Wednesday, October 8, 2008

Khir: Bukan disekat tapi kurang sokongan


Oct 8, 08 1:13pm

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang berhasrat bertanding ketua Pemuda Umno, berkata beliau tidak pernah disekat untuk bertemu mana-mana ahli parti sepanjang
berkempen walaupun dua bakal calon lain mendakwa menghadapi masalah itu.

Beliau berkata kenyataan ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kononnya terdapat sekatan bagi mereka untuk bertemu ahli parti adalah andaian semata-mata.

"Mungkin apa yang mereka maksudkan sekatan itu ialah apabila ramai ahli Pemuda tidak hadir pada majlis tertentu.

"Kehadiran mereka sebenarnya mencerminkan sokongan, dan jika tidak hadir, itu terjemahan (juga)," katanya dalam laporan Bernama.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di rumah pemangku Ketua Pemuda Umno Bachok Mohd Zaidi Sidik di Kota Bharu malam tadi.

Mengenai agendanya, Mohamad Khir berkata jika beliau menang, perkara yang akan dilakukan adalah membantu kerajaan menangani kemiskinan tegar sepenuhnya pada 2010.

Selain itu, katanya, beliau juga akan memastikan Selangor akan kembali ke tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

http://www1.malaysiakini.com/news/90872

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...