Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
BEGINILAH keadaan Che Rokiah ketika dirawat di HRPZ II Kota Bharu akibat diserang di rumahnya di Bendang Pauh, Pasir Mas semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU - Seorang wanita warga emas hampir menemui ajalnya akibat ditetak selepas bergelut dengan seorang lelaki yang merompak di rumahnya di Kampung Chetok, Bendang Pauh, dekat Pasir Mas, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Che Rokiah Salleh, 55, cedera parah di kepala dan mata kiri terpaksa menerima lebih 200 jahitan serta patah tulang hidung, selepas dipukul oleh suspek dengan menggunakan batang besi.
Mangsa ditemui berlumuran darah dan terlantar di dalam rumah oleh anaknya, Mohd. Zahar Yazid, 23, kira-kira 6.40 pagi selepas pulang dari menghantar pekerja kilang.
Che Rokiah ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu berkata, kejadian berlaku sebaik dia bangun dari tidur dan ke bilik air untuk mengambil wuduk.
"Sebaik saya keluar, saya mendapati suspek yang saya kenal sudah berada di dalam rumah dan terus bertindak memukul tengkuk saya hingga saya terjatuh.
"Lelaki terbabit bertindak menetak kepala saya bertubi-tubi dengan batang besi. Saya menjerit meminta tolong tetapi ketika itu saya hanya bersama cucu saya yang berusia 18 bulan," katanya.
Tambahnya, dia tidak berdaya untuk melawan dan lelaki itu terus meragut rantai lehernya yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000 sebelum melarikan diri.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
1 comment:
Berita yang sangat menyedihkan sekali.....
Apakah orang atau bukan,beraninya berbuat sekeji itu pada seorang wanita....
Post a Comment