sudah rendah iaitu RM1.80 sekilogram serta tidak naik sejak 10 tahun lalu.

Tambahnya, harga beras ST5 dan ST10 sudah rendah kerana terdapat beberapa syarikat menurunkan harga walaupun harga siling masing-masing adalah RM2.80 dan RM2.70 sekilogram.

“Realitinya, harga sudah lebih rendah. Bagaimanapun, kerajaan akan laksanakan langkah pentadbiran untuk pastikan semua pemborong dan peruncit mengikut arahan menurunkan harga beras berkenaan.

“Oleh itu, kita akan wartakan langkah pentadbiran ini pada minggu depan dan letak harga baru bagi beras ST5 dan ST10,” katanya yang menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) yang mengemukakan isu agar harga beras turun memandangkan terdapat penurunan harga runcit minyak.

Bermula pada Jun lalu, kerajaan mula memperluaskan kawalan harga ke atas beras ST5 dan ST10 bagi memastikan ia tidak melambung berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia sementara kawalan bagi harga beras ST15 pula dimulakan sejak 1998.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Masih suami isteri - Hakim


Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my




--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Masih lagi suami isteri.
Demikian keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam berhubung permohonan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan oleh pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage, Sosilawati Lawiya terhadap suaminya, Nash atau Jamaludin Elias.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad dalam penghakimannya menyatakan lafaz cerai yang didakwa Sosilawati selaku plaintif dilafazkan oleh suaminya itu tidak sah kerana ia perlu dikukuhkan dengan keterangan saksi, namun keterangan daripada saksi-saksi yang dikemukakan tidak kuat.

Menurutnya, kedua-dua saksi yang memberikan keterangan tidak melihat defendan ketika melafazkan cerai dan ia boleh diragui sama ada defendan melafazkannya atau tidak kerana ia hanya berlaku melalui perbualan telefon.

"Sebelum mahkamah membuat keputusan, defendan perlu melakukan sumpah syarie berhubung dakwaan lafaz cerai yang dilakukan terhadap isterinya dan sumpah ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana Allah akan melaknat jika sumpah yang dilakukan tidak benar," jelasnya.

Nash kemudiannya akur dengan permintaan isterinya yang mahu dia meneruskan dengan sumpah syarie dengan melafazkan:

"Demi Allah, aku Jamaludin Elias bersumpah dengan nama Allah menafikan tuntutan plaintif berhubung dakwaan melafazkan cerai pada 12 September 2007 melalui telefon, pukul 8.30 malam. Jika aku berdusta, akan dimurkai dan dilaknat Allah ke atasku dunia dan akhirat".

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Ujian peluru berpandu baru Iran


GAMBAR ini menunjukkan sebuah peluru berpandu dilancarkan dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Iran semalam.

TEHERAN - Iran berjaya melancarkan satu generasi baru peluru berpandu jarak jauh dengan menggunakan bahan bakar sepenuhnya menjadikan lebih tepat menuju sasaran, kata Menteri Pertahanan Mostafa Mohammed Najjar semalam.

Menurutnya, peluru berpandu itu, Sajjil mempunyai kelajuan tinggi dan dikeluarkan oleh Jabatan Aeroangkasa Iran, Jabatan Pertahanan.

Beliau berkata, peluru berpandu itu mampu bergerak sejauh 2,000 kilometer.

Berdasarkan jarak itu, peluru berpandu itu mampu tiba di Greece dan Bulgaria di tenggara Eropah termasuk mudah untuk tiba ke Israel.

Menurut agensi berita IRNA, ujian peluru berpandu itu dilakukan semalam dan imej di televisyen menunjukkan ia dilancarkan di sebuah gurun.

"Peluru berpandu itu mempunyai gabungan enjin bahan bakar dan mempunyai kemampuan tinggi yang luar biasa," kata Mostafa.

Menurutnya, peluru berpandu itu merupakan senjata untuk tujuan pertahanan dan tidak bertindak balas terhadap sebarang serangan ke atas negara tersebut.

Dalam satu ucapan, Presiden Mahmoud Ahmadinejad memberi amaran Teheran akan mematahkan sebarang kuasa luar yang menyerang. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Elton John's civil happiness




Bang
Thursday, 13 November 2008


'Rocket Man' singer Sir Elton John - who has a civil partnership with partner David Furnish - does not want to get married.


Sir Elton John does not want to get married.

The 'Rocket Man' singer - who has a civil partnership with partner David Furnish - claims Proposition 8 was passed in California because the word 'marriage' discouraged people from voting against it.

Proposition 8 bans same-sex couples from getting married.

Elton said: 'I don't want to be married. David and I are not married. Let's get that right. We have a civil partnership. What is wrong with Proposition 8 is that they went for marriage.

'Marriage is going to put a lot of people off, the word marriage.'

The star believes gay people should be happy with civil partnerships because it gives them the same legal rights as straight couples.

He added to newspaper USA Today: 'I'm very happy with a civil partnership. If gay people want to get married, or get together, they should have a civil partnership.
'You get the same equal rights that we do when we have a civil partnership.
'Heterosexual people get married. We can have civil partnerships.'

The passing of Proposition 8 sparked outrage among A-list equality campaigners including 'Burn After Reading' actor Brad Pitt, director Steven Spielberg and talk show host Ellen DeGeneres - who recently wed former 'Ally McBeal' star Portia de Rossi.

http://entertainment.my.msn.com/Celebrity-Gossip/article.aspx?cp-documentid=1783816

Philippine commission to investigate abuse of deportees in Malaysia




Agence France-Presse - 11/13/2008 10:41 AM GMT

The Philippine Commission on Human Rights is to investigate allegations that Filipinos deported from Sabah are being abused by Malaysian authorities, the chairman of the agency said Thursday.

Commission head Leila de Lima said a team would visit Sabah to probe allegations that Filipinos have been beaten and maltreated while in detention centres there.

"As an independent constitutional office mandated to protect, promote and fulfill the human rights of every Filipino, whether residing here or abroad... we are duty-bound to look after their welfare," she said in a statement.

She also cited appeals by congressmen in the southern Philippines on behalf of newly-arrived Filipinos who had been sent home as part of Malaysia's crackdown on illegal aliens.

De Lima did not say when the team would be leaving but remarked that their mission would be coordinated with Malaysia's commission on human rights.

Last month, a fact-finding body charged that illegal Filipino workers, expelled from Malaysia's Sabah state, had been severely beaten by police. It also said thousands of others, including women and children, remained in Malaysian detention centres "suffering from inhumane conditions."

The Philippine government believes about 200,000 Filipinos are working in Sabah but Malaysian local officials say the number is far higher.

Filipinos in the south frequently cross the maritime border to Sabah to seek work there.

Malaysia announced a fresh crackdown on illegals early this year and thousands of Filipinos have been deported since.

http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1783920

Malaysia not ready to abandon race-based politics: Mahathir

Agence France-Presse - 11/12/2008 8:55 AM GMT

Malaysians are not yet ready to ditch their race-based political system in favour of parties which represent all ethnic groups, former premier Mahathir Mohamad said Wednesday.

Barack Obama's victory in the US presidential elections has triggered discussion about whether a minority leader could emerge in Malaysia, which has until now been ruled by a member of the dominant Muslim Malay community.

Mahathir said there is no constitutional barrier preventing an ethnic Chinese or Indian citizen from becoming prime minister.

But he said the country is a long way from abandoning the current system where the United Malays National Organisation (UMNO), which represents Malays, leads a coalition that includes parties representing other races.

"It doesn't work, every 'multiracial' party is dominated by one race," Mahathir said after a lecture on Malaysian identity.

"Even the PAP in Singapore is not multiracial, as is very clear when Hsien Loong says no non-Chinese can become PM," he said.

Singapore's premier Lee Hsien Loong said earlier this month that the multicultural city-state of over 3.5 million people is not ready for a non-ethnic Chinese premier in the near future.

"We are still not united if we can't even agree on having a school where all children study together regardless of race, so how can we push aside racial concerns?" Mahathir said.

"Unless people come together and try to have something in common... how can you have a party representing all the different races? You have to have a base first."

Mahathir's nemesis, opposition leader Anwar Ibrahim, has declared his Keadilan party the nation's first multiracial party as its members and supporters are drawn from all three racial groups.

http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1782132
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...