Oleh ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! 27 November.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan kenaikan harga ikan terutamanya ikan yang dimakan rakyat biasa tidak dapat dielak memandangkan negara sekarang dilanda musim tengkujuh.">
Sambil mengakui pihaknya mengetahui mengenai perkara tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu juga mendedahkan harga sayur-sayuran juga mengalami nasib yang sama disebabkan faktor musim tengkujuh.
"Ia disebabkan oleh faktor cuaca dan kementerian telah pun melakukan yang terdaya seperti mengimport bekalan ikan dan sayur, tetapi ia bukan jaminan harga tidak naik.
"Musim sekarang nelayan di kawasan Pantai Timur yang terdiri daripada nelayan pesisir pantai tidak dapat menangkap ikan sehingga menyebabkan bekalan kurang, tetapi permintaan pula meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! semalam bahawa harga ikan meningkat sehingga 50 peratus dan merupakan rekod tertinggi sejak 10 tahun lalu.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

No comments:
Post a Comment