Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana  kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini,  hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.
"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.
"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip  perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan,  majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan  dan lain-lain. 
Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu  dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas  kekalahan peserta. 
“Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk  kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini  terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang  digunakan. “Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau  keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya,  lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah,” katanya.
Dr Asri berkata  sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan  kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya,  maka ia bukan judi dan pertaruhan. 
“Namun, apabila ia menjadi wang  terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini  hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah  menamakan diri mereka 'loteri kebajikan',” katanya.
http://malaysiakini.com/news/152341
 
 
No comments:
Post a Comment